Di suatu zaman nanti, bahawasanya orang yang ingin mengajak
kepada perkara yang baik dan mencegah kepada yang mungkar akan terancam,
disebabkan perubahan zaman, disebabkan keadaan yang mengelirukan kepada orang
ramai, sehingga berlaku kekeliruan, dan kecelaruan, didalam agama khususnya,
sehingga orang tidak dapat membezakan yang mana yang haq dan mana yang bathil.
Firman Allah SWT :
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَيْكُمْ أَنفُسَكُمْ ۖ لَا يَضُرُّكُم مَّن ضَلَّ
إِذَا اهْتَدَيْتُمْ
Wahai
orang-orang yang beriman! Jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang
dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat
kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat
mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). (Surah al-Maidah :
105)
Rasulullah
bersabda (1) :
بل ائتمروا بالمعروف ، وتناهوا عن المنكر
Teruskan
kamu dalam mengajak orang lain kepada perkara baik, dan cegahlah orang lain
daripada melakukan kemungkaran.
حتى إذا رأيت شحا مطاعا ،
Sehingga
kalau kamu nampak seorang yang kedekut diikuti.
Orang
kedekut yang diikuti maksudnya adalah, orang yang kedekut dengan hartanya, dan
hatinya redha kalau dirinya kedekut. Disokong oleh orang lain sikap kedekutnya.
Orang yang mempunyai kedudukan, yang kedudukannya boleh dimanfaatkan untuk
membantu orang lain. Bila mana kedekut dengan kedudukannya untuk membantu orang
lain, maka diikuti oleh pengikutnya, ini adalah bahagian orang yang disifatkan
oleh Nabi SAW dirinya redha dengan sifat kedekutnya, selesa dengan sifat
kedekutnya.
وهوى متبعا
Dan sehingga
kamu melihat, kepada orang yang menjadikan hawa nafsunya imamnya, yang
menjadikan hawa nafsunya ikutannya, yang menjadikan sifat rakusnya dipenuhi
daripada apa keinginannya, dan kamu melihat yang kedua ini, adalah orang yang
menjadikan hawa nafsu menjadi ikutan dalam segala hal, dalam jawatannya, dalam
hartanya, dalam kedudukannya, dalam hal apa saja, yang mengikut kepada hawa
nafsunya sendiri, dan menjadikan hawa nafsu adalah ikutan, dan ini adalah
perkara yang amat merbahaya kepada orang yang menjadikan hawa nafsunya adalah
ikutan kepadanya.
Bukankah
dalam Al-Quranul Kareem Allah berfirman tentang orang yang berilmu, yang ada
ilmu, akan tetapi boleh dikalahkan dengan hawa nafsunya kerna dahsyatnya hawa
nafsu bila mana tidak diperhatikan oleh seseorang.
أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ
وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَىٰ عِلْمٍ
Dengan
yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang
menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh
Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar) (surah Al- Jaathiyah:
23)
Tidakkah
kamu melihat kepada golongan orang yang menjadikan hawa nafsunya, adalah sebagai
tuhan. (وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَىٰ عِلْم) dan disesatkan dalam keadaan dirinya
menyedari, dalam keadaan dirinya mengetahui dan berilmu. Akan tetapi mudah
terkalah dengan hawa nafsu.
Kata
penyair :
توق
نفسك لا تأمن غوائلها ... فالنفس أخبث من سبعين شيطانا
Hati-hatilah
kamu dengan perangai hawa nafsu kamu … sesungguhnya perangai hawa nafsu ini
adalah lebih jahat, lebih buruk daripada 70 gangguan syaitan.
Demikian
didalam Al-Quranul kareem Allah berfirman :
Dan
tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat
menyuruh melakukan kejahatan (surah Yusuf: 53)
Hawa
nafsu adalah sentiasa menyuruh orang melakukan perkara buruk dan perbuatan jahat. Tuduhlah perbuatan hawa
nafsu didalam tuntutannya apa sahaja, walaupun hawa nafsu ini zahir nya
menyantuni kepada yang baik, terlebih dahulu letakkan “tanda Tanya” kerna hawa
nafsu sentiasa menyuruh kepada orang melakukan perbuatan yang buruk.
Bila
mana mengkehendaki yang baik, tengok dulu apa matlamat daripada kehendak yang
baik itu. Mungkin disebalik kebaikan untuk dipakaikan pakaian yang baik tapi
hakikatnya adalah bathil, kerana daripada tipu muslihat syaitan memakaikan
pakaian bathil dengan pakaian yang indah. Sehingga Nampak bathil saperti haq, Nampak
perkara mungkar seperti maaruf. Nampak salah dipakaikan dengan pakaian yang
benar.
Ini adalah
kecenderungan hawa nafsu, mungkin ingin mendapatkan matlamat yang baik, caranya
menipu, caranya berdusta, caranya berkhianat, bagaimana cara yang baik dicapai
dengan cara yang tak baik, mustahil Allah SWT akan menjadikan matlamat yang
baik boleh dicapai dengan cara yang tidak baik.
