Thursday 30 August 2012

dia yang buta hati?




Pada suatu hari ada seorang gadis buta yg sangat membenci dirinya sendiri. Kerana kebutaannya itu. Tidak hanya terhadap dirinya sendiri, tetapi dia juga membenci semua orang kecuali kekasihnya.

Kekasihnya selalu ada disampingnya untuk menemani dan menghiburnya. Dia berkata akan berkahwin dengan gadisnya itu kalau gadisnya itu sudah boleh melihat dunia.

Suatu hari, ada seseorang yang mendermakan sepasang mata kepada gadisnya itu, yang akhirnya dia boleh melihat dunia, termasuk kekasihnya itu.

Kekasihnya bertanya kepada gadisnya itu, "Sayaaaang, sekarang anda sudah boleh melihat dunia. Apakah engkau mahu berkahwin dengan saya? "Gadis itu tergegar rasa hati saat melihat bahawa kekasihnya itu ternyata buta. Dan dia langsung menolak untuk menikahi kekasihnya itu yang sangat setia mendampingi hidupnya selama si gadis itu buta matanya.

Dan akhirnya kekasihnya itu pergi dengan menitiskan air mata, dan kemudian menulis sepucuk surat ringkas kepada gadisnya itu, "Sayangku, tolong engkau jaga baik-baik ke-2 mata yg telah aku berikan kepada kamu."

Gadis itu menangis dan menyedari kebodohannya, betapa besar pengorbanan kekasihnya selama ini tapi kekasihnya telah pergi dengan membawa luka dihati.

*Kisah di atas memperlihatkan bagaimana pikiran manusia boleh berubah apabila keadaan hidupnya berubah. Hanya sedikit orang yang ingat bagaimana keadaan hidup sebelumnya dan lebih sedikit lagi yang ingat terhadap mereka yang seharusnya diucapkan lafaz "terima kasih" kerana sentiasa ada disisi dan menumpang kasih sayang bahkan sentiasa ada disaat paling menyakitkan dalam hidup ini.


berputus asa?


Alkisah, ada seorang pemuda yang hidup sebatang kara. Berpendidikan rendah, menjalani kehidupan dengan bekerja sebagai petani yang dimiliki tuan tanah yang kaya raya. Walapun kehidupannya sederhana,dia mampu menjalani kehidupan sehariannya dengan baik.

Pada suatu hari, si pemuda berasa jenuh dengan kehidupannya. Dia tidak memahami, untuk apa sebenarnya hidup di dunia ini. Setiap hari bekerja di ladang orang demi sesuap nasi. Hanya sekadar melewati hari-hari menunggu akan mati. Pemuda itu merasa hampa, putus asa, dan tidak mempunyai semangat lagi.

"Daripada tak tahu hidup untuk apa,dan hanya menunggu mati, baik aku tamatkan sahaja kehidupan ini," katanya dalam hati. Disiapkannya seutas tali dan dia berniat menggantung diri di sebatang pokok.


Pohon yang dituju oleh pemuda tersebut dan melihat gelagat seperti itu, tiba-tiba sayup-sayup kedengaran le. " Wahai anak muda yang tampan dan baik hati, tolong jangan menggantung diri di dahanku yang telah berumur ini. Sayang, bila nanti dia patah,padahal setiap pagi ada banyak burung yang hinggap di situ, bernyanyi riang untuk menghibur sesiapa yang berada di sekitar sini. "

Dengan bersungut-sungut, si pemuda pergi melanjutkan mencari pokok yang lain, tidak jauh dari situ. Saat bersiap-siap, kembali terdengar sayup-sayup suara si pohon, "Wahai anak muda. Kamu lihat di atas sini, ada sarang lebah yang sedang dikerjakan oleh begitu banyak lebah dengan tekun dan rajin. Jika kamu mahu bunuh diri, sila pindah ke tempat lain. Kasihanilah lebah dan manusia yang telah bekerja keras tetapi tidak dapat menikmati hasilnya. "

Sekali lagi, tanpa menjawab sepatah kata pun, si pemuda berjalan mencari pokok yang lain. Kata yang didengarpun tidak jauh berbeza, "Anak muda, kerana rendangnya daunku, banyak dimanfaatkan oleh manusia dan haiwan untuk sekadar berehat atau berteduh di bawah dedaunanku. Tolong jangan mati di sini. "

Setelah pohon yang ketiga kalinya, si pemuda termenung dan berfikir, "Bahkan sebatang pohon pun begitu menghargai kehidupan ini. Mereka menyayangi dirinya sendiri agar tidak patah, tidak terusik, dan tetap rendang untuk melindungi alam dan bermanfaat bagi makhluk lain ".

Akan timbul kesedaran baru. "Aku manusia; masih muda, kuat, dan sihat. tak sepatutnya aku melenyapkan kehidupanku sendiri. Mulai sekarang, aku harus mempunyai cita-cita dan akan bekerja dengan baik untuk dapat pula bermanfaat bagi makhluk lain ".

Si pemuda pun pulang ke rumahnya dengan penuh semangat dan perasaan lega.



Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
-Surah Al-Imran ayat 139

Bukankah kehidupan kita juga begitu?





Alkisah, ada seorang ibu muda yang sudah berhari-hari tidak makan, hingga tubuhnya semakin kurus. Seorang doktor pakar memeriksa denyut nadinya, lalu berkata: "Anda memendam banyak masalah dalam hati anda, sehingga badan menjadi lemah. Sebenarnya anda tidak mempunyai penyakit yang parah. "

Setelah mendengar keputusan Doktor pakar itu , ibu muda itu merasa sangat lega seperti terlepas dari beban berat. Kemudian, ibu muda itu pun menceritakan semua masalahnya pada Doktor tersebut. Doktor pun bertanya, "Bagaimana perasaan suami anda terhadap anda?"

Si ibu muda itu menjawab dengan tersenyum, "Sangat menyayangi saya." Doktor bertanya lagi, "Apakah sudah ada anak?" Dengan penuh ceria si ibu muda menjawab, "Ada, seorang puteri, sangat disayangi ...."

