Jenaka Tofili ini adalah rekaan orang Jordan semata-mata. Ia
bukan keadaan sebenar penduduk Tofilah. Dan ia tidak berkenaan dengan yang
hidup atau yang da mati.
Sedikit info mengenai Tofilah :
Tofilah ialah nama sebuah daerah (ulu) yang agak terpencik di Jordan.Penduduknya dipanggil Tofili. Dimomok-momokkan bahawa penduduknya sangatlah tidak cerdik.Bermacam-macam cerita dikaitkan kepada mereka.
Tofilah
Berikut ini ialah salah satu cerita yang ada :
Tersebutlah kisah ada sekumpulan syabab Amman(pemuda dari
ibu kota negeri Jordan, Amman)telah berpakat mahu mencabar @ mengalahkan
kebodohan Tofili.
Mereka pon berangkat ke Tofili dengan sebuah van. Apabila
mereka sampai di padang pasir Tofilah.
Mereka pon berhenti dan mengeluarkan
perkakas memancing.
Lalu mereka pon mencampakkan batu kail ke tengah padang
pasir (seolah-olah memancing di laut).
Dan sambil berbisik-bisik satu sama lain, “pada hari ini
kita pasti akan kalahkan kebodohan Tofili.”
Sedang mereka asyik ‘memancing’,tiba-tiba ada seorang Tofili
yang menunggang keldai lalu di kawasan
itu. Lalu bertanyalah Tofili tadi kepada pemuda-pemuda Amman yang sedang
khusyuk memancing :
“banyak dah dapat ikan?”
Sambil bertanya pemuda Tofili tadi cepat-cepat membuka
bajunya dan kemudian terus sahaja terjun dari keldainya.Lantas dia terus saja
berenang di atas pasir ! Dia berenang dan terus berenang sambil sekali sekala
menoleh kearah ‘pemancing-pemancing’ dari Amman itu.
Melihat perkara itu,pemuda Amman tersebut pulang dengan
kecewa lagi berputus asa.Mereka mengaku kalah.
No comments:
Post a Comment