Jama’ ialah bilangan yang melebihi 3. Didalam bahasa inggeris adjective tidak mempunyai jama’ atau plural. Contoh good men , perkataan good adalahadjective dan tidak mempunyai plural. Dalam bahasa arab adjective pun mempunyai jama’/plural.
Jama’ taksir
Jama’ taksir digunakan dengan agak meluas didalam bahasa arab dan dan mereka tidak mempunyai corak atau pattern tertentu untuk kita mencari perkataan jama’ daripada perkataan tunggal.
Kadang-kadang jama’ taksir terbentuk dengan perubahan huruf vowel ( ضمَّة u ,فَتْحة a, كسرة i). Contoh:
Tunggal
|
Jama’
|
أَسَدٌ | أُسُدٌ |
سَقْفٌ | سُقُفٌ |
Kadang-kadang terbentuk melalui pembuangan huruf :
Tunggal | Jama’ |
رَسولٌ | رُسُلٌ |
Kadang-kadang melalui penambahan huruf:
Tunggal | Jama’ |
قَلَمٌ | أقْلَامٌ |
مَسْجِدٌ | مَسَاجِدُ |
Kita perlu mempelajari nya apabila kita menjumpai isim yang mufrad. Dapatkan nya dari kamus.
Bagaimanakah i’rab apabila perkataan jama’ tersebut berada didalam keadaan marfu’, mansub atau majrur? Keadaan marfu’, mansub dan majrur ialah perubahan fungsi perkataan berkenaan apabila berada didalam situasi nahu yang berbeza.
I’rab jama’ taksir
Diptote ialah istilah dalam bahasa inggeris untuk menyatakan sesetengah isim berubah (declined) secara terhad. Isim tersebut dikelaskan sebagai fully declinedjika ianya bertukar baris dhammah jika marfu’, fathah jika mansub dan kasrah jika majrur. Setengah isim bertukar kepada fathah apabila menjadi mansub dan juga fathah apabila majrur. Kategori isim ini dikenali sebagai مَمْنُوع مِنَ الصَّرف (diptote) . Kategori ini menggunakan wazan مَفَاعِلُ.
Marfu’ | Mansub dan Majrur | Contoh | |
Jama’ taksir | دَفَاتِرُ | دَفَاتِرَ | عِنْدِي سَبْعَةُ دَفَاتِرَ
دَفَاتِرَ : Majrur walaupun baris fathah kerana ia adalah mudhaf ilaihi.
|
i) Penggunaan ismu isyarah dalam jama’ taksir عَاقِلٌ dan غَيْرُ عَاقِلٍ .
Isim boleh juga di kelaskan sebagai berakal (عَاقِلٌ)atau bukan berakal (غَيْرُ عَاقِلٍ). Isim kategori berakal ialah manusia, malaikat, jin dan sebagainya. Isim kategori bukan berakal ialah terdiri dari benda-benda, binatang dan konsep. Pada keadaan tunggal, tiada perbezaan samaada berakal atau bukan dari segi penggunaan ismu isyarah. Perbezaan penggunaan ismu isyarah dalam perkataan jama’ adalah seperti jadual dibawah:
(i) Isim berakal (عَاقِلٌ)
Ismu isyarah (dekat)
Tunggal | Jama’ | |
Muzakar | هَذا تَاجِرٌ | هَئُلَاءِ تُحَّارٌ |
Muannas | هَذِهِ طَالِبَةٌ | هَئُلَاءِ طالباتٌ |
Ismu isyarah (jauh)
Tunggal | Jama’ | |
Muzakar | ذلك طالب | أُولإِك طُلّابٌ |
Muannas | تلك طالِبَةٌ | أُولإِك طالبات |
(ii) Isim bukan berakal (غَيْرُ عَاقِلٍ)
Ismu isyarah(dekat)
Tunggal | Jama’ | |
Muzakar | هذا بَيْتٌ | هذه بُيُوتٌ |
Muannas | هذه سيَّارةٌ | هذه سَيَّاراتٌ |
Ismu isyarah(jauh)
Tunggal | Jama’ | |
Muzakar | ذلك بَيْتٌ | تلك بُيُوتٌ |
Muannas | ذلك سيَّارةٌ | تلك سَيَّاراتٌ |
Perhatikan isim jama’ bukan berakal samada ismu isyarah jauh atau dekat akan menggunakan ismu isyarah tunggal dan muannas walaupun jama’ nya muzakar.
Mubtada’ dan khabar
Kalau dalam keadaan bilangan tunggal mubtada’ dan khabar mesti sama dari segi jantina nya. Kalau mubtada’ muannas maka khabar juga muannas. Isim jama’ taksir bukan berakal, khabarnya adalah tunggal dan muannas apabila mubtada’ nya jama’ bukan berakal.
القُمْصَانُ جَدِيدةٌ | القُمْصَانُ : Mubtada’, Jama’ taksir, isim bukan berakal, muzakar.
جَدِيدةٌ : Khabar, bilangan tunggal, muannas.
|
التُّلَابُ جُدُدٌ | التُّلَابُ : Mubtada’, Jama’ taksir, isim berakal,muzakar.
جُدُدٌ : Khabar, bilangan jama’,muzakar.
|
ii) Wazan jama’ taksir
Lebih daripada 20 corak atau wazan bagi isim plural ini. Dibawah disenaraikan beberapa wazan yang sering ditemui. Wazan yang ditanda merah adalah penting untuk diingati:
Wazan/corak | Jama’ | Tunggal | |
فُعُولٌ | نُجُومٌ | نَجْمٌ | |
فُعُلٌ | كُتُبٌ | كِتَابٌ | |
فِعَالٌ | جِبَالٌ | جَبَلٌ | |
فُعَّالٌ | تُجَّارٌ | تَاجِرٌ | |
أَفْعَالٌ | أقْلَامٌ | قَلَمٌ | |
فُعَلَاءُ | زُمَلَاءُ | زَمِيْلٌ | مَمْنُوع مِنَ الصَّرف |
أَفْعِلَاءُ | أَصْدِقَاءُ | صَدِيْقٌ | مَمْنُوع مِنَ الصَّرف |
فِعْلَةٌ | إِخْوةٌ | أَخٌ | |
مَفَاعِيلُ | مَفَاتِيحُ | مِفْتَاحٌ | مَمْنُوع مِنَ الصَّرف |
مَفَاعِلُ | دَفَاتِرُ | دَفْتَرٌ | مَمْنُوع مِنَ الصَّرف |
Wallahu’alam
sekiranya isim(jamak taksir) bertemu sifat dalam jumlah fe'liah
ReplyDeletecontoh:يحتوي على افكار كثيرة
كثيرة أو كثير؟؟؟
كثيرة
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAda video blh explain bnyk lagi dakk
ReplyDeletemintazi izin copy ye contoh diatas :)
ReplyDeletesangat berguna tq <3
ReplyDeleteجزاك الله خير كثيرا
ReplyDeleteMacam mana cara untuk buat ayat jama' taksir menggunakan tanda seru?
ReplyDeleteMana satu ayat penggunaan tanda seru yang betul?👉🏻الطلاب! اشرب عصير لذيذ atau الطالبة! اشرب عصير لذيذ
ReplyDelete