Selagi tadi bertanya,si doktor pun menulis sesuatu. Selepas itu, ia memperlihatkan tulisannya di dua kertas pada si ibu muda itu. Lembar yang satu bertulis masalah si ibu muda, dan lembaran yang lain mengandungi sukacita si ibu muda.

Kemudian, doktor berkata pada si ibu muda, "Kedua-dua kertas ini adalah ubat untuk penyakit anda, anda mencatat semua masalah yang anda hadapi, dan melupakan sukacita di sekitar anda."

Sambil berkata begitu, si doktor menyuruh  membawakan semangkuk air dan dakwat. Setelah itu, si doktor menitiskan dakwat hitam ke dalam air yang jernih. Kelihatan warna hijau muda dari titisan dakwat yang mula tersebar ke seluruh permukaan air.

Dan dalam sekejap, dakwat itu tak kelihatan lagi. Si doktor berkata lagi, "Ketika dakwat hitam masuk ke dalam air, warnanya akan memudar. Bukankah kehidupan kita juga begitu?

Saturday 25 August 2012

dimanakah kebahagian itu?


Pada suatu waktu, Tuhan memanggil tiga malaikatnya. Sambil memperlihatkan sesuatu Tuhan berkata, “Ini namanya Kebahagiaan. Ini sangat bernilai sekali. Ini dicari dan diperlukan oleh manusia. Simpanlah di suatu tempat supaya manusia sendiri yang menemukannya. Jangan ditempat yang terlalu mudah sebab nanti kebahagiaan ini disia-siakan. Tetapi jangan pula di tempat yang terlalu susah sehingga tidak bisa ditemukan oleh manusia. Dan yang penting, letakkan kebahagiaan itu di tempat yang bersih”.

Setelah mendapat perintah tersebut, turunlah ketiga malaikat itu langsung ke bumi untuk meletakkan kebahagiaan tersebut. Tetapi dimana ?

Malaikat pertama mencadangkan : “Letakan dipuncak gunung yang tinggi”.
Tetapi para malaikat yang lain kurang setuju.

Lalu malaikat kedua berkata : “Latakkan di dasar lautan”.
Cadangan itupun kurang dipersetujui.

Akhirnya malaikat ketiga membisikkan cadangan. Lalu ketiga malaikat bersetuju. Malam itu juga ketika semua manusia sedang tidur, ketiga malaikat itu meletakkan kebahagiaan di tempat yang dibisikkan tadi.

Sejak hari itu kebahagiaan untuk manusia tersimpan rapi di tempat itu. Rupanya tempat itu cukup susah ditemukan. Dari hari ke hari, tahun ke tahun, kita terus mencari kebahagiaan. Kita semua ingin menemukan kebahagiaan.

Kita ingin merasa bahagia. Tapi dimana?
Ada yang mencari kebahagiaan bertapa di gunung, ada yang mencari di pantai, Ada yang mencari ditempat yang sunyi, ada yang mencari ditempat yang ramai. Kita mencari rasa bahagia di setiap pelosok dunia : di pusat membeli belah, di restoran, ditempat ibadah, di kolam renang, dengan bersukan, di bioskop, di layar television, di pejabat, dan lainnya. Ada pula yang mencari kebahagiaan dengan bekerja keras, sebaliknya ada pula yang dengan bermalas-malasan. Ada yang ingin merasa bahagia dengan mencari pendamping, ada yang mencari gelaran, ada yang menghasilkan lagu, ada yang mengarang buku, dll.

Dan semua orang ingin bertemu dengan kebahagiaan. Misalnya alam pernikahan, selalu dihubungkan dengan kebahagiaan. Orang seakan-akan beranggapan bahawa jika belum menikah berarti belum bahagia. Padahal semua orang juga tahu bahawa menikah tidaklah tepat dikaitkan dengan bahagia.

Juga kekayaan sering dihubungkan dengan kebahagiaan. Alangkah bahagianya jika aku mempunya ini atau itu, pikir kita. Tetapi kemudian ketika kita sudah memilikinya, kita tahu bahwa benda tersebut tidak memberi kebahagiaan.

Kita ingin menemukan kebahagiaan. Kebahagiaan itu diletakkan oleh tiga malaikat secara rapi. Dimana mereka meletakkannya? Bukan dipuncak gunung seperti diusulkan oleh malaikat pertama. Bukan didasar lautan seperti usulan malaikat kedua. Melainkan di tempat yang dibisikkan oleh malaikat ketiga.
Dimanakah tempatnya?

Mungkin dengan umur yang berbaki kita berusaha untuk berjaya mendapatkan kebahagian, dan kebahagian itu bukan lah mudah untuk dimiliki, dan ia nya memerlukan perjuangan diibaratkan kilaun berlian yang terdapat kilauan cemerlang dan hebat,tapi sebelum kilauan itu memancar,ianya perlu diasah tanpa jemu sehingga kilauan itu memancar hebat dan membuat manusia itu terpegun dengan sinaran hebat itu.

Begitu juga dengan hidup kita, kita harus merendah diri, jangan terlalu meninggi diri dan sentiasa muhasabah. Kita harus ingat yang menentukan kehidupan kita adalah Tuhan dan Tuhan akan membuatkan semuanya INDAH pada waktunya.

Ada 7 faktor untuk berjaya iaitu :mental,rohani,peribadi.keluarga,kerjaya,harta benda dan kesihatan,
Untuk memungkinkan seseorang itu,mereka perlu mencapai ke-7 faktor ini dan seimbangkan semuanya dengan baik dan mereka yang bijaksana pasti menemuinya.

Oh ya…, dimanakah para malaikat menyimpan kebahagiaan itu?
DI HATI YANG BERSIH.

Friday 24 August 2012

Kita tidak tahu apa yang Allah susun pada kita.Tetapi kita mesti tahu, bahawa Allah SWT hanya susunkan yang baik-baik sahaja buat kita!



