Tuesday, 23 July 2013

amalan dibulan ramadhan dikalangan ulama'



Ibnu Umar

Ibnu umar memiliki kebiasaan berbuka ketika puasa bersama anak yatim dan orang miskin. Bahkan beliau tidak berbuka sehinggalah keluarganya menyuruh pulang fakir miskin sebelum waktunya berbuka.
Beliau termasuk pengusaha kaya, hartanya berlimpah ruah dan beliau ialah seorang ahli perniagaan yang berjaya dan amanah. Beliau juga mendapat gaji dari baitul mal negara. Namun semua itu tidak beliau simpan sendiri, tetapi beliau bahagikan kepada fakir miskin dan peminta sedekah.
Ayub bin Wail Ar-Rasibi pernah menyaksikan kejadian menakjubkan tentang beliau.
Suatu hari Ibnu Umar mendapat kiriman harta senilai 4000 dirham (sekitar rm11ribu ) dan satu baju sejuk.
Keesokan harinya, Ayub bin Wail ini melihat Ibnu Umar di pasar membeli makanan kudanya dengan hutang. Ayub-pun hairan. Kelmarin orang ini baru mendapat wang 4000 dirham, hari ini beli makanan kuda saja  berhutang.
Tidak berpuas hati dengan keaadan tersebut, Ayub datang menemui keluarga Ibnu Umar, ingin tahu, apa gerangan yang terjadi.
Cerita keluarganya,
إنه لم يبِتْ بالأمس حتى فَرَّقَهَا جميعًا، ثم أخذ القطيفة وألقاها على ظهره وخرج، ثم عاد وليست معه، فسألناه عنها فقال: إنه وهبها لفقير
wang itu belum sempat disimpan untuk semalam, tapi terus dibagikan semuanya kepada fakir miskin. Lalu beliau mengambil baju sejuknya yang dihadiahkan itu, beliau pakai keluar rumah, dan ketika balik pulang baju itu sudah tidak ada. Ketika kami tanyakan, beliau sudah berikan baju itu kepada fakir miskin.
Qatadah As-Sadusi
Beliau seorang tabiin, murid Anas bin Malik, beliau dilahirkan tahun 60 hijriyah dan mata beliau buta. Beliau selalu mengkhatamkan Al-Quran beberapa hari sekali. Ketika bulan ramadhan, beliau mengkhatamkan 3 hari sekali, dan pada saat 10 hari terakhir, beliau mengkhatamkan sehari sekali. Beliau meninggal di daerah Wasith tahun 117 H, di usia 56 tahun.
Ibnu Syihab Az-Zuhri
Nama beliau, Muhammad bin Muslim bin Abdullah Az-Zuhri (58 – 124 H). keturunan Bani Zuhrah bin Kilab, suku Quraisy. Beliau orang pertama yang mengkategorikan hadis. Termasuk salah satu ulama besar dalam hafalan, dan juga seorang tabiin, penduduk Madinah. Beliau menghafal 2200 hadis, separuhnya hafal dengan matannya. (Az-Zirikli, Al-A’lam, 7/97)
Abu Zinad (seorang ahli hadis) pernah mengatakan,
كنا نطوف مع الزهري ومعه الألواح والصحف؛ ليكتب كل ما يسمع
“Kami pernah menyertai Az-Zuhri,dan beliau selalu membawa lembaran kertas dan buku. Beliau akan tulis setiap hadis yang beliau dengar.”
Beliau tinggal di Syam, dan Khalifah Umar bin Abdul Aziz pernah berpesan kepada gabernor Syam,
عليكم بابن شهاب؛ فإنكم لا تجدون أحدًا أعلم بالسنة الماضية منه
Kalian harus memperhatikan Ibnu Syihab, karena kalian tidak akan menjumpai seorangpun yang lebih tahu tentang sunnah para sahabat melebihi beliau.
Sekalipun beliau sangat memberi perhatian terhadap bukunya, ketika bulan ramadhan, beliau tinggalkan kegiatan membaca hadis dan belajar, diganti dengan membaca Al-Quran dengan mushaf.
Imam As-Syafii
Seorang ulama – pemimpin dalam ijtihad dan fikih, dalam waktu yg sama, beliau pemimpin yang kuat  iman, taqwa, wara’, dan kuat ibadah. salah satu murid beliau, Ar-Rabi’ pernah mengatakan,
كان الشافعي قد جزَّأ الليل ثلاثة أجزاء: الثلث الأول يكتب، والثلث الثاني يصلي، والثلث الثالث ينام
“Imam As-Syafii membagi waktu malam beliau menjadi tiga: Sepertiga pertama beliau menulis, sepertiga kedua beliau shalat, dan sepertiga ketiga beliau tidur.”
Di malam hari, beliau tidak membaca Al-Quran kecuali sambil solat.
Salah satu murid beliau, Al-Muzanni pernah menceritakan,
ما رأيت الشافعي قرأ قرآنًا قط بالليل إلا وهو في الصلاة
‘Saya tidak pernah melihat As-Syafii membaca Al-Quran di malam hari, selain dalam keadaan solat.’
Beliau selama bulan ramadhan mengkhatamkan Al-Quran 60 kali – siang sekali dan malam sekali – beliau baca di luar solat.

No comments:

Post a Comment