Thursday 27 January 2011

seperti malam itu utk aku berteleku..

apabila waktu itu tiba,aku melihat jauh adanya perasaan bercampur baur,acuh x acuh,seperti perasaanku terperangkap dlm,dan aku sedikit terkesan,selama itu tiada ketakutan tapi ada kekalutan,selama itu tiada kesedihan tapi ada keresahan,selama itu aku bertanyakan..tapi jawapan nya tidak kunjung tiba.

yang itu teristimewa,dan yg ini disayangi,dan semua itu melangkah pergi,tnpa berpaling melihat utk dikasihi hatta dikasihani,semua itu memedihkan,dan berjalan dengan pantas,malah berlari...dan meninggalkan jauh.

biarlah mlm itu pergi,utk aku teruskn mlmku esok hari,dan biarlah masa itu pergi kerana hari yg mendatang menjadikan keadaan bertukar-tukar,siapalah mereka?siapalah aku?dan siapakah dia?utk aku mengerdipkan mata,utk aku memejamkan mata,utk aku memahami setiap apa yg ada..setiap itu lah aku akan memikirkan keadaan dan apa adanya berkeadaan sedemikian dan sedemikian juga firasatku dtg,dan xmahu pergi.

benarlah hatiku punya satu,dan tiada terbahagi..dan semua yg ada dimasukkan menjadi satu,seperti aku berkeadaan bingung,dan langsung xmemahami,sehingga aku berpaut pada dahan kekeliruan lalu menerjah segala pertanyaan,satu demi satu..jawapan yg ada terlalu bnyk,yg terungkai terlalu aneh..diaju kan terus utk dihadapkan ke mata hati,dan keadaan menjadi sgt rumit..apekah teori kesan yg berlaku pada persekitaran membuahkan segala penderitaan,kekecewaan sebelum dtg kegembiraan atau kejayaan..yg sedikit kegembiraan dan tiba kepayahan pada masa yg sama berkeadaan sgt damai?

kakiku melangkah jauh,terkedu dan terkesima,penglihatan ku pudar,ku kaku..pancaindera ku berkeadaan malam yg gelap,hati ku malap,lalu berhenti aku..aku menanti,dan selama penantian itu memeritkan,akal ku kelihatan tenang..dengan berkeadaan ini aku mencuba memikirkan segala ada,segala apa yg akan berlaku..peritku xkan mematahkan semangat yg ada..lalu aku mengatur langkah kembali,yg tiada pastinya tiada,dan apa yg ada diaturkan menjadi lebih bermakna..ku akui berkeadaan lemah,aku diam berteleku,diam bkn berdiam diri,tetapi diam utk beroleh pikiran.

wahai malam yg indah,dimanakah bintang yg menghiasi diri mu?dimanakah purnama yg menerangi gelapmu?seperti mana gelapnya arahku tnpa pancainderaku,wahai mlm..adakah kau meraba tercari2 arah,atau kau berdiam terus utk gelap disitu?atau aku lebih gelap darimu?