Surah Al-Kahfi. Surah yang di dalamnya terdapat beberapa cerita akan ummat sebelum kita. Di dalanya terdapat kisah Ashabul Kahfi, yakni pemuda-pemuda yang tertidur di dalam gua selama 300 tahun lebih kerana hendak menyelamatkan keimanan mereka. Wujud juga kisah Dzulqarnain. Dan terdapat pula kisah pengembaraan Musa bersama hamba Allah SWT bernama Khidr AS.
Artikel ini akan memfokuskan kepada perjalanan Nabi Musa AS dan Khidr AS. Mengekstrak hikmah dan motivasi daripada perjalanan mereka. Melihat mengapa Allah SWT menceritakan kisah mereka kepada kita. Mengapa Allah SWT menyusunkan kisahnya sedemikian rupa. Moga-moga ianya menjadi motivasi buat kita.

Sepintas kisah Musa dan Khidr.
Perjalanan Nabi Musa AS dan Khidr AS mempunyai tiga perhentian, tiga titik yang amat penting. Tiga tindakan Khidr, yang membuatkan perjalanan mereka terganggu dengan pertanyaan-pertanyaan Musa AS. Berikut adalah tindakan-tindakannya.
1 – Khidr membocorkan perahu milik seorang miskin, yang digunakan oleh mereka berdua untuk merentas sungai.
“Lalu berjalanlah keduanya(Khidr dan Musa) sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, kemudian dia(Khidr) membocorkannya.” Surah Al-Kahfi ayat 71.
2 – Khidr membunuh seorang anak kecil.
“Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya.” Surah Al-Kahfi 74.
3 – Khidr menegakkan sebuah dinding yang hampir roboh.
“kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka dia(Khidr) menegakkan dinding itu.” Surah Al-Kahfi ayat 77.
Dalam setiap peristiwa ini, Musa AS telah mengemukakan pertanyaan, walaupun telah berjanji untuk tidak melakukan perkara tersebut.
Akhirnya, selepas kali ketiga Musa AS bertanya, Khidr AS pun berhenti, dan menceritakan hikmah-hikmah mengapa Khidr melakukan semua itu. Dan semua itu terdapat di dalam Al-Quran pada ayat 79-82 Surah Al-Kahfi. Dibocorkan perahu, kerana hendak menyelamatkan perahu itu daripada raja zalim yang suka merampas perahu-perahu yang baik. Dibunuh anak itu, kerana anak itu akan membesar dan menyesatkan kedua ibu bapanya. Dibina semula dinding, kerana di situ terdapat harta untuk dua anak yatim yang tinggal di negeri itu. Dibina semula untuk melindungi harta mereka, agar nanti kala mereka dewasa, mereka akan mendapatkannya.
Semua ini bukanlah fokus utama artikel ini.

Apa Tujuan Utama Allah SWT Menceritakan Ini?
Seorang guru Aqidah di University of Yarmouk, Dr Ala’ Hilat yang mengajar akan kisah ini, bertanya kepada kelas:
“Apakah tujuan utama Allah SWT apabila Dia menceritakan kita kisah ini?”
Seorang pelajar menjawab – “Kebijaksanaan Khidr?”
Dr Ala’ menggeleng. “Tetapi bagus kamu utarakan jawapan itu.”
Seorang pelajar menjawab – “Bagaimana Allah memberikan pengajaran kepada Musa?”
Dr Ala’ menggeleng. “Musa telah mati.”
Kelas diam ketika itu kerana tidak pasti hendak menjawab apa.
“Apakah benar Khidr itu bijaksana? Atau sebenarnya dia tidak mempunyai ilmu langsung?” Dr Ala’ menimbulkan persoalan. Memecahkan kesunyian. Pelajar agak terkejut dengan apa yang dinyatakan Dr Ala’ itu. Dr Ala’ nak kata Khidr bukan bijaksana? Tak berilmu? Macam agak mustahil bukan?
Tetapi kelihatan senyuman Dr Ala’ ketika itu.
“Tahukah apa yang pertama sekali Allah sebut apabila memperkenalkan Khidr ini?”
Pelajar diam tidak menjawab. Dr Ala’ pun membacakan satu potong ayat. Ayat pertama ketika Allah memperkenalkan Khidr kepada pembaca Al-Quran.
“Lalu mereka bertemu dengan  seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat daripada Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu dari sisi Kami.” Surah Al-Kahfi ayat 65.
“Khidr sebenarnya, bukan bijaksana. Sebab ilmu Khidr bukanlah ilmu yang dicarinya sendiri. Bukan berdasarkan pengalaman. Bukan berdasarkan pemikiran. Khidr tidak berfikir. Dia hanya ‘bergerak’ berdasarkan apa yang telah ‘ditetap’kan. Sebab ilmu Khidr hakikatnya adalah ilmu Allah SWT secara langsung. Sebab itu Allah menyebut – dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu dari sisi Kami. Ilmu itu adalah yang kita kenali sebagai Ilmu Ladunni. Ilmu yang datang terus daripada Allah SWT. Atau pendek kata, Ilmu Allah itu sendiri. Yang tak terjangkau dek manusia.”
Itu point pertama, dari tiga point yang belum disebut.
“Maka, segala keputusan Khidr di dalam peristiwa ini, bukanlah keputusan dia. Bukan terhasil dari pemikirannya. Bahkan sebenarnya, itu bukan keputusan seorang Khidr pun. Tetapi hakikatnya adalah keputusan Allah SWT. Lihat sendiri apa kata Khidr di akhir perjalanannya dengan Musa.”
Dan Dr Ala’ membaca: “dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemahuanku sendiri.” Surah Al-Kahfi ayat 82.
“Apa yang Khidr lakukan itu, hakikatnya bukan tindakan dia. Khidr hanyalah ibarat robot yang diprogramkan Allah SWT untuk melakukan itu dan ini. Sebab itu, apakah kamu pernah mendengar riwayat sohih akan kewujudan manusia seperti Khidr ini di zaman-zaman lain? Dia hanya wujud untuk Musa dalam perjalanan ini, dan tidak diketahui wujud baik sebelum itu mahupun selepas itu.
Itu point kedua dari tiga.
“Dan dengan kisah Khidr ini, Allah hendak mendidik kita untuk bersabar dengan keputusan-keputusanNya. Sebab itu, isu perjalanan Khidr dengan Musa, hakikatnya adalah isu BERSABAR DENGAN KEPUTUSAN ALLAH SWT. Tidakkah kamu melihat, apakah perjanjian utama mereka di dalam perjalanan ini?”
“Musa berkata kepada lelaki itu(Khidr): Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu? Dia menjawab: Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu? Musa berkata: Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai seorang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun. Dia(Khidr) berkata: Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu apa pun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu.” Ayat 66-70 Surah Al-Kahfi.
Dan lengkaplah tiga point yang ditinggalkan di awal cerita tadi.
Itulah pengajarannya!

