Monday 24 June 2013

keadaan bergolak di SYRIA.



PERISTIWA SYRIA

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zamanHafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun.Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.
Hafez Al-Assad berpegang padaSyiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripadaMUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ) Ahli Sunnah Waljamaah.

Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakanSyiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragamaMuslim Sunni.



Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu jugaHizbullah di Lubnanjuga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA

Hafez Al-Assad-konflik berdarah di Hamapada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.

Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaanrevolusiberlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH: Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka.

Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat.

Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan.

Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.

1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya.
Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..
84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar,
6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar..
Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..

#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI…
FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA

Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;

“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid”

-hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU

1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat.
Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.

2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka.
tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.

3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID….

4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.

5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?

1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..

2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.

3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria.
TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan.
Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid.
Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA

-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.
Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI”dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:
Kalam Saidina Ali KWJ;“Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat”.
Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra’ ayat 81;
“Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.
Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 17 ;


adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi.

Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.
- Disusun semula dari pelbagai sumber oleh Abu Abdullah.

 perkongsian tokoh ulama’ syria,Syeikh Hassan di UPM menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria.

Wallahu A’lam..

Sumber :  hafizamri.com

Sunday 23 June 2013

Do you really believe you are strong?




You systematically push away all the reasons you have to stay. You let your fingers brush off the dust as you sit up after another night spend on the floor, the bottles surrounding your suddenly pale frame. How long has it been since your skin tasted sunlight? How long since your eyes roamed a world that was not blighted by the hate you feel, the evil you have let in? Your memories are hazy, but any imbecile could correctly deduce what happened, and yours is a brilliant mind. You passed out again, the drinks sweeping you off to a distant place where you are who you always dreamed you would be, instead of the feeble excuse for a man you are now. You sigh as you stand up, your head swimming in something that reminds you an awful lot of the water you used to glide through, except that this is a sickly feeling, and that was something far more beautiful. The bathroom smells of her perfume, and perhaps a touch of guilt echoes around inside that heart of yours. You know the one I’m talking about; the one you so often deny you have. That heart that still feels a touch of morality, though you deny such obligations’ existence. You shake your head, take a few pills, and then try to figure out what exactly you are going to do today. Your fingers lightly pad your computer, and the name of your mother flashes up on your mail. You look at it for a long while, your eyes staring at her name until you can see nothing but the look on your little brother’s face when you showed the side of you that you had once kept hidden from him. “He’s old enough,” you reasoned. “He must know what the real world is like. He can’t stay a child forever.” But still, your heart beats too quickly and your mind will not stop telling you how many times you have messed up in just the last twenty four hours, never mind the last few months. You wished you were as strong at the image your little sister used to have of you was. “She doesn’t have it any longer. The way she looked at me…” You almost feel ashamed, until you remember that shame is for the weak, and that is one thing you have never been.

Is that true? Something whispers inside of you. You brush it off, much like the dust from earlier. Still, it comes back. Do you really believe you are strong? If you were so strong you would not be so easily contained by this cage you have locked yourself in. You agree, but you hate it, so you yell instead. Really, what is one more beer going to hurt?

All the while, your fingers throb with words you used to say and now never even think, and your eyes wish for sunlight while your skin screams for cleanliness.



A try at some poetic prose. What did you think this time?

Saturday 22 June 2013

I give you my jacket,I give you my heart.



Listen carefully. I’m about to tell you a story. I don’t know what it’s about..but it is important.

Once upon a time I looked up at the stars and saw nothing but dark sky. I thought it was beautiful like that, all dark and plain and not trying to be anything. But then I looked harder. Nothing’s ever quite as great as we want it to be, is it? It’s all mismatched colors, and words that don’t make any sense, and no matter how hard I try to find the truth, someone is always there covering it up. I’m writing so fast that I keep misspelling words that used to be so simple. Where did I go so wrong that even a simple note about it makes my hands tremble? When did my mind become filled with excuses and dreams about who I could have been? I could have been a superhero. The fact that I am not troubles me more than I would like to admit. It would be lovely, don’t you think? To have a child look at you as though you were the greatest thing? To have story after fantastical story written about you, and yet not one of them measures up to the real thing. That would be beautiful. I might even cry.

