"Sultan Ba Yazid 1 adalah antara raja yang soleh. Amat digeruni musuh dan cintakan Ilmu dan pewarisnya. Suka Ahli Quraan dan kerap duduk di suatu tempat yang boleh dikunjungi oleh sesiapa yang ingin mengadu permasalah mereka".
Sultan Kerajaan Uthmaniyah Ba Yazid 1 tiba-tiba terjaga dari tidurnya. Dalam keadaan terkejut Baginda terus memanggil pegawai istananya dan pergi ke sebuah kampung.
Baginda menyamar menjadi orang biasa. Apabila sampai di kampung yang ditujui Baginda mendapati orang ramai sedang mengerumi satu mayat yang terbaring di tepi jalan.
Baginda bertanya : Kenapa dibiarkan mayat ini?.
Orang kampung : Kami tidak tahu asal usul orang ini.
Sultan : Lalu kenapa tiada sesiapa yang menguruskannya?.
Dengan perasaan serba salah orang kampung menjawab : Bukan kami tidak ingin menguruskannya... tapi kami kami tidak suka dengan perangai si mayat ketika hidupnya.
Sultan : Cuba jelaskan keadaannya ketika hidup.
Orang Kampung : Seringkali kami lihat dia berjalan sambil memegang botol arak dan kami juga serangkali nampak beliau membawa pelacur bersamanya.
Baginda semakin hairan dengan mimpinya. Ada suatu suara yang menyuruh Baginda menguruskan jenazah tersebut dan mengebumikannya di maqam diraja.
Akhirnya Baginda menyuruh pegawainya menguruskan jenazah dan mengebumikan dekat maqam diraja. Namun Baginda masih tidak berpuas hati. Setelah selesai urusan pengebumiannya Baginda berjalan dan mencari maklumat mengenai arwah lelaki tersebut.
Akhirnya Baginda mendapat tahu arwah adalah seorang pembuat kasut. Baginda terus menuju rumah yang didiami arwah ketika hidupnya.
Apabila sampai di rumah arwah Baginda pun memberi salam. Setelah dijemput masuk isteri arwah berkata : Tentu tuan ini Sultan Ba yazid. Adakah suami saya yang soleh itu sudah meninggal?. Adakah beliau sudah selamat dikebumikan?.
Sultan Ba Yazid sangat terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh perempuan itu. Baginda bertanya : "Bagaimana kamu kata dia seorang suami yang soleh?.Bagaimana kamu boleh hidup dalam kesusahan sedangkan beliau mendapat hasil yang lumayan dan asyik berpoya-poya dengan arak dan perempuan?.
Isteri arwah sambil tersenyum berkata : Suami saya setiap hari balik membawa rezeki yang secukupnya untuk keperluan kami. Saya tahu beliau kerap kali dilihat membawa botol arak dan perempuan. Tapi keadaan sebenarnya ialah beliau suka menasihati seorang kawannya yang kaki arak. Dan untuk mengelakkan lelaki itu minum arak beliau telah membeli arak dari lelaki tersebut dan membawanya sebelum dibuang atau dipecahkan. Ada pun perempuan yang dilihat bersama suami saya itu ialah wanita yang ingin diselamatkan dari rumah pelacuran.
Isteri arwah berhenti sebentar sambil mengesat air matanya. Kemudian beliau kembali menyambung cerita : "Saya pernah meminta arwah agar berniaga di sebelah rumah akan tetapi sekeliling kami orang-orang yang susah. sebab itu arwah berniaga di tempat yang jauh.
Saya juga bertanya bagaimana suatu hari nanti kalau dia meninggal tengah jalan, siapa pula yang akan menggambil tanggungjawab menguruskan jenazahnya. Arwah berkata : "Kan Sultan Ba Yazid ada, nanti dia yang uruskan.
Sekarang betul kata-katanya dan Tuanku bersama saya sekarang".
No comments:
Post a Comment