Keputusan Allah, dan bersangka baik kepadaNya.
Dr Ala’ memberitahu bahawa, kisah Khidr dan Musa adalah untuk menunjukkan bagaimana Allah SWT dalam membuat keputusan.
“Apa-apa musibah yang melanda itu, hakikatnya baik untuk kita.” Itu adalah point yang paling penting diberikan Dr Ala’.
Kisah Khidr adalah buktinya. Apabila semua yang dilakukan itu, hakikatnya mempunyai sebab. Tuan punya perahu, perahunya tidak lagi dirampas kerana bocor. Dan bocor itu boleh dibaiki dan dia masih boleh berniaga dengan perahunya lagi. Ibu bapa yang kehilangan anak, keimanan mereka terselamat, dan mereka takkan dicampak ke neraka Allah nanti. Dua anak yatim yang dibantu, memang akan terjaga hartanya sampai mereka dewasa nanti.
Ada sesuatu perkara itu, Allah berikan yang pahit dahulu. Perahu bocor, anak mati. Dan ada pula perkara, Allah berikan terus-terus nampak baik. Bina dinding yang hampir roboh. Tetapi kesimpulannya, semua itu akan menghala kepada kebaikan.
“Pokoknya, kita perlu bersabar, dan bersangka baik dengan keputusan Allah SWT. Tidakkah kita belajar bahawa, manusia yang tidak mampu bersabar, adalah manusia yang rugi?”
“Lihatlah Musa, bagaimana dengan ketidak sabarannya, dia terpaksa berhenti dari mengikuti Khidr, sedangkan kalau dia bersabar, mungkin lebih banyak lagi hikmah yang akan dibukakan kepadanya.” Dr Ala’ tersenyum. Pelajar akhirnya memahami.
“Orang-orang yang bersabar, dan sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT, mereka takkan terganggu dengan musibah-musibah yang melanda mereka. Kerana mereka tahu, Allah SWT hanya mahukan yang baik-baik sahaja.”
Penutup: “Aku ceritakan ini, agar kamu membuka fikiranmu.” 
Dr Ala’ kemudian berkata:
“Ilmu Allah itu, memang takkan terjangka oleh kita. Apa kata kita letakkan sepenuhnya kepercayaan kita, kepada Allah SWT Yang Maha Mengetahui Segala-galanya itu?”
Itulah pointnya dinyatakan jenis ilmu Khidr. Ilmu Ladunni. Bukan Ilmu manusia. Tetapi Ilmu Ilahi. Tak sama ilmu manusia, dengan ilmu Ilahi.
“Musa telah tiada. Tetapi kisah itu kekal hingga ke hari ini. Sebab pengajaran di dalam kisah itu, hakikatnya untuk kita. Maka perhatikanlah. Aku ceritakan ini, agar kamu membuka fikiranmu. Kalau kita melihat ini sekadar tarikhi(sejarah), kamu takkan sampai kepada apa yang aku sampaikan kepada kamu hari ini.”
Begitulah juga sebabnya mengapa saya kongsikan penyampaian ini kepada kita semua.
Saya mahu kita memahami bahawa Allah SWT itu aturanNya, semuanya adalah baik.
Maka janganlah kecewa, dan jangan berputus asa.
Bersabar itu tiada rugi. Dan dalam bersabar itu, teruskanlah usaha lagi.
Kita tidak tahu apa yang Allah susun pada kita.
Tetapi kita mesti tahu, bahawa Allah SWT hanya susunkan yang baik-baik sahaja buat kita!
Bersangka baiklah kepada Allah SWT, dan bersabarlah!
Di dalam Al-Kahfi, Tuhan kita mendidik!

Wednesday 22 August 2012

tipuan zaman berzaman



 " Sihir telah difirmankan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al Quran di mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa a.s. Sihir juga ada diriwayatkan di zaman Nabi s.a.w. "


ADAKAH NABI PERNAH TERKENA SIHIR ?

Persoalan ini telah menjadi pertikaian para ulama Islam. Maka dalam hal ini kita merujuk kepada Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

Dari Aisyah: "Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka" (Bukhari dan Muslim)


Ulama-ulama yang menafikan hal ini memberi alasan bahawa ini merupakan sesuatuyang mengaibkan martabat Ar-Rasul s.a.w., akan tetapi menurut Qadhi Iyadh, katanya"(kejadian sihir) ini tidak mencacatkan kebenaran Baginda kerana telah jimak bahawaNabi dipelihara dari sudut itu. Cuma yang berlaku hanyalah di bidang yang harusberlaku di atasnya, di bidang duniawi semata-mata".Juga Qadhi "Iyadh menegaskan: "Dan sihir adalah merupakan satu daripada penyakitpenyakit".

Dengan ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat bahawa ia berlaku atas keizinan Allah s.w.t. Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan. Oleh itu bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan bekerjasamadengan syaitan bagi tujuan-tujuan tersebut


TANDA-TANDA TERKENA SIHIR 


Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-

1.Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.

2.Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup " meminum air yang mendidih.

3.Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.

4.Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.

5.Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doctor-doktor yang pakar.


CARA MENGHADAPI SIHIR 

Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah "Azza Wajalla. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, "Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.

Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.

Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah s.w.t. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin yang tidak beramal dengan petunjuk Allah s.w.t.

Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam perkara melawan sihir sahaja. Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak mengharuskannya sama sekali. Oleh yang demikian kita dapati di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini. Akan tetapi perlu diingatkan seperti yang dijelaskan dalam tajuk yang terdahulu (Masalah Berubat Dengan Perantaraan Jin), terdapat bahaya-bahaya yang banyak terutama bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu Taymiyah.