    But which would it be? I ask you here and now. Would you take my hand regardless?
    And for a night with me, would you risk noon sun's furnace?
    Thats when I realized that there is a time of night that looks just like the dusk
    Where we walk in calmest strides for we've completed what we must
    The cool wind on our neck and the grey clouds on our eyes.
    The time will go where it is led, be it to or from the day's sunrise.
You see, I’ve been having trouble recently with this thing people often called “feelings”. They confuse me. But most of all, they worry me. Shouldn’t I be able to feel such feelings? And yet, so often I’m left empty, like a forgotten cup in the back of a kitchen cupboard. Eventually I’ll rot and become so filled with dust (that lifeless, thin residue that is never quite enough) that I’ll be thrown away. Still, I know that I am not dead because some things I do feel. It’s just other things. It really does bother me. It’s like…I’m in a large cave. Most of everything inside me seems nothing more than an echo of an echo spoken by someone at the mouth of the cave. It reverberates around me like words so often do when they’re yelled in, but it slowly becomes quiet. All that is left for me is this very odd whisper of an echo that doesn’t really make much sense. I guess I just wish that I was filled with a little bit more…exuberance. Something more like magic than this. Now please don’t get me wrong. I do feel. Oh how I feel. Yet, still, sometimes I’m empty.

I pray God fixes me soon.


Saturday 15 June 2013

mengapa wanita itu mudah menangis?



Seorang anak yang sudah remaja bertanya pada ayahnya.

Kanak-kanak: "Ayah, mengapa seorang wanita itu sangat mudah menangis?"

Ayah: "Seorang wanita itu mudah menangis kerana Allah menciptakan bahu yang cukup kuat untuk menyokong dunia, namun harus cukup lembut untuk memberi keselesaan!"

Kanak-kanak: "Menyokong dunia?"

Ayah: "ya, kerana wanita mempunyai peranan sangat penting di dunia ini!"

Kanak-kanak: "Boleh ayah jelaskan apa yang istimewa dari seorang wanita?"

Ayah: "Allah memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak, dan menerima karenah yang sering datang dari anak-anaknya. Allah memberi kekerasan untuk membuatnya tabah saat orang lain menyerah, namun dia mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh. "

Kanak-kanak: "Seistimewa itu yah.?"

Ayah: "Bukan hanya itu, Allah juga memberikan kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan. Bahkan ketika anak-anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya. "

Kanak-kanak: "Ternyata wanita itu sungguh luar biasa ya, ayah?"

Ayah: "Masih ada lagi keistimewaan yang dimilik seorang wanita."

Kanak-kanak: "Apa itu yah?"

Ayah: "Allah memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalan dan melengkapi tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya. Allah memberi kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa suami yang baik tak akan pernah menyakiti isterinya. Tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu. "

Kanak-kanak: "Lalu bagaimana dengan lelaki?"

Ayah: "Lelaki harus membuat wanita berasa selesa dan dilindungi saat berada disampingnya. Jangan pernah membuat hati wanita terluka, jika lelaki berniat mempermainkan wanita, ingatlah pengorbanan wanita yang telah melahirkannya. "

Jika esok tidak pernah hadir



Bila ku tahu ini akan menjadi terakhir kalinya ku lihat dirimu terlelap tidur, Aku akan menyelimutimu dengan lebih rapat dan berdoa kepada Tuhan agar menjaga jiwamu.

Bila ku tahu ini akan menjadi terakhir kalinya ku lihat dirimu melangkah keluar pintu, Aku akan memelukmu erat dan mencium dan memanggilmu kembali untuk melakukannya sekali lagi.

Bila ku tahu ini akan menjadi terakhir kalinya ku dengar suaramu memuji, Aku akan merakam setiap kata dan tindakan dan memutarnya lagi sepanjang sisa hariku.

Bila ku tahu ini akan menjadi terakhir kalinya, aku akan meluangkan masa tambahan satu atau dua minit, Untuk berhenti dan mengatakan "Aku mencintaimu" dan bukannya menganggap kau sudah tahu.

Jadi untuk berjaga-jaga seandainya esok tak pernah datang dan hanya hari inilah yang ku punya, Aku ingin mengatakan betapa aku sangat mencintaimu dan ku harap kita takkan pernah lupa.

