Ibuku hanya mempunyai satu mata. Aku membencinya, ia adalah sebuah hal yang memalukan. Ibuku menjalankan sebuah kedai kecil di sebuah pasar.
Dia mengumpul tin-tin kosong, bekas plastik dan seumpamanya untuk dijual, apa-apa untuk mendapatkan wang yang boleh menyara hidup kami. Ia adalah sebuah hal yang memalukan.
Pada suatu hari di sekolah. Aku ingat saat itu ibuku datang ke sekolah. Aku sangat malu. Mengapa ia melakukan hal ini ? Aku melemparkan muka dengan rasa benci dan berlari. Keesokan harinya di sekolah .. "Ibumu hanya mempunyai satu mata?" Dan mereka semua mengejekku.
Aku berharap ibuku hilang dari dunia ini, maka aku berkata kepada ibu aku, "Ibu, kenapa kamu tidak mempunyai mata yang lain? Ibu hanya akan menjadi bahan ketawa. Kenapa Ibu tidak mati saja? "Ibu tidak menjawab. Aku merasa sedikit teruk, tetapi pada masa yang sama, rasanya sangat baik bahawa aku telah mengatakan apa yang aku ingin katakan selama ini.
Ibu tidak menghukum aku, tetapi aku tidak berfikir bahawa aku telah sangat melukai perasaannya.
Malam itu, Aku terbangun dan pergi ke dapur untuk mengambil segelas air. Ibuku menangis disana, menangis dengan perlahan, seakan ia takut bahawa ia akan bangunkan anaknya. Aku melihatnya, dan pergi. Kerana perkataanku sebelum ini kepadanya, adalah sesuatu yang mencubit hati aku.
Meskipun begitu, Aku membenci ibu yang menangis dari satu matanya. Jadi, Aku berkata kepada diriku, aku ingin menjadi manusia yang berjaya, kerana aku membenci ibu bermata-satu ku dan kemiskinan kami.
Lalu aku belajar dengan bersungguh-sungguh. aku meninggalkan ibu dan ke Seoul untuk belajar, dan diterima di Universiti Seoul. Lalu, aku berkahwin. aku membeli rumah milikku sendiri dan aku mempunyai anak-anak juga. Sekarang, aku hidup bahagia sebagai seorang lelaki yang berjaya. aku menyukainya di sini kerana ini adalah tempat yang tidak mengingatkan aku akan ibuku.
Kebahagiaan ini menjadi semakin indah dan sangat-sangat indah, dan apabila seseorang yang tidak diduga menjumpai aku, aku berkata dan sedikit terkejut : "Apa?! Siapa ini? "... Ini adalah ibu ku .. tetap dengan satu matanya. Rasanya seperti seluruh langit sedang jatuh ke diri aku. Anak perempuan aku lari kabur, takut akan mata ibu ku.
Dan aku bertanya kepadanya, "Siapa anda? aku tidak mengenalmu!! "aku bersandiwara. aku menjerit kepadanya "Mengapa engkau berani datang ke rumah aku dan menakutkan anak aku! Pergi dari sini sekarang juga! "
Dan ibu dengan pelan menjawab, "Oh, maafkan aku. aku pasti salah alamat, "dan dia menghilang. Terima kasih Tuhan .. Dia tidak mengenali aku. aku merasa cukup lega. aku berkata kepada diri aku bahawa aku tidak akan peduli, atau berfikir tentang ini sepanjang sisa hidup aku.
Lalu ada perasaan lega datang kepada aku .. Suatu hari, sepucuk surat mengenai reunion sekolah datang ke rumah aku. aku berbohong kepada isteri aku mengatakan bahawa aku akan pergi menguruskan perniagaan. Setelah reunion ini, aku pergi ke rumah lama aku .. kerana rasa ingin tahu saja, aku mencari ibu aku terjatuh di tanah yang sejuk. Tetapi aku tidak menitiskan satu air mata sekalipun. Ia mempunyai sepotong kertas di tangannya .. dan itu adalah surat untuk diri aku.
=================================================
Anakku,
Aku pikir hidupku sudah cukup lama saat ini. Dan .. aku tidak akan melawat Seoul lagi .. tetapi apakah itu terlalu banyak jikalau aku ingin kamu untuk datang menjengukku sekali-sekala nak? aku sangat merindukanmu. Dan aku sangat lega apabila mendengar kamu akan datang dalam reunion ini.
Tetapi aku memutuskan untuk tidak datang ke sekolah .. Untuk Kamu .. aku meminta maaf jikalau aku hanya mempunyai satu mata dan aku hanya membuat kamu malu.
Kamu tahu, ketika kamu masih sangat kecil, kamu terkena sebuah kecelakaan, dan kamu kehilangan satu matam. Sebagai seorang ibu, aku tidak tahan melihatmu membesar dengan hanya satu mata .. maka aku memberikanmu mata aku .. aku sangat bangga kepada anak aku yang melihat dunia yang baru untuk aku, menggantikan aku, dengan mata itu.
Aku tidak pernah marah kepada kamu atas apa-apa yang kamu lakukan. Beberapa kali ketika kamu marah kepada aku. aku berfikir sendiri, "Ini kerana kamu mencintai aku." Aku rindu waktu ketika kamu masih sangat kecil dan berada di sekitarku.
Aku sangat merindukanmu. Aku mencintaimu. Kamu adalah duniaku.
No comments:
Post a Comment