RASUKAN 

Satu lagi cirri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya:

"Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah".

Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin, ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah banyak, antaranya:-

1. Iblis - bapa segala jin
2. As Syaitan - syaitan
3. Al Muraddah - peragu (pewas-was)
4. Al Afariit - Ifrit (penipu-penipu)
5. Al A"wan - penolong-penolong (khadam)
6. Al-Ghawasuum- penyelam-penyelam
7. Atthiaruun - penerbang-penerbang
8. Attawabi" - pengikut-pengikut
9. Al Qarna" - pengawan-pengawan
10. Al "Ammar - pemaa"mur-pemaa"mur


PENGALAMAN MUJAHIDIN AFGHAN 

Diriwayatkan dalam kisah perjuangan Muhahidin Afghan bahawa pernah berlaku salah Seorang daripada Mujahidin telah dirasuki jin. Kemudian sahabat-sahabatnya telah Membacakan ayat-ayat suci Al-Quran kepada sahabat mereka yang sedang dirasuk itu. Akan tetapi bahawa jin yang merasuknya menjawab bahawa ia juga beragama Islam dan bahawa ayat-ayat Al Quran itu tidak akan memberi kesan apa-apa kepadanya. Maka apabila tiba Amir Muhahidin yang lebih arif, beliau lalu melaungkan azan dan seketika itu juga jin tadi telah gentar dan mengaku kesalahannya. Barulah jin itu menjawab ia sebenarnya beragama Nasrani dan bahawa ia adalah salah seorang daripda 5,000 jin yang dihantar oleh Pope untuk merosakkan bumi Mesir dan memporak-perandakan hubungan suami isteri. (Sejauh mana benar dakwaan jin ini wallahu"alam).


Diceritakan oleh al-‘Ufi dalam terjemahannya dengan keizinan dari Ibn ‘Abbas berhubung dengan Firman Allah azza wa jall :

وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلا تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُمْ بِضَارِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلاَّ بِإِذْنِ اللَّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ 
وَلا يَنفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُوا لَمَنْ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا بِهِ أَنفُسَهُمْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
البقرة : ١٠٢
{Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman(dan mereka mengatakan bahawa sesungguhnya Sulaiman itu mengamalkan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir(tidak mengamalkan sihir), hanya syaitan-syaitan itu yang kafir(mengamalkan sihir). Mereka mengajar sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil(Babylon) iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan : “Sesungguhnya kami hanya cubaan(bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir(dengan mempelajari sihir ini dari kami).”}

Apabila Sulaiman kehilangan kerajaannya, sejumlah besar daripada manusia dan Jinn mengkhianat dan mengikut hawa nafsu mereka. Tetapi apabila Allah swt pulihkan semula kerajaanya, dan pengkhianat-pengkhianat tersebut kembali semula pada Jalan Yang Benar sekali lagi, Sulaiman menawan Kitab Suci mereka di mana dia menyimpan di bawah takhtanya. Tidak lama kemudian, Sulaiman alaihissalam meninggal. Dengan segera, manusia dan Jinn selongkar Kitab Suci di bawah takhta Sulaiman itu dan berkata : Ini adalah buku yang didedahkan Allah kepada Sulaiman yang telah merahsiakan dari kita. Mereka mengambilnya sebagai agama mereka dan Allah berfirman :

{ وَلَمَّا جَاءَهُمْ رَسُولٌ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مُصَدِّقٌ لِمَا مَعَهُمْ نَبَذَ فَرِيقٌ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ 

كِتَابَ اللَّهِ وَرَاءَ ظُهُورِهِمْ كَأَنَّهُمْ لا يَعْلَمُونَ }.

{“Dan setelah datang kepada mereka seorang rasul di sisi Allah yang membenarkan apa (kitab) yang ada pada mereka, sebahagian daripada orang yang diberi kitab (Taurat) melemparkan Kitab Allah ke belakang (punggung) nya seolah-olah mereka tidak mengetahui (bahawa itu adalah kitab Allah).”}[Al-Baqarah : 101]

…dan mereka mengikut apa yang syaitan berikan yakni : alatan musik, dimainkan dan semua yang menghalang daripada mengingati Allah.

Dikisahkan dari Ibn Jarir :
Saya diberitahu daripada Abu As-Sa’ib Salamah Ibn Junadah As-Sawa’I daripada Abu Mu’awiyyah daripada Al-A’mash daripada  Al-Minhal daripada Sa’id Ibn Jubair dengan kebenaran Ibn Abbas dengan berkata :

Apabila Sulaiman mahu menyahut seruan alam atau berkasih dengan isteri-isterinya, biasanya dia akan memberikan cincinnya kepada seorang perempuan bernama Al-Jaradah. Apabila Allah Maha Kuasa mahu timpakan sesuatu ke atas Sulaiman, dia memberikan cincin itu kepada wanita tersebut.

Seterusnya, syaitan datang kepada wanita itu dalam rupa Sulaiman dan mengambil cincin itu daripadanya. Apabila syaitan memakai cincin itu, semua manusia, Jinn dan syaitan patuh kepadanya. Kemudian, Sulaiman datang kepada Al-Jaradah untuk meminta cincinnya dan dia berkata  : “Kamu penipu! Kamu bukan Sulaiman!” Jadi, tahulah Sulaiman bahawa ini adalah sebuah dugaan daripada Allah. Dengan ini, syaitan mampu buat sesuka hati mereka. Mereka menulis Buku Sihir dan kata-kata kufur di mana mereka tanamnya di bawah takhta Sulaiman. Selepas kematian Sulaiman, mereka menggali semula mencari buku ini, dan berkata : “Sungguh! Sulaiman itu selalu meminta tolong dengan buku ini!” Seterusnya, masyarakat mula menuduh bahawa Sulaiman itu kafir hinggalah datangnya Muhamamd  membawa ayat Quran yang bermaksud : { Sulaiman tidak kafir(tidak mengamalkan sihir), hanya syaitan-syaitan itu yang kafir(mengamalkan sihir).}

As-Sadiy berkata :
Firman Allah swt :
{Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman(dan mereka mengatakan bahawa sesungguhnya Sulaiman itu mengamalkan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir(tidak mengamalkan sihir), hanya syaitan-syaitan itu yang kafir(mengamalkan sihir).
Yakni :  Syaitan selalu mendengar perbualan antara malaikat-malaikat dengan teliti sekali mengenai apa yang terjadi di muka bumi ; mati, perkara ghaib ataupun perkara berkenaan tuhan. Kemudian, mereka datang untuk menginspirasi ahli nujum/tukang tilik mengenainya dan mereka pula memberitahu kepada orang ramai. Masyarakat mula mempercayai mereka, dan akhirnya tukang tilik mula mempercayai Syaitan yang setelah itu mula menokok tambah mengenai hal-hal yang dibincangkan malaikat dengan penipuan Syaitan ini.