Esok tak dijanjikan kepada siapa pun, baik tua maupun muda. Dan hari ini mungkin peluang terakhirmu untuk memeluk erat orang tersayangmu.

Jadi, bila kau sedang menantikan esok, mengapa tidak melakukannya sekarang?

Kerana bila esok tak pernah datang, kau pasti akan menyesali hari.

Saat kau tidak meluangkan masa untuk memberikan sebuah senyuman, pelukan atau ciuman. Dan saat kau terlalu sibuk untuk memberi seorang yang ternyata merupakan permintaan terakhir mereka.

Jadi, dakaplah erat orang-orang tersayangmu hari ini dan bisikkan di telinga mereka, bahawa kau sangat mencintai mereka dan kau akan selalu menyayangi mereka.

Luangkan waktu untuk mengatakan "Aku menyesal", "Maafkan aku", Terima kasih ", atau" tidak mengapa "

Dan bila esok tidak pernah hadir, kau takkan menyesali pada hari ini.


Thursday 13 June 2013

ada apa dengan pahala dan dosa?

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T. yang cukup hebat. Manusia diangkat kedudukannya kerana memiliki akal, dan dalam masa yang sama memiliki nafsu atau keinginan. Satu lagi kehebatan manusia ialah diperuntukkan ke atas mereka ganjaran dosa dan pahala. Dosa adalah balasan buruk dalam bentuk seksaan disebabkan melakukan perkara maksiat. Manakala pahala merujuk kepada balasan baik yang bakal diberikan kepada mereka yang beriman dan beramal soleh.

Satu ungkapan ayat yang biasa kita dengar, iaitu terlalu mudah untuk membuat dosa dan terlalu susah untuk membuat pahala. Ini menggambarkan kita ini terlalu mudah melakukan sesuatu yang dianggap berdosa kerana jiwa kita dihasut oleh saitan dengan pelbagai hasutan. Namun apabila kita hendak melakukan perkara yang mendatangkan pahala ada sahaja halangan-halangannya. Hanya yang hebat sahaja berjaya merempuh halangan itu.

Seringkali kita terlupa akan dosa dan pahala yang berada di sekeliling kita. Maklumlah kerana kita tidak nampaknya secara zahir. Untuk meyakini kewujudan dosa dan pahala, apa salahnya jika kita memberi perumpamaan kedua-duanya seperti berikut:

v  Dosa berbentuk seekor ular hitam yang besar dan sangat berbisa. Apabila kita melakukan satu perbuatan dosa, tiba-tiba muncullah ular itu di hadapan kita lalu mengejar untuk mematuk kita. Sewaktu kita berlari
dalam ketakutan, sempat lagi kita melakukan satu lagi dosa. Tiba-tiba muncul seekor lagi ular yang lebih besar dan lebih berbisa. Kedua-dua ekor ular itu terus mengejar kita. Adakah kita akan terus melakukan dosa-dosa lain? Apa yang jelas, tidak akan ada orang yang sanggup melakukan dosa jika nampak secara zahir bahawa dosa itu salah satunya berbentuk ular.


v  Pahala berbentuk emas, intan dan permata yang sangat cantik. Ketika sedang melakukan sesuatu kebaikan, tiba-tiba muncul di hadapan kita seketul emas dan intan. Lalu kita mengambilnya. Kemudian kita melakukan
sekali lagi kebaikan, lalu muncul lagi emas dan intan yang lebih besar dan mengambilnya. Kemudian kita tambahkan lagi kebaikan, semakin banyak emas dan intan muncul dan begitulah seterusnya. Jikalau beginilah bentuk pahala, maka sudah pasti ramai orang akan berusaha untuk melakukan kebaikan kerana salah satu bentuk pahala adalah emas, intan, dan permata.

Oleh itu, kita ambillah iktibar dan pengajaran dari ayat-ayat al-Quran yang banyak menceritakan tentang balasan dosa dan pahala. Sebelum kita melakukan sesuatu pekerjaan, tanyalah hati dan iman terlebih dahulu. Jika pekerjaan tersebut boleh mendatangkan pahala, ayuh, kita pebanyakkan! Tetapi jika perbuatan itu boleh menjerumus ke lembah dosa, ayuh, kita tinggalkannya. Terdapat dua perkara yang perlu kita ingat sebelum ajal menjemput kita. Pertama ialah hanya pahala sahaja yang akan dapat menyelamatkan kita dari seksaan api neraka. Kedua ialah dari kalangan pahala yang kita perolehi itu, terdapat ketuanya iaitu pahala solat lima waktu. Ini bermakna, jika pahala kita banyak sekalipun tetapi jika tidak solat maka sia-sialah sahaja.

