Didalam perjalanan menuju ibadah yang sempurna kepada Allah
SWT, yang merupakan satu rintangan atau
tahap pertama mesti dilalui oleh sesiapa yang dilalui oleh sesiapa di atas muka
bumi ini yang menuju kepada Allah SWT.
Dan tak seorang pon diatas muka bumi ini melainkan dia berjalan menuju kepada
Allah SWT.
Hanya
saja, tak semua manusia yang ada diatas muka bumi ini, menyedari matlamat
daripada hidupnya perjalanannya menuju kepada Allah dengan mengabaikan tuntutan
untuk merealisasikan matlamat tersebut.
Didalam
hidup ini, manusia berjalan menuju kepada Allah SWT, yakni untuk beribadah
kepada Allah. Maka tiadalah mungkin seseorang boleh sampai dalam beribadah
kepada Allah melainkan dengan ilmu.
Ini
adalah rintangan pertama atau tahap pertama yang mesti di lalui oleh seseorang
didalam berjalan menuju kepada Allah SWT.
Kata
imam az-Zabidi dalam syair-nya :
خذ من كل فن احسنه
Ambillah
dalam setiap bidang itu, yang cukup untuk kamu faham.
Perkara
yang wajib kepada kita, solat, puasa, zakat, haji, nikah jika kita akan
melangsungkan kepada pernikahan. Mesti tahu, jangan tahu “aku terima nikahnya”
saja. Tahu apa itu rukun nikah, tahu syarat-syarat nikah. Tahu tuntutan dalam
nikah.
Ini perkara
penting didalam ibadah yang kita nak lakukan. Ada ilmu untuk melakukan ibadah
tersebut. Ambillah ilmu dalam setiap bidang itu, yang terbaik untuk kamu. Lebih-lebih
lagi ilmu fardhu ain, yang tidak terkecuali kepada semua orang. Tak kira dia
ustaz atau bukan ustaz, engineering ke, pekerja kedai makan ke, masalah fardhu
ain tak boleh dia tak tahu.
Sebab
tak di bezakan oleh Allah SWT untuk pengetahuan ilmu tersebut mengikut latar
belakangnya. Setiap muslim mesti tahu. Kepada perkara yang basic dan asas.
Kata
Baginda Rasulullah SAW, memberikan perumpamaan orang berilmu ini ada tiga(1) :
مثل ما بعثني الله به من الهدى والعلم كمثل
غيث أصاب أرضا فكانت منها طائفة طيبة قبلت الماء فأنبتت الكلأ والعشب الكثير
Perumpaan
pertama orang yang berilmu umpama hujan turun, jatuh atas tanah, tanah ini
subur lalu tanah ini menumbuhkan tumbuhan dan tumbuh-tumbuhan ini dimanfaatkan
oleh orang lain.
Ini
adalah ilmu yang bermanfaat. Umpama hujan yang turun, umpama ilmu yang
diberikan oleh Allah SWT kepada seseorang.
Umpama orang yang dapat ilmu daripada Allah SWT, dihayati ilmu itu untuk
dirinya. Umpama tanah tadi yang menerima air, tanah itu adalah subur, dan benih
yang diletakkan itu akan menyatu dengan tanah melalui air tadi. Umpama ilmu
yang diberikan pada hati seseorang itu bersemadi didalam hati orang yang
mendapatkan ilmu, berkesan ilmu itu didalam hatinya, dan dia memanfaatkan
kepada ilmu tersebut.
Ada
pun tumbuh-tumbuhan yang tumbuh ini, ilmunya bila mana disampaikan. Baik diamalkan
atau disampaikan kepada orang lain.
Maka
didalam hal ini, seseorang yang mempunyai ilmu dan beramal, umpama tadi hujan turun
atas tanah, dan tanah itu menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan di manfaatkan oleh
makhluk lain.
Ini aalim
aamil. Yang berilmu dan beramal. Yang ini nombor satu.
وكان منها أجادب أمسكت الماء فنفع الله
بها الناس فشربوا منها وسقوا وزرعوا وأصاب طائفة
Yang
kedua tanah yang seperti tanah berlopak, atau berkawah, air hujan yang turun
bertakung disitu, orang lain ambil air itu untuk ambik manfaat, tapi tanah itu
tak boleh ambik manfaat. Kerana dia tak menumbuhkan tumbuh-tumbuhan.
Bertakung,
orang lain boleh ambil manfaat. Tapi dirinya tak dapat ambil manfaat. Pasal apa?
Kerana tak dapat menumbuhkan tumbuh-tumbuhan.
Ini umpama
orang ada ilmu, menyampaikan pada orang lain. Tapi dia tak beramal. Dia boleh
mengajar, tapi dirinya tak beramal. Umpama hujan turun di atas lopak, atau bentuk
kawah, bertakung, orang lain boleh ambil, untuk siram tanaman mereka, untuk
mandi, untuk wudhu’ untuk apa saja. Tapi tanah itu tak mendatangkan manfaat
apa-apa melainakn takungan air tersebut.
Yang
ketiga,
إنما هي قيعان لا تمسك ماء وتنبت كلأ
Jenis
tanah ketiga adalah tanah yang tidak bisa menampung dan tidak bisa menyerap air.
Umpama
tanah yang keras, yang kalau hujan turun, macam turun atas batu memercik, tiada
manfaat. Orang ini dia dapat ilmu, tak di manfaatkan oleh orang lain, tak
dimanfaatkan oleh dirinya.
Perumpamaan
orang berilmu dan beramal dan orang memanfaatkan ilmunya, orang yang dapat ilmu
tak beramal tapi dimanfaatkan oleh orang lain, dan orang yang dapat ilmu, tak
beramal dan tak dimanfaatkan oleh orang lain.
Kunci
semuanya ada pada ilmu.
الله تعالى أعلم بالصواب
______________________________________________________
Rujukan
: الكتاب : شرح رياض الصالحين
No comments:
Post a Comment