Friday, 24 December 2010

hidup utk belajar atau belajar utk hidup?

fenomena krismas merata2 tmpt,lebey2 lagi mana2 lokasi pusat membeli belah terdapat acara sambutan dan perkara2 bermotifkan krismas....mmg nmpk sgt menarik,mungkin mereka yg beragama kristian xsabar utk menikmati perayaan mereka,tpi bkn aku utk menyertai sambutan mereka..ckup la sambutan perayaan muslim,disitu ada hukumnya dalam menyambut,jadi aku mengambil jln langsung tidak menyambut,bahkan x ambil peduli dengan fenomena ni....biarkan sahaja mereka menikmati saat2 indah perayaan mereka,itu kebebasan mereka..

terkadang org mahukan detik2 hidup lebih indah berbanding pahit,dan itu adalah toleransi yg dilakukan setiap manusia mengikut tatacara masing2,dan berubah mengikut persepsi dan perjalanan hidup,jarang skali melihat manusia itu memilih utk terus bergelumang dengan penderitaan,dengan pelbagai upaya kudrat fizikal dan mental dan mereka tetap inginkan keselesaan dalam hidup,kaedah yg akan dilalui manusia itu adalh mencari dan memilih aturcara mengikut kehendak dan keperluan masing2,ada yg menyatakan hasrat pada aku,yg mahu mencari keadaan yg lebih baik,tetapi dihadapkan mereka dengan 1001 aturcara dengan kepelbagaian,sudah tersedia ada hanya perlukan masa utk memilih,mereka sudah ada perkara yg diinginkn dan mahu mencari lagi?atau sekadar memilih dan meneliti kaedah itu?mencari yang lebih baik atau memilih yang lebih baik,walhal petunjuk "mencari" lebih khusus pada melihat dan baru mengorak langkah dari memilih yg sudah ada tersedia didepan mata,hanya tunggu utk dipilih sahaja,mencari baju utk dibeli dengan memilih baju yg tersedia ada?etika mencari pasti ada pengkhususan dalam suatu gerakan utk  ke arah yg dituju berbeza dengan keadaan memilih yg ada didepan mata,xperlu utk ke mana2,hnya mengolah pikiran lalu diambil..

kadar imbuhan dihadapkan pada manusia itu apabila diberikan sesuatu,dan pastinya mahukan kepuasan,atau meninggalkan apabila tampak sedikit sahaja kepuasan atau separa kebosanan dari perkara yg menimbulkan kepuasan tahap maksimum,malah perkara "memilih" ini berkait rapat dengan suntikan kepuasan antaranya maksimum,separa kebosanan atau sifar kepuasan,jika mengikut suntikan kepuasan  yg didedahkan pada manusia agak jauh berbeza dengan alat2 yg x bernyawa,dari segi disayangi,dilayani,dan tutur cara dalam kehidupan,apekah manusia mahukan dijadikan seperti alat yg x bernyawa?pastinya manusia bkn seperti alat yg dumainkn umpama patung dan sebagainya..tetapi xdpt dinafikan timbul gaya "alat" ini diadaptasi dalam kehidupan,dan semuanya terpulang pada individu yg memilih atau mencari keadaan.

diberikan cara utk "mencari" dan "memilih" ini dengan kepelbagaian dan persepsi yg utama didahulukn,dan kaedah diberikan adalah mengikut nafsu atau memilih keagamaan,kemungkinan individu yg berideologi xmempercayai tuhan langsung mengikut moral dan kehendak individu itu sndiri,dan individu yg berpegang pada kerohanian pastinya meletakkan tuhan dalam aturcara hidup mereka,yg menjadi tanda tanya tarikan nafsu yg membawa individu langsung ke arah meneliti aturcara terkadang merasakan mereka mampu sndiri tnpa ada bantuan dan pertolongan dengan adanya nafsu dan akal pikiran mereka,individu itu lemah tetapi mahu mnejadi kuat setanding tuhan mereka,adakah mereka mampu berjaya?walhal tuhan itu berkeadaan lebih dari segala-galanya,dan gejala ini menular menjadikn mereka bukan sahaja mahu dan belagak mampu berdiri tnpa bantuan tuhan,malah mencabar tuhan mereka sndiri,seolah2 mereka mampu mnegalahkan tuhan mereka,kerana yg daturkan tuhan xselaras dengan apa yg daturkan mereka dan nafsu2 mereka,individu ini bkn sahaja cendiakawan,malah mampu beradu kekuatan dengan tuhan,aku juga mahu malihat adakah kejayaan itu milik mereka?malah mereka bkn sahaja mahu menawan dunia,bahkan mahu menawan tuhan mereka...siapakah individu ini?

Monday, 6 December 2010

hadirkan lah aku pena..utk aku menulis

waktu tidak lengah meninggalkn lagi dan tahun menerjah masuk ke alam baru,aku meneliti setiap yg terjadi,melihat kesan dan menghimpunkan segala persoalan yg belum terjawab,apakah azam yg aku tanamkan ditahun lepas jelas nyata aku kecapi sehingga akhir thn ini,apekah pendedahan hijrah dan langkah2 yg aku tanamkan dalam diri ini menjadi realiti?atau sekadar mencukupkan kadar azam,menjadikan diri lebih gah dengan ada nya azam,dan adakah aku meletakkan azam itu tepat pada tempat nya?atau tidak?atau aku berlaku zalim dan langsung x meletakkan pada tempatnya..?betapa aku rugi dengan diri aku,masa itu melangkah pergi dan aku lg dalam kerugian..

mereka yg bersama2 aku selama thn ini,mungkin ada kesan sampingan yg aku sendiri sembunyikan,aku langsung mengetepikan perasaan aku lg,dan setiap hari mengajar aku aturcara kehidupan,dan melihat diri sndiri yg xmampu menongkah arus kehidupan,jika bukan aku tertuduk,aku langsung xmampu mengangkat kepalaku ke langit..adakah kerana aku lemah?atau aku sombong langsung tidak bertanyakan tuhan ku?dimana sombongku itu..?sehingga kn aku melihat diri sndiri mampu berjalan,tetapi tidak tahu yg ada itu kurniaan yg diberikan oleh sang Raja,Raja segala Raja,dan pemilik semua alam dan khidupan..

sehingga waktu ini,melihat mereka itu gembira dan terus dengan ada nya pemilihan utk hidup,dan setiap pemilihan adalah kemahuan dan keperluan,aku juga mahukan itu,dan perlukan ini,menjadikan segala keperluan dan kemahuan itu bertindak dibatasan,dan bkn kerana ego dan sombong aku pada tuhan,jika smua diberikan pada aku dan aku langsung melupakan tuhanku,jauhkan lah keperluan dan kemahuan itu dari diri ini,ckuplah bagiku tuhan ku..dan aku tidak mahu yg lain..

terkadang aku ada merasakan hilang mencari rindu,langsung mencari makhluk..disetiap kala aku merasai rindu itu membuatkan aku bingung,apekah yg aku lakukan ini adalah benar,dan apekah perasaan ini..?aku memberhentikan diri aku,duduk dan diam..qiam kembali mencari apa erti rindu,malah sujud yg ada..melengkapkan lagi keadaan rindu itu menjadi sgt indah..jika bkn keranaMU tuhan,aku xperlukan makhluk utk memuaskn erti rindu itu..

dan bagiku,hidup dan matiku dan selamanya utk tahun baru dan disetiap helaian itu ada nya azam,yg aku hnya perlukan tuhanku lebih dari aku perlukan diriku sndiri...dan hijrah itu adalah hijrah disetiap detik nafasku !