Sunday, 22 July 2012

dimanakah hari-hari yang dibawa hati?

                      بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ   


ramadhan kareem..

memang rindu untuk menulis didalam blog ini..terkadang teringat peristiwa2 yang dilalui ditulis semuanya dalam blog..tapi mungkin tidak pada sekian hari yang terlalu sibuk mengendalikan ini,mengendalikan itu...mungkin hari-hari mendatang akan terus sibuk..dan timbul juga persoalan..dimanakah hati di hari-hari ramadhan? dimanakah hari-hari ramadhan yang dibawa pergi oleh hati ini?


Kemana hilangnya HatiKu..



Seorang lelaki bagaikan hilang akal berteriak “ hatiku, hatiku, di manakah hatiku?”.

Kemudian lelaki tersebut melalui sebuah lorong di sebuah kampung dan tiba-tiba ia terdengar suara seorang ibu memarahi anaknya. Lelaki itu berhenti sejenak. Ia ingin tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku antara seorang ibu dengan anaknya.

Kemudian ia mendengar si ibu menutup pintu. Dan membiarkan anak kecilnya itu di dalam bilik dan menguncinya dari luar. Kedengaran si anak memukul-mukul pintu dan semakin lama suara pukulan itu lemah dan lenyap.

Lelaki tadi masih menunggu-nunggu apa yang akan berlaku. Setelah setengah jam ia terdengar budak tadi seperti suara terbangun dari tidur dan kemudian ia menangis sambil memanggil ibunya. Budak kecil itu menjerit ke arah pintu “ ibuuu… ibuuu… bukalah pintu ni. Siapa lagi nak buka pintu kalau bukan ibu. Kalau ibu marah adik nak pergi mana lagi..”. tangisan budak kecil semakin kuat dan berterusan.

Kemudian si ibu membuka pintu. Dipaut badan anaknya dan dicium-cium seluruh wajahnya sambil membersihkan rambut dan badan si kecil yang dilekati debu dan tanah. Si ibu berkata : wahai jantung hatiku! Kamu yang menyebabkan ibu melakukan tindakan tadi, kenakalan kamu yang menyebabkan ibu terpaksa mengurung kamu.Kalau dengar cakap ibu, tidaklah ibu nak pukul atau kurung kamu. Sebab ibu sayanglah ibu buat semua itu”.

Apabila mendengar kata-kata si ibu tadi, lelaki tersebut menjerit sekali lagi bagai orang disampuk hantu :

"Sekarang aku sudah tahu di manakah hatiku, aku sudah jumpa hatiku!”.


Cerita ini dikisahkan semula oleh Al Hafiz Ibnu Rajab dalam risalahnya : Mencela hati yang keras.


"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Dan ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan."
[QS Al-Baqarah, 2:74]

No comments:

Post a Comment