Saturday 1 June 2013

terung yang merubah hati.





Di Damaskus, ada sebuah mesjid besar, namanya mesjid Jami’ At-Taubah. Ia adalah sebuah masjid yang penuh keberkahan. Di dalamnya mempunyai ketenangan dan keindahan. Sejak tujuh puluh tahun, di masjid itu ada seorang sheikh pendidik yang alim dan mengamalkan ilmunya. Dia sangat fakir sehingga menjadi contoh dalam kefakirannya, dalam menahan diri dari meminta, dalam kemuliaan jiwanya dan dalam berkhidmat untuk kepentingan orang lain.

Saat itu ada pemuda yang bertempat di sebuah bilik dalam masjid. Sudah dua hari berlalu tanpa ada makanan yang dapat dimakannya. Dia tidak mempunyai makanan ataupun wang untuk membeli makanan. Saat datang hari ketiga dia merasa bahwa dia akan mati, lalu dia berfikir tentang apa yang akan dilakukan. Menurutnya, saat ini dia telah sampai pada tahap terpaksa yang membolehkannya memakan bangkai atau mencuri sekadar untuk bisa menegakkan tulang punggungnya. Itulah pendapatnya pada tahap seperti ini.

Masjid tempat dia tinggal itu, atapnya bersambung dengan atap beberapa rumah yang ada disampingnya. Hal ini memungkinkan sesorang pindah dari rumah pertama sampai terakhir dengan berjalan diatas atap rumah-rumah tersebut. Maka, dia pun naik ke atas atap masjid dan dari situ dia pindah kerumah sebelah. Di situ dia melihat orang-orang wanita, maka dia memalingkan pandangannya dan menjauh dari rumah itu. Lalu dia lihat rumah yang di sebelahnya lagi. Keadaannya sedang sepi dan dia mencium ada bau masakan berasal dari rumah itu. Rasa laparnya bangkit, seolah-olah bau masakan tersebut magnet yang menariknya.

Rumah-rumah dimasa itu banyak dibangun dengan satu lantai, maka dia melompat dari atap ke dalam serambi. Dalam sekejap dia sudah berada di dalam rumah dan dengan cepat dia masuk ke dapur lalu mengangkat tutup panci yang ada disitu. Dilihatnya sebuah terong besar dan sudah dimasak. Lalu dia ambil satu, karena rasa laparnya dia tidak lagi merasakan panasnya, digigitlah terong yang ada ditangannya dan saat itu dia mengunyah dan hendak menelannya, dia ingat dan timbul lagi kesadaran beragamanya. Langsung dia berkata, ‘A’udzu billah! Aku adalah penuntut ilmu dan tinggal di masjid , pantaskah aku masuk kerumah orang dan mencuri barang yang ada di dalamnya?’ Dia merasa bahwa ini adalah kesalahan besar, lalu dia menyesal dan beristigfar kepada Allah, kemudian mengembalikan lagi terong yang ada ditangannya. Akhirnya dia pulang kembali ketempat semula. Lalu ia masuk kedalam masjid dan mendengarkan sheikh yang saat itu sedang mengajar. Kerana terlalu lapar dia tidak dapat memahami apa yang dia dengar.

