Diriwayatkan daripada sebahagian pengikut Imam ahmad bin
Hanbal r.hm. bahawa dia berkata :
Apabila Imam Ahmad bin Hanbal r.hm. meninggal dunia, saya
bermimpi melihat Imam Ahmad sedang berjalan-jalan dan bersiar-siar dalam
keadaan riang dan gembira. Maka saya bertanya kepadanya: “ Hai saudaraku engkau
bergaya di dalam perjalananmu dalam keadaan riang dan sukaria?” Dia menjawab: “Beginilah
khadam-khadam Allah yakni orang yang berkhidmat kepada Allah di dunia bila dia
berjalan dan bersiar-siar di dalam syurga Darussalam!”
“Apa yang dilakukan Allah terhadapmu?” Tanyaku pula
kepadanya. “Allah telah mengampunkan aku dan memberi balasan yang baik
kepadaku, antaranya ialah sepasang kasut ini yang diperbuat daripada emas
merah,” Jawabnya.
“Oh, ini barangkali kerana hujahmu bahawa Al-Quran itu
kalamullah yang qodim diturunkan kepada manusia dan dia bukan makhluk(baharu),”
aku bertanya ingin minta kepastian dan dia menyetujui.
Kemudia Imam Ahmad bin Hanbal pula bercerita lagi kepadaku :
“Maka dikatakan kepadaku: “Hai Ahmad! Pergilah ke mana sahaja yang engkau suka!”
Lalu saya pun memasuki syurga dan orang yang pertama saya temui ialah Sufyan
al-Tsauri. Saya lihat dia mempunyai dua
pasang sayap untuk terbang dari satu pohon ke pohon yang lain, sedang dia
secara terus menerus membaca sepotong ayat al-Quran:
وَقَالُوا
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي صَدَقَنَا وَعْدَهُ وَأَوْرَثَنَا الْأَرْضَ نَتَبَوَّأُ
مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ نَشَاء فَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ
(Surah
al-Zumar: 74)
Kemudian
saya bertanya kepadanya pula tentang Abd. Al-Razak, orang yang suka berpidato
menasihati orang ramai itu. Maka aku diberitahu oleh Imam Ahmad bahawa dia
telah melihat kapal daripada cahaya juga. Maksudnya dia sedang berada disisi
Allah S.W.T.
Selepas
itu aku bertanya pula tentang bisyr bin al-Hafi, maka jawabnya: “Bahagia! Sangat
bahagia! Siapa yang dapat menandingi Bisyr ini! Aku menemuinya sedang
berhadapan dengan Tuhan yang maha Agung, yang berkata kepadanya: Makanlah, wahai
orang yang tidak makan (didunia), dan minumlah wahai orang yang tidak minum dan
nikmatilah apa sahaja yang kau kehendaki!”
“Tentang
Maaruf al-Karkhi?” tanyaku kepadanya. Imam Ahmad memberitahuku, bahawa Maaruf
sedang berada di bawah Arasy, lalu Tuhan Maha Besar bertanya kepada
Malaikat-Nya: “Siapakah orang ini!”
Jawab malaikat: “Ya Tuhan! Engkau lebih tahu tentang ornag ini! Tuhan
berfirman: “Inilah Maaruf al-Karkhi yang selalu mabuk cinta pada-Ku, dan dia
tidak akan sedar kecuali sesudah melihat-Ku.” Demikian mimpi orang itu yang
bertanya, jawabnya dengan Imam Ahmad bin Hanbal r.hm.
No comments:
Post a Comment