Thursday, 24 March 2011

ketika indah itu hadir...walaupon terlewat seketika ~

hujan renyai2 mlm ni,angin sayup2 masuk melalui tingkap yg dibuka sedikit,walaupon hujan,mlm ni tetap panas,memaksa aku membuka sedikit tingkap membiarkan angin masuk,terkadang memandang ke luar melihat hujan sekejap-sekejap,minggu ini mmg slalu hujan,xkira waktu,sentiasa mendung,sedikit sahaja yg menampakkan matahari,aku diam,merenung screen laptop,mata yg terkebil-kebil memaksa utk memenuhkan ruang yg selalu aku tinggalkn,selalu laman blog ini,kerap membuka,tetapi setiap aku baru mula menekan keypad laptop ini pasti aku akan terlena,dan sedar2 sudah waktu subuh dan terus meninggalkan laptop menghalakan kaki ku ke pejabat.

pejam celik,sudah 3bln aku berkhidmat,pejabat yg mulanya aku agak segan,dan xbiasa,kini dah menjadi seperti tempat melepak dan berehat2..seronok di pejabat,berkemungkinan akan terasa jika salah seorg daripada ahli pejabat yg tiada,akan merasakan kehilangan,masing2 dengan karenah,wlaupon ada diantara mereka yg malas dan acuh x acuh dlm perkhidmatan,persetankan semua itu,aku langsung x akan amik endah perkara enting seperti itu,mereka bkn kanak2 lagi,semua nye sudah berkeluarga,malah tahu tanggungjwb msing2..aku yg taw terus berkhidmat walaupon aku slalu curi tulang,tpi aku melakukan perkhidmatan dengan baik..aku belom lg terdengar komplain2 yg x menyenangkan..malah ahli2 pejabat sume nye memberikan respon yg agak baik.

selama aku penat dalam 3bln ni,terkadang waktu itu menyakitkan langsung hadir,dan perkara yg xdpt dilupakan masih segar dlm ingatanku sehingga kini,terkadang aku ketawa sendiri,mengapa mereka yg terlibat dalam kehidupan aku masih takot utk menghadapi situasi getir,sedangkan aku sedikit pon xgentar malah cuba menjadikan situasi yg tegang menjadi lebih nyaman,mungkin ada yg merasakan mereka benar lg tepat,tpi mereka xmampu menepati setiap kemungkinan,kemungkinan itu mungkin berlaku pada kadar 99% dan bukan pada kadar 100%,sedikit bangga diri tampak pada ayat2 diatas,tetapi itulah hakikatnya,aku lg penat..jika mereka juga penat,mungkin mereka perlu belaja bagaimana mengambil langkah utk tidak huru-hara di saat getir,dan duduk memikirkan,bkn menghuru-hara kan keadaan.

aku terkadang memerlukan masa yg bnyk utk bersendirian,dan perlakuan aku ini memberi kesan negatif pada sesetangah individu,aku perlukan masa utk tidak menggunakan telefon mudah alih,dan tidak menghubungi aku pada keadaan aku xperlukan,akibat dari individu ini membuatkan aku lebih penat utk melayan,dengan berkeadaan otak aku mengeluarkan 80% ketika bekerja,dan berbaki 20% aku perlu utk melayan individu ini menyebabkan aku menggunakan 100% pada kadar ini penyebab aku xmampu menampung keletihan yg berganda-ganda.jika diberikan aku masa ini..aku mungkin dpt senyum puas,kerana diwaktu 100% kadar otak aku digunakan terlalu sukar utk aku mengukir senyuman,senyum lah dan xperlu utk berkata apa2 ^_^

sewaktu aku merindui dan aku xperlu berkata2,mataku merenung tanpa ada kerdipan,dan aku terbang bersama rinduku seperti aku sedang mengelamun,sekitarku adalah rumput2 dan aku memandang langit yg terbentang luas,adakah langit ini akan sentiasa terang seperti waktu ini aku memandangnya,bkn kah mendung itu juga hadir dan berkemungkinan menghujani aku yg sedang diam baring,segala keindahan terpampang jauh kesudut hati ini,merasa lega,puas malah kenikmatan dan kelazatan menghapuskan segala sengsara yg menghuni dalam hati..semua ini sementara,kerana jam ditgn aku menunjukkan jam 7:00pm,kerna malam itu sudah tiba,waktu utk beredar pergi..pergi nya aku bersamaku indah ...

