Pada suatu hari,Hakim Andalusia iaitu Muhammad bin Basyir,
menerima tuntutan pakcik kepada Al-Hakam, iaitu Al-Hakam bin Hisyam bin
Abdurrahman Ad-Dakhil raja di Andalusia, pakcik nya itu membuat tuntutan terhadap
salah seorang rakyat jelata. Pihak plaintif beranggapan bahawa darjat yang
tinggi dan mempunyai talian persaudaraan dengan penguasa tidak mungkin kalah di
depan sang hakim tersebut. Ternyata hakim tidak menghiraukan nya malah berkata
padanya, "Berdirilah di hadapan lawanmu dan jangan berbicara kecuali aku
yang memintamu." Setelah tantutan disampaikan, sang hakim berkata pada
orang yang didakwa , "Apa yang ingin engkau sampaikan?" Ia menjawab,
"Tidak ada, semoga Allah memberi kebaikan kepada hakim. "
Selanjutnya, hakim berkata pada si plaintif, "Berikanlah
buktimu." Pakciknya berkata,
"Tidakkah cukup apa yang telah aku katakan padamu?" Hakim berkata,
"Kalau cukup, aku tidak akan
meminta bukti lagi. Berikan buktimu! "Plaintif itu berkata," Beri aku
waktu! "
Selanjutnya, pakcik penguasa itu pergi menemui Al Hakam,
raja Andalusia. Dia berkata, "Bukankah engkau tahu aku mengajukan tuntutan
pada si Fulan?" Al Hakam menjawab, "Ya." Pakciknya berkata lagi,
"Mahukah engkau menjadi saksi untukku?" Al-Hakam berkata,
"Engkau sendiri tahu siapa hakim itu. Aku bimbang ia tidak menerima kesaksianku.
" Dia berkata lagi" tak mungkin, bukankah engkau yang mengangkatnya sebagai
hakim? "Al-Hakam berkata," Ya". "pakciknya berkata lagi," Lalu, siapa yang bersaksi untukku? "Raja pun memanggil dua
orang fakih, lalu menulis kesaksiannya di hadapan mereka berdua. Dan, ia
meminta mereka menjadi saksi. Selanjutnya, Al-Hakam berkata, "Bawa
kesaksian ini padanya! Aku bimbang ia tidak menerimanya. "
Di hari persidangan, hakim berkata, "Mana
buktimu?" Plaintif mengeluarkan kesaksian Raja. Hakim berkata, "Aku
tidak menerima kesaksian ini."
Pakcik penguasa itu sangat marah dan segera mendatangi anak
saudaranya. Dia bilang, "Engkau raja di negeri ini, dan hakim itu menolak
kesaksian yang kamu hantar. Jika begitu, mana kehormatan dan kekuasaanmu?
"
Al-Hakam tertawa dan berkata, "Bukankah sudah kukatakan
padamu wahai pakcik? Hakim itu orang soleh yang tidak takut dicela. Dia melakukan
apa yang seharusnya dibuat olehnya, semoga Allah memberikan balasan terbaik
untuknya.
Pakciknya berkata," Pecat saja dia.
AlHakam
berkata," A'dzubillah. Haruskah aku mengkhianati umat Islam dengan memecat
orang seperti dia? Aku telah melakukan apa yang seharusnya kulakukan, iaitu mengadakan
saksi untukmu. Tetapi, hakim berhak menerima atau menolak kesaksian itu. "
seterusnya hakim itu
ditanya mengapa menolak saksi dari Raja, ia berkata kepada yang bertanya,
"Demi Allah, aku menolaknya bukan kerana dia kurang adil. Tetapi, pihak
defendan juga harus ditanya tentang apa yang dikatakan dalam persaksian itu.
"[Rijal min At-Tarikh, Jilid 1 hal.219]