Ketika majlis itu selesai dan orang-orang sudah pulang, datanglah seorang perempuan yang menutup tubuhnya dengan hijab -saat itu memang tidak ada perempuan kecuali dia memakai hijab-, kemudian perempuan itu berbicara dengan sheikh. Sang pemuda tidak bisa mendengar apa yang sedang dibicarakannya. Akan tetapi, secara tiba-tiba sheikh itu melihat ke sekelilingnya. Tidak menoleh kea rah sesiapa pun olehnya kecuali pemuda itu, dipanggillah ia dan sheikh itu bertanya, ‘Apakah kamu sudah menikah?’, dijawab, ‘Belum,’. Sheikh itu bertanya lagi, ‘Apakah kau ingin menikah?’. Pemuda itu diam. Syeh mengulangi lagi pertanyaannya. Akhirnya pemuda itu berbicara, ‘Ya Sheikh, demi Allah! Aku tidak punya wang untuk membeli roti, bagaimana aku akan menikah?’. Sheikh itu menjawab, ‘Wanita ini datang membawa khabar, bahwa suaminya telah meninggal dan dia adalah orang asing di kota ini..bahkan di dunia ini dia tidak mempunyai siapa-siapa kecuali seorang pakcik yang sudah tua dan miskin’, kata sheikh itu sambil menunjuk seorang laki-laki yang duduk di sudut tepi masjid. Sheikh itu melanjutkan pembicaraannya, ‘Dan wanita ini telah mewarisi rumah suaminya dan hasil kehidupannya. Sekarang, dia ingin seorang laki-laki yang mahu menikahinya, agar dia tidak sendirian dan mungkin diganggu orang. Mahukah kau menikahinya? Pemuda itu menjawab ‘Ya’. Kemudian Sheikh bertanya kepada wanita itu, ‘Apakah engkau mahu menerimanya sebagai suamimu?’, ia menjawab ‘Ya’. Maka Sheikh itu mendatangkan pamannya dan dua orang saksi kemudian melangsungkan akad nikah dan membayarkan mahar untuk muridnya itu. Kemudian sheikh itu berkata, ‘peganglah tangan isterimu!’ Dipeganglah tangan isterinya dan sang isteri membawanya kerumahnya. Setelah keduanya masuk kedalam rumah, sang isteri membuka kain yang menutupi wajahnya. Tahulah  pemuda itu, bahwa dia adalah seorang wanita yang masih muda dan cantik. Rupanya pemuda itu sedar bahawa rumah itu adalah rumah yang tadi telah ia masuki.

Sang isteri bertanya, ‘Kamu ingin makan?’ ‘Ya’ jawabnya. Lalu dia membuka tutup periuk didapurnya. Saat melihat buah terung didalamnya dia berkata: ‘hairan, siapa pula yang masuk kerumah dan menggigit terung ini?!’. Maka pemuda itu  menceritakan kisahnya. Isterinya berkomentar, ‘Ini adalah buah dari sifat amanah, kau jaga kehormatanmu dan kau tinggalkan terong yang haram itu, lalu Allah berikan rumah ini semuanya berikut pemiliknya dalam keadaan halal. Barang siapa yang meninggalkan sesuatu ikhlas karena Allah, maka akan Allah ganti dengan yang lebih baik dari itu.

Wallahu a’lam

sedikit mengenai isra' dan mi'raj.




Kita sekarang sedang menempuhi bulan Rajab.

Bulan Rajab ini sinonim dengan peristiwa Isra’ dan Mi’raj dari kalangan ummat Melayu. Kerana ramai yang yakin bahawa Isra’  dan Mi’raj  berlaku tepat pada 27hb Rajab. Tetapi jika kita telaah Kitab Raheeq Al-Makhtum karangan Sayfurrahman Mubarakfuri, beliau menjelaskan bahawa tarikh sebenar berlakunya Isra’ dan Mi’raj masih dalam perdebatan. Namun rata-rata ulama’ bersetuju bahawa peristiwa ini berlaku pada sekitar 16-12 bulan sebelum peristiwa Hijrah.

Di dalam artikel ini, suka saya mengajak diri saya dan rakan-rakan untuk mencedok secubit pengajaran daripada peristiwa besar ini.


Sejarah Isra’ dan Mi’raj Secara Ringkas

Isra’ bermaksud perjalanan Rasulullah SAW dari Makkah ke Masjidil Aqsa. Ini direkodkan di dalam Al-Quran:

Maha Suci yang telah menjalankan hambaNya pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, yang diberkahi sekelilingnya untuk meneranginya dengan ayat-ayat Kami.” Surah Al-Israa’ ayat 1

Mi’raj pula bermaksud perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Aqsa, ke langit tertinggi – Sidratul Muntaha – untuk bertemu dengan Allah SWT.

Terdapat hadith yang panjang menceritakan perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha, dan boleh dirujuk di dalam Kitab Raheeq Al-Makhtum.