Orang ramai mula mencatit mengenai hal ini dan mereka percaya Jinn tahu perkara ghaib. Sulaiman segera merampas catitan-catitan ini semua dan meletakkan di dalam peti dan  menanamnya di bawah takhtanya. Sesiapa sahaja yang mahu menghampirinya akan terbakar hidup-hidup.

Sulaiman mengisytiharkan bahawa sesiapa yang menyatakan bahawa syaitan tahu perkara ghaib bakal dipancung. Setelah kematian Sulaiman, syaitan datang menyerupai manusia dan berkata kepada masyarakat : “Aku akan bawa kamu kepada harta yang tidak akan habis selamanya”. Dia mengarahkan mereka untuk menggali takhta Sulaiman dan dia ke tepi. Dia berkata : Andai kamu gali dan tidak temui apa-apa, kamu boleh bunuh aku. Mereka menggalinya dan menjumpai tulisan itu.

Syaitan kemudian berkata : “Hanya dengan magik ini, Sulaiman mampu menakluk semua manusia, Jinn dan burung”. Kemudian, dia terbang. Kemudian menjadi fitnah pula bahawa Sulaiman itu adalah ahli sihir. Bani Israel menyimpan tulisan-tulisan tersebut mempertikaikan kepada Nabi Muhammad mengenainya. Tetapi Allah Maha Berkuasa, Dia mendedahkan kepada Muhammad FirmanNya :

{Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman(dan mereka mengatakan bahawa sesungguhnya Sulaiman itu mengamalkan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir(tidak mengamalkan sihir), hanya syaitan-syaitan itu yang kafir(mengamalkan sihir).}



Dikisahkan oleh Ar-Rabi’ Ibn Anas :

Yahudi itu selalu bertanya kepada Nabi Muhammad  mengenai perihal Kitab Taurat, dan setiap kali mereka bertanya, Allah mendedahkannya kepada Muhammad  yang mengalahkan mereka. Maka, mereka berkata : “Muhammad tahu apa yang telah didedahkan lebih baik daripada kita!” Kemudian, mereka bertanya baginda  tentang sihir dan Allah mendedahkan kepada Muhammad FirmanNya:
{Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman(dan mereka mengatakan bahawa sesungguhnya Sulaiman itu mengamalkan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir(tidak mengamalkan sihir), hanya syaitan-syaitan itu yang kafir(mengamalkan sihir). Mereka mengajar sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil(Babylon) iaitu Harut dan Marut,}. Dan Dia memberitahu Baginda Muhammad  bahawa Syaitan yang telah menulis buku tentang sihir dan ilmu tilik dan menanamnya di bawah takhta Sulaiman . Apabila baginda meninggal dunia, syaitan-syaitan membawa keluar magik tersebut dan memperdayakan orang ramai dengan berkata : “Ini adalah Ilmunya Sulaiman yang dia telah rahsiakan daripada kalian.” Nabi Muhammad  memberitahu Yahudi tersebut mengenai kisah itu dan mereka tunduk malu kekalahan dan tersindir.

Allah Maha Kuasa berfirman :
{dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil(Babylon) iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan : “Sesungguhnya kami hanya cubaan(bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir(dengan mempelajari sihir ini dari kami).” Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dapat memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya}

Yakni : Yahudi salah cakap bahawa Allah mengajar Sihir kepada Jibriel dan Mikail kepada Sulaiman Bin Daud, tetapi Allah tunjukkan kepada mereka kesalahan mereka itu. Tambahan Allah memberitahu Muhmmad  bahawa bukan Jibriel mahupun Mikail yang turun dengan Sihir dan Sulaiman itu bebas dari tuduhan Ahli Sihir. Allah memberitahu semua orang bahawa sihir itu bukan apa-apa melainkan kerja Syaitan yang mengajarnya kepada penduduk Babil(Babylon). Dan, orang yang mengajar sihir kepada mereka adalah Harut dan Marut.

Allah Maha Kuasa berfirman :
{ Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dapat memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya } yakni : mereka belajar daripada Harut dan Marut mengenai sihir yang boleh memisahkan antara suami dan isteri walaupun mereka suami isteri saling mengasihi dan mempercayai.

Hal ini terjadi dengan kepintaran Syaitan sepertimana disebutkan dalam Sahih Imam Muslim, hadis diriwayatkan oleh Jabir Ibn ‘Abdullah bahawa Rasulullah  bersabda :

“Iblis meletakkan takhtanya di atas air; kemudian dia menghantar kumpulan kecil (untuk mencipta perselisihan);  semakin tinggi derajat mereka adalah mereka yang terkenal dengan membuat perselisihan. Salah seorang dari mereka datang dan berkata  : Aku telah melakukan demikian dan demikian. Dan dia berkata : Kamu tidak buat apa-apa pun. Kemudian, salah satu dari mereka datang dan berkata : Aku tidak tinggalkan sedemikan dan demikian hinggalah aku menanam benih perselisihan dalam suami dan isteri. Syaitan itu dekat kepadanya dan berkata : Kamu telah lakukan yang terbaik.”

Al-’Amash kemudian berkata : “Kemudian dia memeluk syaitan tersebut.” 

