Bila mana orang yang dia hasad atau dengki kepadanya di timpa
musibah, atau perkara buruk berlaku kepadanya, jauh didalam hatinya itu seronok
dia, lega, dengan musibah yang menimpa orang lain, atau dia merasa hatinya itu
susah atau sesuatu dia tak suka, bila mana orang yang dia tak suka mendapat
nikmat.
Berapa ramai orang muslimin yang seronok bila mana saudaranya, yang
dia mempunyai perbezaan pandangan, atau berselisih dalam masalah bisnes
umpanya, atau dalam apa-apa perkara pun dalam hal keduniaan. Bila mana musibah
menimpa kepada nya,
“haa..tengok, Allah hukum dia sebab saya”.
hah, dah melangkahi hak Allah pula, macam firman atau wahyu dari Allah
turun kepadanya. “Aku hukum dia sebab aku bela engkau”.
"Qulub maridhah" hati sakit, kita menyimpan banyak perkara dalam
hati, sebahagian daripada mereka diungkap kan didalam terjemahan, baik melalui
lisan, atau melalui perbuatan. Lalu yang tak terungkap? Adakah hilang begitu
saja?
وَحُصِّلَ
مَا فِي الصُّدُورِ
“hari yang dimaksudkan dengan hari kiamat, akan terungkap segala
sesuatu, yang tersimpan didalam hati” (surah aa’diyat: 10)
يَوْمَ
تُبْلَى السَّرائِرُ
“Pada hari dinampakkan segala rahasia,(surah at-tariq: 9)
Allah itu untuk mengembalikan, semua yang sudah mati dan sirna,
dikembalikan oleh Allah, bila? Di hari segala rahasia terbuka, tak ada perkara
tersimpan, semua perkara akan tersingkap, dan berapa banyak perkara tersimpan
didunia akan terungkap disana, di akhirat.
Allah S.W.T ingin menyedarkan orang –orang yang beriman itu supaya ber(تعامل)
yakni bekerjasama dengan Allah, bukan seperti bekerjasama manusia dengan manusia,
kita boleh senyum pada orang, kita boleh membantu pada orang, yang tersimpan di
dalam itu apa? Orang yang kita bantu, orang yang kita senyum, tak tahu apa yang
tersimpan, tapi yang maha mengetahui tahu apa yang tersimpan didalam hati. Kalau
kita berinteraksi dengan manusia, hanya melihat manusia itu sahaja, tanpa
memerhatikan kepada yang menciptakan manusia dan mengetahui isi hati kita, maka
kita adalah orang yang cetek imannya, dan tidak sempurna iman, kerana
berta3amul dengan makhluk, tanpa memerhatikan Khaliq.
Bukan kah dalam rukun agama itu “ehsan” :
أن
تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك
Engkau menyembah kepada Allah seakan kamu melihat Allah, kalau kamu
tak mampu melihat, kamu yakin Allah melihat kamu.
Yang dilihat oleh Allah bukan lah perbuatan luaran sahaja, yang
tersimpan didalam hati juga dilihat Allah. Oleh kerana demikian, Allah S.W.T
ingin menyedarkan, kepada kaum mukminin, Allah maha mengetahui apa yang
tersimpan didalam hati, Allah juga mengira perkara yang didalam hati.
والله
اعلم
No comments:
Post a Comment