Saturday, 19 February 2011

pabila gelora itu menghentak..dan bulan xmuncul tiba.

lama laman ini disisihkan,seperti mana aku yg disisihkan,diherdik dengan berkali2,dan aku pasti aku terluka,demi utk kebaikan mereka yg menyakiti hati ini,aku ucapkan terima kasih kerna sudi menitipkan kata2 yg mengguris hati ini..agak lama aku x diguris hati,aku seakan xpercaya aku merasa terluka,kerana aku xpernah alami waktu ini utk 2thn kebelakang,agak pelik memikirkan,hati ini xpernah dilukai,dan xpernah merasai..dan kali ini,dia datang bkn saja mengguris,malah merobek sebahagian lagi hati ini..aku keliru.

aku dihadapkan secangkir air,yg aku sendiri mengetahui ada racun didalam nya malah aku meneguk,kerna xmahu ada yg mengambil cangkir air itu lalu minum,aku merelakan diri sendiri diracuni,dan racun itu menggelegak  panas di halkum lalu ia nya terasa seperti terbakar kerana kepanasan,dan racun itu pantas ke dada dan terasa seakan jarum itu terperosok berselarakan dan mencucuk,aku pedih,sakit xterkata,aku xmampu,dan aku terjatuh..air mata itu mengalir menahan kesakitan,seperti waktu itu tiada lg,harapan itu nipis utk diselamatkn,dan aku taw,aku mengambil jln utk menyelamatkan yg len,dan biarkan aku sendiri terseksa..

aku bertanyakan pada diri ini,adakah aku bisa diselamatkan,adakah aku bisa mampu melawan bisa racun ini,aku melihat ke langit,ku tahu ada penghuninya disitu,ku tahu tuhanku sedang melihatkan penderitaanku,dan aku taw,yg mampu menyelamatkan aku adalah tuhanku,betapa racun itu sudah bnyk aku meneguknya,tetapi tuhan masih menyayangi ku,tuhan memberiku jalan melawan bisa2 racun itu dan aku masih bernyawa,aku lemah ya tuhan,,dan terkadang aku dahagakan air,dan aku terus lalai mengambil racun sebagai pemuas halwa anak tekak ku,yg pasti tuhanku itu memberikan yg terbaik utkku,malah aku ingkar lagi ego..memilih jua racun sebagai ganti pemberian tuhanku..aku zalim,aku mengundang murka mu ya Allah..astaghfirullah..ampun kn ku ya Allah..

sesungguhnya aku dilukai,aku diguris malah hatiku dirobekkan,racun itu sgt pedih,aku memerlukan tuhanku,jgn lah diganggu aku lg,kerna saat ini aku hanya mahukan tuhanku sahaja..aku mengundurkan diri..

Thursday, 27 January 2011

seperti malam itu utk aku berteleku..

apabila waktu itu tiba,aku melihat jauh adanya perasaan bercampur baur,acuh x acuh,seperti perasaanku terperangkap dlm,dan aku sedikit terkesan,selama itu tiada ketakutan tapi ada kekalutan,selama itu tiada kesedihan tapi ada keresahan,selama itu aku bertanyakan..tapi jawapan nya tidak kunjung tiba.

yang itu teristimewa,dan yg ini disayangi,dan semua itu melangkah pergi,tnpa berpaling melihat utk dikasihi hatta dikasihani,semua itu memedihkan,dan berjalan dengan pantas,malah berlari...dan meninggalkan jauh.

biarlah mlm itu pergi,utk aku teruskn mlmku esok hari,dan biarlah masa itu pergi kerana hari yg mendatang menjadikan keadaan bertukar-tukar,siapalah mereka?siapalah aku?dan siapakah dia?utk aku mengerdipkan mata,utk aku memejamkan mata,utk aku memahami setiap apa yg ada..setiap itu lah aku akan memikirkan keadaan dan apa adanya berkeadaan sedemikian dan sedemikian juga firasatku dtg,dan xmahu pergi.

benarlah hatiku punya satu,dan tiada terbahagi..dan semua yg ada dimasukkan menjadi satu,seperti aku berkeadaan bingung,dan langsung xmemahami,sehingga aku berpaut pada dahan kekeliruan lalu menerjah segala pertanyaan,satu demi satu..jawapan yg ada terlalu bnyk,yg terungkai terlalu aneh..diaju kan terus utk dihadapkan ke mata hati,dan keadaan menjadi sgt rumit..apekah teori kesan yg berlaku pada persekitaran membuahkan segala penderitaan,kekecewaan sebelum dtg kegembiraan atau kejayaan..yg sedikit kegembiraan dan tiba kepayahan pada masa yg sama berkeadaan sgt damai?

