KISAH QABIL DAN HABIL
Pada satu hari Nabi Adam mendapat
perintah dari Allah agar dijodohkan anak-anaknya secara bersilang, iaitu Qabil
dikahwinkan dengan kembar Habil dan Habil dikahwinkan dengan kembar Qabil.
Qabil tidak menerima perintah dan syariat Allah itu kerana kembar Habil
tidaklah secantik kembarnya.
Kemudian Allah memerintahkan agar
kedua anak lelaki Nabi Adam melakukan kurban. Siapa yang kurbannya diterima
akan dijodohkan dengan anak yang cantik (saudari kembar Qabil) itu. Habil
memberikan kambing biri-birinya yang terbaik, mempersembahkan yang terbaik dari
dirinya untuk Allah SWT. Qabil pula hanya mempersembahkan qurban yang terburuk
untuk Allah SWT. Maka Allah tidak menerima qurban Qabil, Allah menerima qurban
Habil. Turunlah api dari langit menyambar dan menelan kurban Habil. (Pada masa
itu tanda zakat atau korban diterima ialah ia akan terbakar apabila diletakkan
di padang)
Maidah [27] Dan bacakanlah (wahai Muhammad)
kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang
berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu
persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima
korban salah seorang di antaranya (Habil) dan tidak diterima (korban) dari yang
lain (Qabil). Berkata (Qabil): Sesungguhnya aku akan membunuhmu!. (Habil)
menjawab: Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.
Pada mulanya Qabil tidak tahu bagaimana cara
untuk membunuh Habil. Lalu syaitan mengajar Qabil bagaimana caranya untuk
membunuh Habil.Diambilnya seekor burung lalu disembelihnya.
Setelah Qabil membunuh saudaranya ia
membiarkan begitu saja mayat adiknya selama 3 hari kerana tidak tahu apa yang
harus dilakukan. Kemudian Allah mengutuskan dua ekor burung gagak, keduanya
berkelahi hingga akhirnya terbunuhlah salah satu di antaranya. Gagak yang masih
hidup kemudian menggali tanah dengan paruh dan kakinya. Setelah selesai,
dilemparkannya gagak yang sudah mati itu ke dalam lubang dan ditimbun dengan
tanah. Maka, dikuburkanlah saudaranya ke dalam tanah ..
Al-Maidah [31] Kemudian Allah hantarkan
seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya diperlihatkan
kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: Wahai
celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat
seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?. Kerana
itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang menyesal.
Akhirnya Qabil melarikan diri ke
Farsi (Iran). Qabil ialah orang yang pertama mengasakan pembunuhan yang
tidak betul. Dia telah meletakkan asas atau ‘foundation’ kepada pembunuhan
secara kejam di muka bumi ini. Dalam hadith disebut, “Siapa yang melakukan
pembunuhan secara tidak betul, Qabil menanggung separuh dari dosanya” .
Ibnu Mas’ud berkata, Rasulullah
s.a.w bersabda:
“Tiada suatu jiwa yang terbunuh
dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu, mendapat
bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk
penumpahan darah.”
(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan
Imam Muslim)
KENAPA QABIL BUNUH HABIL ?
Sebuah kisah dicatatkan oleh Allah s.w.t dalam al Quran untuk
menjadi pelajaran untuk umat manusia sepanjang zaman. Habil dan Qabil adalah
dua beradik. Mereka berdua merupakan anak kepada nabi Allah Adam a.s.
Namun mereka berdua bergaduh bukan kerana perkara dunia
tetapi kerana ibadah seorang daripada mereka diterima Allah dan seorang lagi
ditolak.
Pada zaman itu Allah s.w.t menentukan peraturan dalam persembahan
untuk memperdekatkan diri kepada Allah. Mengikut riwayatnya jika persembahan
itu diterima Allah s.w.t, akan datang api dari langit yang akan menjilatnya.
Itulah peristiwa yang berlaku kepada Qabil dan Habil. Oleh kerana
Qabil mengemukan persembahan yang disebut qurban yang tidak elok, lalu
qurbannya tidak diterima Allah s.w.t. Allah s.w.t menerima persembahan Habil
dan menolak persembahan Qabil. Kejadian itu menyebabkan Qabil dengki kepada
Habil dan membunuhnya.
Ia bukan kerana merebut harta dunia, tetapi dengki melihat orang
lain lebih maju, berkembangan dan diberkati oleh Allah dari dirinya. Lalu ia
melakukan berbagai ikhtiar untuk mensabotaj kerja-kerja yang dilakukan oleh
orang lain. Ini akhlak yang mewarisi akhlak datuk mereka Qabil.
Qabil sepatutnya memperbetulkan amalnya dan
mengemukan amal yang berkualiti kepada Allah s.w.t supaya Allah menerima
persembahannya, bukan berdengki dengan Habil dan bertindak membunuhnya.
Demikianlah sepanjang sejarah sifat orang hatinya
berpenyakit, sentiasa berdengki dan berusaha memusnahkan kejayaan orang lain,
bukan kembali kepada dirinya mengikhlaskan hati dan memberbaiki amalan supaya
ia menjadi lebih baik dan diterima Allah.
Pengajaran yang menarik juga yang ditunjukkan dalam kisah ini
ialah sikap Habil yang tidak mengikut rentak Qabil, “Kalau kamu hulur
tangan untuk membunuhku, aku tidak akan menghulur tangan untuk membunuh mu”.
Kita tidak perlu menghalang orang lain untuk kita berjaya… yang
betul ialah bersihkan hati daripada sebarang penyakit hasad dan perbetulkan
amal kita barulah persembahan kita berkembang dan diterima Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment