Saturday, 27 June 2015

Permohonan Dunia untuk kamu.



Suatu hari Khalifah Hisyam bin Abd Malik masuk ke dalam masjidilharam, tiba-tiba dia melihat Salim bin Abdullah bin Umar al-Khattab, seorang Ulama besar dan termasuk salah seorang fuqaha' yang tujuh. Beliau membawa kasutnya dengan kedua-dua tangannya. Ada yang mengatakan bahawa serban,kasut, dan bajunya hanya berharga lebih kurang 13dirham. Maka dilihat oleh khalifah Hisyam bersama para 'amir(gabenor), para menteri dan para pegawai, lalu dia bertanya kepadanya : "Wahai Salim, apakah kamu memerlukan sesuatu daripadaku?

Salim berkata: "Tidakkah berasa malu berkata seperti itu di dalam rumah Allah?"

Ketika Hisyam keluar, dia menunggu salim keluar di luar perkarangan masjid. Hisyam bertanya lagi: "Wahai salim tadi kita di dalam masjidilharam, sekarang kita berada di luar masjidilharam, apakah kamu memerlukan sesuatu daripadaku?"

Salim menjawab: "Daripada kepentingan dunia atau akhirat?", Hisyam menjawab: "Tentu sekali daripada kepentingan dunia."

Salim berkata: "Demi Allah,tiada Tuhan selain Dia. saya tidak memohon dunia yang dimiliki-Nya,bagaimana mungkin saya akan memintanya daripadamu yang sangat miskin ini! Sesungguhnya manusia itu miskin. Apakah manusia itu mengira bahawa kalau dia sudah memiliki wang berjuta-juta atau pelbagai istana, rumah serba mewah, teman-teman yang ramai, dia telah memiliki dunianya? Dia tidak mengetahui bahawa kecukupan dan kekayaan itu menetap di dalam hati, tatkala hati itu hidup bersama iman."

seorang penyair mengatakan :

Ambillah semua duniamu dan biarkanlah,
Hatiku merdeka, bebas dan terasing,
Sesungguhnya aku orang yang paling kaya antara kalian,
Walau kalian meninggalkan aku sendiri tanpa mempunyai apa-apa.

Wednesday, 24 June 2015

persepsi.




Alkisah, ada seorang penebang kayu. Suatu hari dia kehilangan kapaknya, sehingga dia tidak boleh bekerja. Dia berasa curiga dengan jirannya, mungkin jirannya yang mencuri kapak miliknya.

Pagi itu ketika sang tetangga berangkat & menutupi peralatan kerjanya dengan kain, dia merasa kapaknya pasti disembunyikan disana, apatah lagi jirannya itu senyum seperti  tidak ikhlas. Pasti dia pencurinya.

Esoknya, jirannya tiba-tiba menjadi sangat ramah, selalunya senyap dan jarang menyapa,berbeza pula kali ini, sempat lagi bergurau senda. Malah dilihat hasil tebangan kayunya dua tiga hari ni banyak sekali, pasti dia menebang menggunakan kapak curiannya.

Semakin dipikir semakin yakin.

Pada hari ketiga baru disedari ternyata kapaknya tersimpan di dalam laci dapur. isterinya yg menyimpan sebelum keluar ke pekan. Senang hatinya kerana bertemu dengan kapaknya kembali.

Dia amati lagi jirannya yang lalu dihadapannya,  dan dia merasa jirannya ini tidak berkelakuan seperti pencuri dan senyumannya kelihatan baik saja. Bahkan percakapannya juga  sangat baik dan jujur. Dia hairan kenapa kelmarin dia melihat jirannya itu seperti pencuri?

Persepsi membentuk kenyataan, pikiran kita membentuk sudut pandang kita.

Apa yang kita yakini akan semakin terlihat oleh kita sebagai kenyataan.

Sebagai contoh, apapun yang dilakukan orang yang kita cintai adalah baik dan benar. Anak nakal dianggap lucu, kekasih pelik dianggap berhemat, orang cerewet dikatakan perlukan perhatian, keras kepala dianggap berprinsip & makanan tidak enak dikatakan berzat.

Hidup tidak pernah dan tidak ada yang adil, tidak ada benar salah, kita ciptakan sudut pandang kita sendiri. Kita menemukan apa yang kita ingin temukan. Apa yang terlihat bukan kenyataan, kenyataan adalah siapa kita dan bagaimana kita memandang semuanya itu. Pandangan kita berubah mengikuti perubahan zaman & keadaan.

Monday, 15 June 2015

mengotori langit.



Suatu hari seorang lelaki pemarah menemui abangnya. Dia menghamburkan kata-kata kesat. Abangnya mendengar dengan sabar, tenang, dan tidak berkata sepatah pun.

Akhirnya lelaki itu berhenti memaki. Setelah itu, Abangnya bertanya,” Jika seseorang memberimu sesuatu tapi kamu tidak menerimanya, lalu menjadi milik siapakah pemberian itu ?” “Tentu saja menjadi milik si pemberi.” Jawab lelaki itu.

”Begitu juga dengan kata-kata kasarmu,” balas abangnya .”Aku tidak mau menerimanya, jadi itu adalah milikmu. Kamu harus menyimpannya sendiri. Aku khuwatir jika nanti kamu harus menanggung akibatnya, kerana kata-kata kasar hanya akan membuahkan penderitaan. Sama seperti orang yang ingin mengotori langit dengan meludahinya. Ludahnya hanya akan jatuh mengotori wajahnya sendiri.”

Lelaki itu mendengarkan  dan merasa malu. Dia meminta maaf dan berlalu pergi.


Kita tidak bisa mengotori langit (meludah ke langit).