Dalam hidup ini, banyak kali kita merasa dikecewakan, tekanan, dan sakit hati. Sesungguhnya tak perlu menghabiskan masa memikirkan hal-hal tersebut. Hidup ini penuh dengan keindahan, kegembiraan dan harapan. Mengapa harus menghabiskan waktu memikirkan perkara yang buruk, mengecewakan dan menyakitkan jika kita boleh menemukan banyak hal-hal yang indah di sekeliling kita? Saya percaya kita akan menjadi orang yang berbahagia jika kita mampu melihat dan bersyukur untuk hal-hal yang baik dan mencuba melupakan yang buruk.
Emas dan permata yang ada dalam diri seseorang, hanya boleh dilihat dan dinilai jika kita mampu melihat pada kedalaman jiwa. Memerlukan kearifan untuk menjenguknya. Dan itu memerlukan proses, wahai orang muda. Kita tak boleh menilainya hanya dengan tutur kata dan sikap yang kita dengar dan lihat sekilas pandang. Kita tidak boleh menilai hanya dengan melihat penampilan, nama dan gelaran seseorang.Seringkali yang disangka emas ternyata loyang dan yang kita lihat sebagai loyang ternyata emas.
Itulah contoh betapa halobanya anak Adam yang jadi kelabu mata dari mengetahui kebenaran.Jika seseorang menginginkan yang serba banyak atau terlalu panjang angan-angannya atas sesuatu yang lebih, nescaya hilanglah sifat qana' (merasa cukup dengan yang ada). Dan tidak mustahil ia menjadi kotor akibat haloba dan hina akibat rakus sebab kedua sifat itu mengheret kepada pekerti yang jahat untuk mengerjakan perbuatan-perbuatan mungkar, yang merosakkan maruah (harga diri).
Apabila satu kerugian saja membuatmu amat gelisah, maka kerugian-kerugian lain akan datang kepadamu dengan mudah.
Kita tidak perlu menghalang orang lain untuk kita berjaya… yang betul ialah bersihkan hati daripada sebarang penyakit hasad dan perbetulkan amal kita barulah persembahan kita berkembang dan diterima Allah s.w.t.
Kemudian Allah SWT berfirman: " Kini tinggal Aku, sedang Aku adalah yang maha pengasih di antara mereka yang pengasih." Dimasukkan-Nya tangan-Nya ke dalam Jahannam lalu dikeluarkan dari neraka itu sekian ramai orang, yang tidak diketahui entah berapa jumlahnya selain Allah SWT sendiri. Mereka bagai biji-bijian.
Allah SWT kemudian menaburkan mereka ke sungai yang disebut " Nahr Al-Hayawan " ( sungai kehidupan ). Di sana mereka tumbuh bagaikan biji-biji yang tumbuh di antara sampah-sampah yang dibawa arus sungai. Yang terkena sinar matahari yang berwarna hijau. dan yang tertutup bayangan berwarna kuning.
Mereka terus tumbuh, sehingga menjadi seperti mutiara. Pada leher mereka tertulis : " Bekas Penghuni Jahannam Yang Dibebaskan oleh Allah Yang Maha Rahman."
Mereka dikenali oleh penghuni syurga yang lain dengan adanya tulisan itu.Mereka dahulunya sama sekali tidak pernah beramal kebaikan kerana Allah SWT namun demikian mereka tinggal dalam syurga.
Jangan pernah terburu-buru menilai seseorang! tapi fahami lah tiap jiwa disekeliling kita menyimpan cerita kehidupan yang tidak terbayangkan di benak kita.
If so, you know your life matters. It can matter even more than it does. Write down your dreams and then write down what it would take to fulfill them. Go out and make a difference in your world. Only you can do it. The future begins now.
Daripada menghabiskan tenaga dengan iri pada orang lain, lebih baik bersyukur atas kemampuan diri sendiri, apatah lagi jika berguna untuk orang lain.
Banyak Senario pernah berlaku di dalam hidup kita seharian. Hidup ini boleh diibaratkan sebagai membina sebuah rumah untuk kegunaan dan kemudahan kita di masa hadapan. Kita pula sering mengambil mudah dengan kehidupan sekarang, kita merasa selesa kerana ibu bapa kita sentiasa berada di samping kita, memberi sokongan dan membantu kita. Tetapi, sedarkah kita apabila mereka tiada nanti, siapakah yang bertanggungjawab ke atas hidup kita? Tak lain tak bukan DIRI KITA SENDIRI. Belajarlah bertanggungjawab dan bijak merancang masa depan kita. Gunakan masa muda ini dengan belajar bersungguh-sungguh dengan cita-cita untuk menjadi seorang manusia berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara.
jika tidak dapat apa yang kita suka, belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat.
Oleh itu carilah cinta dan dapatkan perkahwinan. Kerana kita tidak mungkin memperoleh sebenar seperti yang kita impikan. Hidup ini hanya kesempatan yang sedikit dan sementara. Tidak mungkin akan terpenuhi segala yang kita mahu. Terimalah seadanya apa yang Allah dah tentukan untuk kita..