Isra’ dan Mi’raj berlaku selepas Tahun Kesedihan, yakni selepas kematian Khadijah dan Abu Tolib, juga selepas peristiwa berdarah yang dilalui oleh Rasulullah SAW di To’if. Tahun yang merupakan tahun kesedihan bukan dek kerana kematian dua orang manusia yang disayangi oleh Rasulullah SAW, tahun itu dinamakan Tahun Kesedihan kerana kerasnya penolakan orang ramai terhadap Islam.

Maka Isra’ dan Mi’raj ini selain bertujuan menurunkan syariat solat kepada ummat, ianya juga adalah sebuah perjalanan untuk menghiburkan jiwa Rasulullah SAW yang tergoncang hebat dengan ujian yang Allah SWT berikan. Dengan perjalanan Isra’ dan Mi’raj ini, keimanan Rasulullah SAW dipertingkatkan lagi, dengan terpampang dengan jelasnya syurga dan neraka di hadapan baginda, bahkan berbicara secara langsung dengan Allah SWT sendiri.


Isra’ dan Mi’raj menjadi satu titik di mana kita dapat melihat bahawa sekuat mana pun seorang manusia, maka dia memerlukan sokongan Tuhannya. Dia perlu bergantung kepada Allah SWT untuk meneruskan perjalanannya. Rasulullah SAW dipujuk dengan Isra’ dan Mi’raj, begitulah kita juga perlu dipujuk oleh Allah SWT kerana kita hanya manusia biasa. Namun pastinya kita tidak dihadiahkan dengan hadiah seistimewa Rasulullah SAW – yakni perjalanan Isra’ dan Mi’raj itu sendiri.

Namun, lihatlah apa yang Rasulullah SAW bawa pulang dari perjalanan Isra’ dan Mi’raj sebagai hadiah daripada Allah SWT untuk sekalian ummat Islam?

Solat lima waktu.

Itulah dia pujukan Allah SWT kepada ummat. Memulakan hari dengan hubungan erat bersama Allah SWT pada waktu Subuh, mempunyai checkpoint rehat untuk mengadu dan meminta kekuatan kepada Allah SWT pada Zuhur, Asar dan Maghrib. Dan sebelum menutup hari, kita dapat menumpahkan segala penyesalan kita akan salah silap kita pada hari ini serta harapan dan cita-cita kita pada hari esok dengan Solat Isya’. Kelima-lima Solat Fardhu ini adalah untuk memastikan hubungan seorang hamba dengan Allah SWT sentiasa berjalan. Manusia diajar untuk sentiasa memeriksa hubungannya dengan Allah SWT.

Kerana kita memerlukanNya.

Besarnya perkara ini, hingga Solat itu tidak diturunkan sebagaimana hukum-hukum biasa. Rasulullah SAW sendiri perlu naik ke langit, mendapatkannya. Kerana itu solat ini masyhur sebagai tiang agama. Kerana jika kita tidak punya hubungan baik dengan Allah SWT, di manakah harganya agama kita?

Persoalannya, apakah kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT?

Adakah kita menghargai hadiah daripada Allah SWT ini, atau kita campakkan sahaja ke tepi?

Adakah kita solat dengan bersungguh-sungguh, dan menjadikannya sebagai checkpoint untuk mengadu dan meminta kekuatan daripada Allah SWT?

Kemudian kita hairan mengapa kita ‘lemah’ untuk menghadapi duga dan duka kehidupan yang memang akan sentiasa menghampiri kita sehingga kita mati?

Muhasabah.

Hidup ini ada tapisanNya.Peristiwa Isra’ dan Mi’raj adalah peristiwa yang tidak masuk dek akal.  Seorang lelaki tanpa teknologi jet berkelajuan tinggi, tiba-tiba boleh bergerak dari Makkah ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit tertinggi, seterusnya pulang ke Makkah dalam masa semalam sahaja. Bukan sehari semalam, tetapi semalam sahaja. Bermakna, kurang dari 12 jam, bahkan kurang dari 5-6 jam.

Peristiwa yang luar dari capaian akal ini menjadi ‘tumbukan’ hebat para musyrikin Quraisy untuk menghentam perjuangan Rasulullah SAW. Kesan daripada peristiwa ini, akhirnya ramai yang lemah keimanannya meninggalkan Islam dan merasakan Muhammad SAW telah menjadi gila.