kakiku melangkah jauh,terkedu dan terkesima,penglihatan ku pudar,ku kaku..pancaindera ku berkeadaan malam yg gelap,hati ku malap,lalu berhenti aku..aku menanti,dan selama penantian itu memeritkan,akal ku kelihatan tenang..dengan berkeadaan ini aku mencuba memikirkan segala ada,segala apa yg akan berlaku..peritku xkan mematahkan semangat yg ada..lalu aku mengatur langkah kembali,yg tiada pastinya tiada,dan apa yg ada diaturkan menjadi lebih bermakna..ku akui berkeadaan lemah,aku diam berteleku,diam bkn berdiam diri,tetapi diam utk beroleh pikiran.

wahai malam yg indah,dimanakah bintang yg menghiasi diri mu?dimanakah purnama yg menerangi gelapmu?seperti mana gelapnya arahku tnpa pancainderaku,wahai mlm..adakah kau meraba tercari2 arah,atau kau berdiam terus utk gelap disitu?atau aku lebih gelap darimu?

Friday, 24 December 2010

hidup utk belajar atau belajar utk hidup?

fenomena krismas merata2 tmpt,lebey2 lagi mana2 lokasi pusat membeli belah terdapat acara sambutan dan perkara2 bermotifkan krismas....mmg nmpk sgt menarik,mungkin mereka yg beragama kristian xsabar utk menikmati perayaan mereka,tpi bkn aku utk menyertai sambutan mereka..ckup la sambutan perayaan muslim,disitu ada hukumnya dalam menyambut,jadi aku mengambil jln langsung tidak menyambut,bahkan x ambil peduli dengan fenomena ni....biarkan sahaja mereka menikmati saat2 indah perayaan mereka,itu kebebasan mereka..

terkadang org mahukan detik2 hidup lebih indah berbanding pahit,dan itu adalah toleransi yg dilakukan setiap manusia mengikut tatacara masing2,dan berubah mengikut persepsi dan perjalanan hidup,jarang skali melihat manusia itu memilih utk terus bergelumang dengan penderitaan,dengan pelbagai upaya kudrat fizikal dan mental dan mereka tetap inginkan keselesaan dalam hidup,kaedah yg akan dilalui manusia itu adalh mencari dan memilih aturcara mengikut kehendak dan keperluan masing2,ada yg menyatakan hasrat pada aku,yg mahu mencari keadaan yg lebih baik,tetapi dihadapkan mereka dengan 1001 aturcara dengan kepelbagaian,sudah tersedia ada hanya perlukan masa utk memilih,mereka sudah ada perkara yg diinginkn dan mahu mencari lagi?atau sekadar memilih dan meneliti kaedah itu?mencari yang lebih baik atau memilih yang lebih baik,walhal petunjuk "mencari" lebih khusus pada melihat dan baru mengorak langkah dari memilih yg sudah ada tersedia didepan mata,hanya tunggu utk dipilih sahaja,mencari baju utk dibeli dengan memilih baju yg tersedia ada?etika mencari pasti ada pengkhususan dalam suatu gerakan utk  ke arah yg dituju berbeza dengan keadaan memilih yg ada didepan mata,xperlu utk ke mana2,hnya mengolah pikiran lalu diambil..

kadar imbuhan dihadapkan pada manusia itu apabila diberikan sesuatu,dan pastinya mahukan kepuasan,atau meninggalkan apabila tampak sedikit sahaja kepuasan atau separa kebosanan dari perkara yg menimbulkan kepuasan tahap maksimum,malah perkara "memilih" ini berkait rapat dengan suntikan kepuasan antaranya maksimum,separa kebosanan atau sifar kepuasan,jika mengikut suntikan kepuasan  yg didedahkan pada manusia agak jauh berbeza dengan alat2 yg x bernyawa,dari segi disayangi,dilayani,dan tutur cara dalam kehidupan,apekah manusia mahukan dijadikan seperti alat yg x bernyawa?pastinya manusia bkn seperti alat yg dumainkn umpama patung dan sebagainya..tetapi xdpt dinafikan timbul gaya "alat" ini diadaptasi dalam kehidupan,dan semuanya terpulang pada individu yg memilih atau mencari keadaan.

