Nabi S.A.W bersabda : Anggota badan ini, setiap pagi dia akan mengatakan pada lisan, kepada lidah : Wahai lisan, kami ini semua ikut kamu. Kalau kamu lurus, kami lurus dibelakang kamu, jika kamu melakukan perkara yang tak betul, maka kami pun akan ikut bersama dengan kamu.(riwayat at-Tirmizi)
وقد
قال عليه الصلاة والسلام : ((إذَا أصْبَحَ ابْنُ آدَم فإنَّ الأعْضَاءَ كُلَّها
تُكَفِّرُ اللِّسَانَ فَتَقُولُ: اتقِ اللَّهَ فِينا فإنما نَحْنُ مِنْكَ، فإنِ
اسْتَقَمْتَ اسْتَقَمْنا، وَإنِ اعْوَجَجْتَ اعْوَجَجْنا)) أخرجه الترمذي وحسنه
الألباني.
Siapa menjadi imam? Lisan. Kata baginda S.A.W berkata kepada
saidina muaz :
(يا نبي الله ، وإنا لمؤاخذون بما نتكلم
به ؟) Adakah kami akan dikira, dihisab setiap kalimah yang keluar
dari mulut ini? Kata baginda S.A.W
ثَكِلَتْكَ
أُمُّكَ يَا مُعَاذُ ! وَهَلْ يَكُبُّ النَّاسَ فِي النَّارِ عَلَى وُجُوهِهِمْ - أَوْ
قَالَ : عَلَى مَنَاخِرِهِمْ - إِلَّا حَصَائِدُ أَلْسِنَتِهِمْ. رواه الترمذي ،
وقال : حديث حسن صحيح
Semoga engkau selamat ! Orang nanti diakhirat nanti
dicampakkan ke dalam api neraka, muka nya dicampakkan dahulu ke neraka. Dalam
riwayat yang lain kepala nya dicampakkan dahulu.(riwayat at-Tirmizi : hadis
hasan sohih)
Sebabnya adalah, mulut mereka, sehingga hukumannya di
akhirat nanti, yang pertama dihukum, bahagian yang paling hampir dengan mulut,
apa itu? Muka. Sebab mulut ada dikawasan muka, orang boleh dihukum kaki nya
dahulu, boleh badannya dulu. Tapi mereka yang tak jaga ini mulut, muka nya dulu
akan dicampakkan oleh Allah Ta’ala (wa iyyazu billah).
Dan Nabi S.A.W memberikan jaminan, insurans, dan ini adalah sebaik-baik
insuransi daripada Nabi Muhammad S.A.W. Bagi siapa yang mahu meletakkan
insurans, insuransi yang ada didunia ini, di akhirat nanti akan dipersoalkan
insuransi itu juga. Tapi insuransi
Rasulullah S.A.W gerenti mempunyai jaminan, apa kata Nabi S.A.W?
مَنْ
ضَمِنَ لي ما بينَ لَحْيَيْهِ ورجليهِ ضَمِنْتُ لهُ الجنَّة
Siapa yang menjaga dua bibirnya (lisan), dan dia jaga dua
pahanya(kemaluan), aku jamin dia masuk syurga.(riwayat Bukhari)
No comments:
Post a Comment