Namun jika kita perasan, selepas peristiwa Isra’ dan Mi’raj, tidak lama selepas itu berlakulah peristiwa Hijrah. Kita mengetahui bahawa peristiwa Hijrah ke Yathrib/Madinah menjadi point terpenting dalam pembinaan sebuah daulah Islam, yang selepas itu menguasai seluruh jazirah arab termasuk Makkah sendiri, seterusnya memberikan kegentaran kepada Rom dan Parsi.

Maka dapat kita lihat bahawa peristiwa Isra’ dan Mi’raj adalah satu bentuk ‘tapisan’ yang dijalankan oleh Allah SWT kepada ummat Islam ketika itu. Agar hanya yang terbaik sahaja yang akan melepasinya, dan menjadi asas-asas utama kepada pembinaan daulah Islam di Madinah.

Allah SWT berfirman: 

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan berkata: kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?” 
Surah Al-Ankabut ayat 2.

Begitulah kita perlu mengambil pengajaran.  Bahawa di dalam kehidupan ini, kita akan ditapis dengan pelbagai jenis ujian. Baik kesusahan, baik kesenangan, atau ujian dalam bentuk ideologi. Yang mana akan ada dari kalangan kita yang tumbang, dan akan ada dari kalangan kita akan mara ke hadapan. Yang berjaya akan menjadi batu-batu asas kepada kemenangan Islam di masa hadapan.

Maka adalah merupakan satu anjuran untuk kita memperkasakan diri dari segi ilmu agama, ilmu realiti, agar berlakunya peningkatan intelek pada minda kita, serta diperkasakan juga hubungan kita dengan Allah SWT, menjaga ibadah dan memberikan makanan kepada hati kita, agar kita terselamat dari tapisan ini, seterusnya menjadi yang mara ke hadapan membawa perjuangan agama ini.



Sedikit Berkenaan Rajab dan Fadhilatnya,di bulan Rajab ini jugalah banyak sekali tersebar hadith-hadith palsu berkenaan fadhilat di dalamnya, dan jenis-jenis puasa yang istimewa terdapat di dalamnya.

Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah:

“Hadith-hadith mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadith mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadith-hadith mengenai solat pada malam Nisfu Sya`aban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam.” (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).

Ini bukan bermakna tidak digalakkan berpuasa di dalamnya. Tetapi tiadanya puasa-puasa khusus, dengan pahala yang tertentu di dalamnya. Justeru hadith-hadith yang menceritakan berkenaan puasa-puasa khusus berkait Rajab, dan pahala-pahala bila buat sekian-sekian amalan khusus di dalam Bulan Rajab, adalah palsu.

Puasalah seperti Puasa Nabi Dawud, selang sehari. Tiada masalah. Puasalah Isnin dan Khamis, tiada masalah. Puasalah pada hari-hari putih, tiada masalah. Bahkan berpuasa dengan niat hendak memperkasakan diri agar dapat berpuasa sebulan penuh kala Ramadhan nanti, juga tiada masalah. Namun jangan sesekali kita sebarkan hadith-hadith palsu berkenaan fadhilat Rajab.


Akhirnya, Sama-samalah kita Menjaga Hubungan dengan Allah SWT

Maka marilah kita perhatikan hubungan kita dengan Allah SWT.

Jangan kita ambil endah dengan kesihatan hubungan kita denganNya.

Pastikan ibadah kita terjaga, dan ilmu kita berkenaan agamaNya diperdalamkan. Sentiasalah bermuhasabah, dan melakukan pembaikan terhadap diri kita. Benda baik kita tambah-tambahkan dan jadikan darah daging, benda buruk kita kurang-kurangkan dan jauhi.

Ramadhan juga semakin hampir. Adalah perlu kita meningkatkan stamina keimanan kita, agar kita mampu menggempur Ramadhan dengan tenaga kita yang tertinggi, dan memungut pelbagai lagi hadiah yang Allah SWT taburkan buat kita di dalam bulan yang mulia tersebut.

Jangan lengah memperbaiki diri.Sampai ke Ramadhan pun belum tentu lagi.


Jangan tunggu !