diberikan cara utk "mencari" dan "memilih" ini dengan kepelbagaian dan persepsi yg utama didahulukn,dan kaedah diberikan adalah mengikut nafsu atau memilih keagamaan,kemungkinan individu yg berideologi xmempercayai tuhan langsung mengikut moral dan kehendak individu itu sndiri,dan individu yg berpegang pada kerohanian pastinya meletakkan tuhan dalam aturcara hidup mereka,yg menjadi tanda tanya tarikan nafsu yg membawa individu langsung ke arah meneliti aturcara terkadang merasakan mereka mampu sndiri tnpa ada bantuan dan pertolongan dengan adanya nafsu dan akal pikiran mereka,individu itu lemah tetapi mahu mnejadi kuat setanding tuhan mereka,adakah mereka mampu berjaya?walhal tuhan itu berkeadaan lebih dari segala-galanya,dan gejala ini menular menjadikn mereka bukan sahaja mahu dan belagak mampu berdiri tnpa bantuan tuhan,malah mencabar tuhan mereka sndiri,seolah2 mereka mampu mnegalahkan tuhan mereka,kerana yg daturkan tuhan xselaras dengan apa yg daturkan mereka dan nafsu2 mereka,individu ini bkn sahaja cendiakawan,malah mampu beradu kekuatan dengan tuhan,aku juga mahu malihat adakah kejayaan itu milik mereka?malah mereka bkn sahaja mahu menawan dunia,bahkan mahu menawan tuhan mereka...siapakah individu ini?

Monday, 6 December 2010

hadirkan lah aku pena..utk aku menulis

waktu tidak lengah meninggalkn lagi dan tahun menerjah masuk ke alam baru,aku meneliti setiap yg terjadi,melihat kesan dan menghimpunkan segala persoalan yg belum terjawab,apakah azam yg aku tanamkan ditahun lepas jelas nyata aku kecapi sehingga akhir thn ini,apekah pendedahan hijrah dan langkah2 yg aku tanamkan dalam diri ini menjadi realiti?atau sekadar mencukupkan kadar azam,menjadikan diri lebih gah dengan ada nya azam,dan adakah aku meletakkan azam itu tepat pada tempat nya?atau tidak?atau aku berlaku zalim dan langsung x meletakkan pada tempatnya..?betapa aku rugi dengan diri aku,masa itu melangkah pergi dan aku lg dalam kerugian..

mereka yg bersama2 aku selama thn ini,mungkin ada kesan sampingan yg aku sendiri sembunyikan,aku langsung mengetepikan perasaan aku lg,dan setiap hari mengajar aku aturcara kehidupan,dan melihat diri sndiri yg xmampu menongkah arus kehidupan,jika bukan aku tertuduk,aku langsung xmampu mengangkat kepalaku ke langit..adakah kerana aku lemah?atau aku sombong langsung tidak bertanyakan tuhan ku?dimana sombongku itu..?sehingga kn aku melihat diri sndiri mampu berjalan,tetapi tidak tahu yg ada itu kurniaan yg diberikan oleh sang Raja,Raja segala Raja,dan pemilik semua alam dan khidupan..

sehingga waktu ini,melihat mereka itu gembira dan terus dengan ada nya pemilihan utk hidup,dan setiap pemilihan adalah kemahuan dan keperluan,aku juga mahukan itu,dan perlukan ini,menjadikan segala keperluan dan kemahuan itu bertindak dibatasan,dan bkn kerana ego dan sombong aku pada tuhan,jika smua diberikan pada aku dan aku langsung melupakan tuhanku,jauhkan lah keperluan dan kemahuan itu dari diri ini,ckuplah bagiku tuhan ku..dan aku tidak mahu yg lain..

terkadang aku ada merasakan hilang mencari rindu,langsung mencari makhluk..disetiap kala aku merasai rindu itu membuatkan aku bingung,apekah yg aku lakukan ini adalah benar,dan apekah perasaan ini..?aku memberhentikan diri aku,duduk dan diam..qiam kembali mencari apa erti rindu,malah sujud yg ada..melengkapkan lagi keadaan rindu itu menjadi sgt indah..jika bkn keranaMU tuhan,aku xperlukan makhluk utk memuaskn erti rindu itu..

dan bagiku,hidup dan matiku dan selamanya utk tahun baru dan disetiap helaian itu ada nya azam,yg aku hnya perlukan tuhanku lebih dari aku perlukan diriku sndiri...dan hijrah itu adalah hijrah disetiap detik nafasku !