Perselisihan antara suami dan isteri boleh dihasilkan melalui sihir di mana syaitan membiarkan setiap suami isteri itu membayangkan perkara buruk – pandangan, sikap etc – mengenai pasangannya itu.


Bila aku dapat melihatmu kembali??



Bersumber dari Raja' bin Umar An-Nakha'i, dia pernah bercerita: Dahulu di kota Kufah tinggal lah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-Nakha? dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik. Sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa sejak pertama melihat pemuda itu. Si pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya. 

Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban cinta yang sangat berat. Si gadis tadi kemudian mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya: Aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku, dan kerananya, betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.? 

Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata kepada utusan wanita pujaan hatinya, Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya aku takut akan seksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.? 

Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda itu. Si gadis lalu berkata,Selamanya aku belum pernah menemui seorang yang zuhud dan selalu takut kepada Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan orang adalah munafik.? 

Setelah berkata demikian, gadis itu lalu melepas segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhir hayatnya. 

Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah ke makamnya. Pada suatu ketika dia bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun bertanya, ?Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?? 
Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair: 

Kasih... 
cinta yang terindah adalah mencintaimu, 
sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan. 
Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu 
burung syurga menjauh 
dan malaikat menutup pintu.


Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, Di mana engkau berada?? Kekasihnya menjawab dengan melantunkan syair:

Aku berada dalam kenikmatan 
dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir 
berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat 
yang tidak mungkin binasa 
yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih.


Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya,Di sana aku mohon agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!?

Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!? jawab gadis kekasihnya itu.

Pemuda itu kembali berkata kepadanya, Bila aku dapat melihatmu kembali?? 
Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari, jawab kekasihnya. 

Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia meninggal dunia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih sayang-Nya kepada mereka berdua dan mempertemukannya kembali di syurga.

The Way to Avoid Unnecessary Pain in Life

Wisdom is learning from others’ mistakes”
As human beings, we all experience pain in life. The death of a loved one, messy break-ups, physical injuries, and disappointment with ourselves are just a few common examples. Sometimes pain is unavoidable. But here is the big idea: often pain is avoidable. Often pain we feel is just the culmination of a bunch of bad habits or practices that deep inside we know are going to cause us problems later down the line.
Unfortunately for many years the biggest lessons I learnt in life were from my own stupid mistakes. In fact, just today I have had to deal with some mess that stems from my one and only run in with the law when I was 17 (I am now 25). What then is the easiest way to avoid unnecessary pain? The quote at the beginning of this article says it all: learn from others’ mistakes.
The following are what I consider to be 25 ways in which people set themselves up to experience future pain. Many of them are common sense. One thing I have learnt, though, is that common sense does not necessarily translate to common practice. I have purposely not gone into much detail for each mistake as they are fairly self-explanatory. You will probably find yourself thinking of someone you know when you read each one. The question is, though, do any of these mistakes apply to you?

smokingHealth:

1. Smoking
2. Excessive drinking
3. Poor diet
4. Drug-taking
5. Failing to exercisedebt

Financial:

6. Accumulating mountains of debt
7. Spending more than they earn
8. Not having an emergency fund
9. Leaving it too late to properly save/ invest for retirement
10. Lack of adequate protection (ie insurance) for their assets

argueRelationships:

11. Expecting their partner to change
12. Taking their partner for granted
13. Not discussing key issues (eg kids) before making a big commitment (ie marriage)
14. Just not being compatible (eg financially)
15. Using emotional blackmailangry

Career:

16. Poor presentation/ personal hygiene
17. Not being proactive
18. Laziness
19. Blaming others
20. Doing something they hate for a living

Life:

not_listening

21. Dangerous driving
22. Negative thinking
23. Endless procrastination
24. Forgetting how to have fun
25. Not listening to good advice :)

Tuesday 14 August 2012

baju raya dan anak kecil



Suatu ketika di Hari Raya, Sewaktu Rasulullah hendak pergi ke masjid, Baginda mendapati seorang anak yang masih kecil sedang menangis di sebuah sudut jalan. Rasulullah yang sangat berhati lembut dan penyayang kemudian mendatangi anak kecil tersebut, lalu bertanya kepadanya : "Wahai anak, hari ini semua orang sedang bergembira dengan datangnya Hari Raya Idul Fitri, tetapi kamu terlihat menangis seorang diri disini, apa yang terjadi?"

Anak kecil itu menjawab: Aku sedih, teman-temanku semua bergembira dengan ibu dan ayah mereka, mereka memakai baju baru dan perhiasan baru, sedangkan orang tuaku telah bercerai, ibuku menikah dengan orang lain, ayah tiriku tidak peduli denganku. Dan aku tidak mungkin dapat membeli baju baru.

Rasulullah kemudian tersenyum haru, lantas memeluk anak kecil tersebut dengan penuh kasih, bagaikan anak Baginda sendiri. Setelah itu Rasulullah berkata padanya : Wahai anak kecil yang dikasihi Allah, maukah jika engkau menjadi anakku, aku menjadi ayahmu, dan Aisyah menjadi ibumu?.

Dengan terharu dan senyum yang tidak dapat terlukisakan, anak itu kemudian memeluk Rasulullah dengan erat, air matanya mengalir karena merasakan kebaikan dan kasih sayang Rasulullah kepada dirinya.

Rasulullah kemudian menggendong anak kecil itu dan membawa ke rumah, kemudian menyerahkannya kepada Sayidatina Aisyah untuk dimandikan. Maka beberapa saat kemudian, si anak kecil yang sebelumnya berdaki, kotor, bau dan naif  itu berubah menjadi bagaikan bidadari kecil yang harum dan cantik.

Begitulah kasih sayang Baginda Rasulullah SAW, sanggup mengasihi dan menghibur orang lain demi kebahagiannya. Baginda sangat sayang terutama kepada anak-anak yang masih belum ada dosa. Marilah kita berusaha meneladani akhlak Rasulullah yang sungguh agung, iaitu salah satunya dengan berkasih sayang sesama manusia



Thursday 9 August 2012

Jama' Taksir dan penggunaannya.