Setelah
kamu melihat orang kedekut yang diikuti, dan orang yang menjadikan hawa
nafsunya sebagai imam, kemudian disabdakan Baginda SAW lagi :
ودنيا مؤثرة
Dan juga
dunia, yang didahulukan berbanding agama. Kebendaan yang didahulukan daripada
perkara-perkara yang baik dalam ajaran agama. Bila mana dunia didahulukan, bila
mana kebendaan didahulukan. Bahkan dikorbankan agama untuk kebendaan. Inilah ciri-ciri
yang disebutkan oleh Nabi SAW, supaya kita lebih fokus untuk menjaga diri kita
sendiri.
Baginda
SAW bersabda :
الدُّنيا ملعونَةٌ ملعونٌ ما فيها إلاّ
ذكرَ الله وما والاَه، وعالمٍ أو مُتعلّمٍ
Dunia
ini hakikatnya jauh daripada rahmat Allah, kecuali orang yang memanfaatkan
didunia nya untuk berzikir kepada Allah SWT, atau orang yang berilmu, atau
orang yang belajar mendapatkan ilmu. ( Riwayat At-Tirmizi )
Maka
demikian itu sabda Rasulullah SAW dalam menyingkapi keduniaan tempat kita
menanam dan bukan untuk kita berada di dunia untuk kekal selama-lamanya. Sifat yang
ketiga disebut oleh Nabi SAW, untuk kita menjaga diri kita sendiri.
Lalu
yang keempat adalah :
وإعجاب كل ذي رأي برأيه
Dan bila
kamu Nampak orang yang bangga dengan pandangannya, bangga dengan ideologi-nya,
bangga dengan kajiannya, bangga daripada buah pikirannya, tanpa ditimbang
dengan Al-Quran dan AS-sunnah yang datang dengannya Baginda Rasulullah SAW. Yang
susah berinteraksi dengan pandangan orang lain walaupun berselisih, yang
menganggap dirinya benar berbandingkan kepada orang lain.
Bila
mana melihat golongan seperti ini juga bangga dengan pandangannya sendiri. Adalah
kriteria yang keempat disebutkan oleh Nabi SAW.
Bilamana
perkara ini terjadi, orang kedekut diikuti, hawa nafsu yang diikuti, kemudian
dunia yang didahulukan berbandingkan agama, orang yang bangga dengan pandangannya
sendiri. Apa kata
Baginda SAW :
فَعَلَيْكَ نَفْسَكَ ، وَدَعْ عَنْكَ أَمْرَ
الْعَوَامِّ
Hendaklah
kamu jaga diri kamu sendiri, tinggalkan apa yang berlaku diluar sana.
Yang
berlaku dengan orang yang kedekut dengan hartanya dan juga kedudukannya, yang
mengikut kepada hawa nafsunya, yang mendahulukan kepada dunia berbanding kepada
agama, yang bangga dengan pandangannya, biarkan mereka sibuk dengan urusan
mereka sendiri.
Dan jagalah
diri kamu sendiri dan juga orang yang rapat dengan kamu, keluarga kamu,
anak-anak kamu, dan orang-orang yang ada hubungkait langsung dengan kamu. Jaga mereka.
فإن من ورائكم أيام الصبر الصبر فيه مثل
قبض على الجمر للعامل فيهم مثل أجر خمسين رجلا يعملون مثل عمله وزادني غيره قال يا رسول الله أجر خمسين منهم قال أجر خمسين منكم
Sesungguhnya
di belakangmu nanti akan ada hari-hari penuh kesabaran. Sabar pada hari itu
seperti halnya memegang bara api. Orang yang beramal pada waktu itu akan diberi
pahala seperti pahala lima puluh orang lain yang beramal seperti amalnya. Para
sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, pahala lima puluh orang dari kalangan
mereka ?”. Baginda sallallaahu ‘alaihi wa sallam menjawab : “Bahkan limapuluh
orang di antara kalian”
Rasulullah
SAW memberitahukan zaman demi zaman, bukan semakin akan tetapi akan semakin
buruk dan semakin buruk, buruknya adalah mengancam kepada agama. Buruknya akan
menggegarkan tiang-tiang agama. Yang sehingga
kata baginda SAW (مثل قبض على الجمر) orang yang berpegang kepada agama di
akhir zaman umpama orang yang menahan dang memegang bara api di tangannya.
الله تعالى اعلم
________________________________________________________
(1) Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam Khalqu
Af’alil-‘Ibaad no. 155, Abu Dawud no. 4341, At-Tirmidzi no. 3058, Ibnu Majah
no. 4014, Ath-Thabariy dalam Tafsir-nya 7/97, Ath-Thahawiy dalam
Syarhul-Musykil no. 1171-1172, Ibnu Hibbaan no. 358, dan yang lainnya. Hadits
ini dla’if, kecuali lafadh : “Sesungguhnya di belakangmu nanti akan ada hari-hari
penuh kesabaran….” ; sahih. Lihat Dla’iif Ibni Majah hal. 326 no. 801, Silsilah
Ash-Shahiihah 1/892-893 no. 494, dan Dla’if At-Tirmidzi hal. 320 no. 3058.
(2) rujukan : tafsir ibn kathir , syuruh hadis tuhfat al
ahwazi.
0nordnamAclar_ni Mary Rivera https://wakelet.com/wake/stWMpgHktSvV5L7M34G2x
ReplyDeleteservhamrere