Friday, 12 November 2010

مناهج النقد الادبي الحديث

– مدرسة التحليل والنقد النفسي 

 الاساس النظري :

يستمد النقد النفسي معالمه من النظريات النفسية التي يعتمد عليها , وهذه النظريات هي طروحات سيغموند فرويد , وغوستاف يونغ , ومدرسة الجشطالت النفسية 

أ‌- طروحات فرويد : تهدف الى تحديد شخصية الفرد ودراستها من خلال التحليل النفسي 

- النظرة التجزيئية Analatic View وفيها يقوم فرويد بتجزئة عملية الادراك الى مراحل , وتتولى مسؤولية كل مرحلة طبقة من طبقات العقل والتي هي 

الوعي Conscious 

ما دون الوعي Subconscious 

ما قبل الوعي Preconscious 

اللاوعي Unconscious 

كما قام بتشريح الشخصية الفكرية الى مستويات ثلاثة يقوم على اساسها تفسير العمل 

الادبي او الفني و هي 

· الأنا( Ego ) : تساهم في تحديد العملية الشكلية 

· الأنا العليا (Superego ) :مسؤولة عن التطلعات الروحية التي تطرح ايديولوجيات او الاساس الفكري للعمل

· الطاقة الجنسية (Libido) : يستقي منها الفنان او الاديب طاقنه , رؤيته الغامضة , ولا عقلانيته 

- تفسير الرؤية والرموز وهي تفسير فرويد لرموز اللاوعي التي يقوم بارجاعها الى الطاقة الجنسية , في عمليات التحليل النفسي للاحلام , فقد استعار النقاد منه الفرضيات الاساسية في عمل اللاشعور والتعبير عن الرغبات الكامنة بعملية التداعي association وكيفية تشكل الرؤية في الاحلام بعمليات مثل 

· الخلط المكاني displacement وتتمثل في عدم القدرة على التمييز في 

الحلم بين اليمين واليسار , والفوق والتحت

· الخلط الكلامي condensation ويحصل عند اختلاط الافكار فينتج 

عنه تعبير ملتوي تحاشيا لايقاظ العقل الواعي 

· ( الفصل ( الفصم  splitting وهو استقلال بعض التجارب عن الوعي 

وعملها منفصلة عنه في بعض الاحيان 

اما القصور الفرويدي في التفسير النقد الفني والادبي فانه يتمثل في اصراره على ارجاع العمل الى القوى المكبوته , وتفسير الحقائق المرئية على انها تمثل حقائق اخرى ( أي دراسة الدور الدلالي دون الاهتمام به كظاهرة جمالية مستقلة ) , اضافة الى الطابع الفردي لطروحاته التي تتعامل مع الفرد بشكل اساسي دون ارتباطه بالمجموع 

Thursday, 11 November 2010

apa ada pada sungai, jika air nya tidak mengalir?


malam agak sunyi,kebiasaan cengkerik itu mengiorkn lagu2 indah,ditemani samar2 cahaya bulan,bulan itu kurang sinarnya ditutupi awan2 hitam,mungkin saja esok hujan,siapa tahu?hanya sekadar ramalan..semuanya ditgn tuhan...terkebil-kebil mata aku memandang buku2 yg berserakan,mungkin tiada istilah sudah abes blaja..dan buku akan ditutup,dibiarkan sahaja menjadi perhiasan rak2 mewah..tidak pada aku,aku tetap membaca..jika harga rak itu mahal,mahal lagi ilmu yg ada pada kitab itu,jika manusia itu dapat menilai..pasti mereka mengetahui..
apekah terma dan syarat yg mudah utk difahami apabila ditemukan perihal wanita atau perihal lelaki dalam kesinambungan hubungan, terkadang tohmahan itu lebih berpihak pada lelaki yg agak sukar utk memahami kehendak dan isi hati wanita...lelaki itu bnyk dihadapkan pada perkara2 seperti menyakiti, xmengambil endah, habis madu sepah dibuang, dan sebagai nya...pemahaman ini mungkin merujuk pada keadaan semasa, apabila keadaan terlalu busy, xmampu menangani komitmen, xmudah utk berlebih kurang, malah menyalahkan satu sama lain..aktiviti sosial ini menjadikan keadaan semakin rumit langsung melebarkan kepada aktiviti yg kurang sehat, walhal suasana ini menjadi mudah jika ada toleransi dan persefahaman yg tinggi....dan xsemesti nya hubungan yg ideal dan indah berakhir dipelamin seperti yg diidam-idamkan..tampak keadaan ini sgt popular dimerata-rata tempat..jika tiada pasangan akan dipandang enteng,diperkecil-kecilkn...apekah wujud diskriminasi lebih tinggi pada lelaki berbanding wanita?
jika tidak menadahkan tgn utk meminta bantuan tuhan,apekah tuhan akan memberi?jika sombong itu terpahat dihati,dan kelihatan rugi itu ada disetiap sudut tempat !