Dengan dosa-dosa dan kemungkaran yang seringkali diulangi hinggakan menjadi suatu kebiasaan ,kita mungkin boleh mengatasinya, atau secara beransur-ansur menghapuskannya,tapi ingatlah bahawa parut-parutnya akan kekal. Dari itu, bilamana kita menyedaridiri ini melakukan suatu kemungkaran,ataupun sedang diambang pintu habit yang buruk, maka berhentilah serta-merta. Kerana setiap kali kita bergelimang dalam kemungkaran, maka kita telah membenamkan sebilah paku lagi yang akan meninggalkan parut pada jiwa kita, meskipun paku itu kita cabut kemudiannya. Apatah lagi kalau kita biarkan ianya berkarat dalam diri ini sebelum dicabut. Lebih-lebih lagilah kalau dibiarkan berkarat dan tak dicabut.
Setiap hari kita seringkali diuji dengan kesabaran. Adakah kita boleh bersabar bila berdepan dengan ragam anak-anak tatkala badan kita terlalu letih, bolehkah kita bersabar bila dimarahi, atau tahankah hati kita bila pulangnya suami ke rumah dalam keadaan yang marah-marah tanpa kita ketahui punca yang sebenarnya. Dan kita akan menghadapi seribu satu macam masalah yang menggugat kesabaran kita dalam mengendalikan urusan seharian. Memanglah untuk menyebut perkataan sabar itu adalah mudah, tetapi untuk mempraktikkannya amatlah payah. Tetapi bagi orang yang ingin mencapai darjat yang tinggi di sisi Allah, walau terpaksa menderita, mereka sanggup melakukannya. Sebab, mereka tahu bala bencana yang menimpa mereka boleh menghapuskan dosa-dosa yang lalu di samping mereka yang mendapat pahala yang tinggi di sisi Allah. Rasulullah SAW juga pernah bersabda: “Barangsiapa yang dapat bersabar terhadap bala bencana yang menimpa, maka dicatat baginya tiga ratus darjat. Yang manajarak jauh antara dua darjat seperti jauh antara langit dan bumi.
Jangan buruk sangka dengan orang. Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang.
Demikianlah kehidupan kita. Hidup ini hanya sementara, kemudian kita akan mati. Itu sebabnya isilah hidup ini dengan perbuatan-perbuatan baik, kasih, pengorbanan, pengertian, kesetiaan, kesabaran dan kerendahan hati.
Jadikanlah berkorban itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membawa sukacita tersendiri bagi anda. Kita dapat berkorban dalam banyak perkara.
Mendahulukan kepentingan sesama, melakukan sesuatu bagi mereka,memberikan apa yang kita punyai dan masih banyak lagi pengorbanan yang dapat kita lakukan.
Yang mana yang sering kita lakukan? Menjadi ulat kecil yang menerima kebaikan orang atau menjadi "daun hijau" yang senang memberi.
Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.
Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.
KOSONG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari "fikiran" anda sendiri.
Sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda.
Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya,
memberikan makna kepadanya.
Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong
1. Halaman tetangga yang nampak lebih hijau, belum tentu sesuai bagi kita.
2. Baik dan buruknya penampilan, jangan dipakai sebagai satu-satunya ukuran.
3. Apa yang pada mulanya terasa pahit, kadang-kadang berbalik membawa hikmah yang menyenangkan, dan demikian pula sebaliknya.
4. Ketika kita baru saja mendapatkan kenikmatan, jangan lekas lupa dan terburu nafsu.
5. Waspadalah terhadap orang yang memberikan janji yang berlebihan.
Hatimu adalah wadah itu. Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu tempat kamu menampung segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu merendam setiap kepahitan dan merubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan.
Bersyukurlah setiap saat bahawa kita masih diamanahkan untuk menjalani kehidupan ini. Buatlah hidup ini menjadi hidup yang lebih berkualiti. Selamat Menjalani tahun 2013 dengan lebih semangat untuk lebih berkualiti!
Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.
KOSONG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari "fikiran" anda sendiri.
Sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda.
Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya,
memberikan makna kepadanya.
Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong
1. Halaman tetangga yang nampak lebih hijau, belum tentu sesuai bagi kita.
2. Baik dan buruknya penampilan, jangan dipakai sebagai satu-satunya ukuran.
3. Apa yang pada mulanya terasa pahit, kadang-kadang berbalik membawa hikmah yang menyenangkan, dan demikian pula sebaliknya.
4. Ketika kita baru saja mendapatkan kenikmatan, jangan lekas lupa dan terburu nafsu.
5. Waspadalah terhadap orang yang memberikan janji yang berlebihan.
Hatimu adalah wadah itu. Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu tempat kamu menampung segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu merendam setiap kepahitan dan merubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan.
Bersyukurlah setiap saat bahawa kita masih diamanahkan untuk menjalani kehidupan ini. Buatlah hidup ini menjadi hidup yang lebih berkualiti. Selamat Menjalani tahun 2013 dengan lebih semangat untuk lebih berkualiti!
No comments:
Post a Comment