Jama’ ialah bilangan yang melebihi 3. Didalam bahasa inggeris adjective tidak mempunyai jama’ atau plural. Contoh good men , perkataan good adalahadjective dan tidak mempunyai plural. Dalam bahasa arab adjective pun mempunyai jama’/plural.

Jama’ taksir


Jama’ taksir digunakan dengan agak meluas didalam bahasa arab dan dan mereka tidak mempunyai corak atau pattern tertentu untuk kita mencari perkataan jama’  daripada perkataan tunggal.
Kadang-kadang jama’ taksir terbentuk dengan perubahan huruf vowel ( ضمَّة  u ,فَتْحة  aكسرة i). Contoh:
Tunggal
Jama’
أَسَدٌأُسُدٌ
سَقْفٌسُقُفٌ
Kadang-kadang terbentuk melalui pembuangan huruf :
TunggalJama’
رَسولٌرُسُلٌ
Kadang-kadang melalui penambahan huruf:
TunggalJama’
قَلَمٌأقْلَامٌ
مَسْجِدٌمَسَاجِدُ
Kita perlu mempelajari nya apabila kita menjumpai isim yang mufrad. Dapatkan nya dari kamus.
Bagaimanakah i’rab apabila perkataan jama’ tersebut berada didalam keadaan marfu’, mansub atau majrur? Keadaan marfu’, mansub dan majrur ialah perubahan fungsi perkataan berkenaan apabila berada didalam situasi nahu yang berbeza.

I’rab jama’ taksir



Diptote ialah istilah dalam bahasa inggeris untuk menyatakan sesetengah isim berubah (declined) secara terhad. Isim tersebut dikelaskan sebagai fully declinedjika ianya bertukar baris dhammah jika marfu’, fathah jika mansub dan kasrah jika majrur. Setengah isim bertukar kepada fathah apabila menjadi mansub dan juga fathah apabila majrur. Kategori isim ini dikenali sebagai مَمْنُوع مِنَ الصَّرف (diptote) . Kategori ini menggunakan wazan مَفَاعِلُ.
Marfu’Mansub dan MajrurContoh
Jama’ taksirدَفَاتِرُ دَفَاتِرَعِنْدِي سَبْعَةُ  دَفَاتِرَ
دَفَاتِرَ : Majrur walaupun baris fathah kerana ia adalah mudhaf ilaihi.
i) Penggunaan ismu isyarah dalam jama’ taksir عَاقِلٌ dan غَيْرُ عَاقِلٍ .
Isim boleh juga di kelaskan sebagai berakal (عَاقِلٌ)atau bukan berakal (غَيْرُ عَاقِلٍ). Isim kategori berakal ialah manusia, malaikat, jin dan sebagainya. Isim kategori bukan berakal ialah terdiri dari benda-benda, binatang dan konsep. Pada keadaan tunggal, tiada perbezaan samaada berakal atau bukan dari segi penggunaan ismu isyarah. Perbezaan penggunaan ismu isyarah dalam perkataan jama’ adalah seperti jadual dibawah:

(i) Isim berakal  (عَاقِلٌ)

Ismu isyarah (dekat)
TunggalJama’
Muzakarهَذا تَاجِرٌهَئُلَاءِ تُحَّارٌ
Muannasهَذِهِ طَالِبَةٌ هَئُلَاءِ طالباتٌ

Ismu isyarah (jauh)
TunggalJama’
Muzakarذلك طالبأُولإِك طُلّابٌ
Muannasتلك طالِبَةٌأُولإِك طالبات

(ii) Isim bukan berakal  (غَيْرُ عَاقِلٍ)

Ismu isyarah(dekat)
TunggalJama’
Muzakarهذا بَيْتٌهذه بُيُوتٌ
Muannasهذه سيَّارةٌهذه سَيَّاراتٌ
Ismu isyarah(jauh)
TunggalJama’
Muzakarذلك بَيْتٌ   تلك بُيُوتٌ  
Muannasذلك سيَّارةٌ  تلك سَيَّاراتٌ  

Perhatikan isim jama’  bukan berakal samada ismu isyarah jauh atau dekat akan menggunakan ismu isyarah tunggal dan muannas walaupun jama’ nya muzakar.
Mubtada’ dan khabar
Kalau dalam keadaan bilangan tunggal mubtada’ dan khabar mesti sama dari segi jantina nya. Kalau mubtada’ muannas maka khabar juga muannas. Isim jama’ taksir bukan berakal, khabarnya adalah tunggal dan muannas apabila mubtada’ nya jama’ bukan berakal.
القُمْصَانُ جَدِيدةٌالقُمْصَانُ : Mubtada’, Jama’ taksir, isim bukan berakal, muzakar.

جَدِيدةٌ : Khabar, bilangan tunggal, muannas.
التُّلَابُ جُدُدٌ
التُّلَابُ : Mubtada’, Jama’ taksir, isim berakal,muzakar.
جُدُدٌ : Khabar, bilangan jama’,muzakar.

ii) Wazan jama’ taksir
Lebih daripada 20 corak atau wazan bagi isim plural ini. Dibawah disenaraikan beberapa wazan yang sering ditemui. Wazan yang ditanda merah adalah penting untuk diingati:
Wazan/corakJama’Tunggal
فُعُولٌ    نُجُومٌنَجْمٌ
فُعُلٌكُتُبٌكِتَابٌ
فِعَالٌجِبَالٌجَبَلٌ
فُعَّالٌ تُجَّارٌتَاجِرٌ
أَفْعَالٌ
أقْلَامٌقَلَمٌ
فُعَلَاءُزُمَلَاءُزَمِيْلٌ
مَمْنُوع مِنَ الصَّرف
أَفْعِلَاءُأَصْدِقَاءُصَدِيْقٌ
مَمْنُوع مِنَ الصَّرف
فِعْلَةٌإِخْوةٌأَخٌ

مَفَاعِيلُ 
مَفَاتِيحُمِفْتَاحٌ
مَمْنُوع مِنَ الصَّرف

مَفَاعِلُ


دَفَاتِرُدَفْتَرٌ
مَمْنُوع مِنَ الصَّرف 
Wallahu’alam