Manusia adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T. yang cukup
hebat. Manusia diangkat kedudukannya kerana memiliki akal, dan dalam masa yang
sama memiliki nafsu atau keinginan. Satu lagi kehebatan manusia ialah
diperuntukkan ke atas mereka ganjaran dosa dan pahala. Dosa adalah balasan
buruk dalam bentuk seksaan disebabkan melakukan perkara maksiat. Manakala
pahala merujuk kepada balasan baik yang bakal diberikan kepada mereka yang
beriman dan beramal soleh.
Satu ungkapan ayat yang biasa kita dengar, iaitu terlalu
mudah untuk membuat dosa dan terlalu susah untuk membuat pahala. Ini
menggambarkan kita ini terlalu mudah melakukan sesuatu yang dianggap berdosa
kerana jiwa kita dihasut oleh saitan dengan pelbagai hasutan. Namun apabila
kita hendak melakukan perkara yang mendatangkan pahala ada sahaja
halangan-halangannya. Hanya yang hebat sahaja berjaya merempuh halangan itu.
Seringkali kita terlupa akan dosa dan pahala yang berada di
sekeliling kita. Maklumlah kerana kita tidak nampaknya secara zahir. Untuk
meyakini kewujudan dosa dan pahala, apa salahnya jika kita memberi perumpamaan
kedua-duanya seperti berikut:
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEikWeaXsJ2T7GsIX14fP6Kpdw6j5EEAtmNEKxX1peLqLCi_JWx9N4r331m1LVwf42d5BBWaPl5jmm2vvm5DoJR7mp-kkI3r0I3tTUJzVC1vVtlhppFAE9t6tNhgqoE7sRVho8_rX1uVtQI/s200/images.jpg)
v
Pahala berbentuk emas,
intan dan permata yang sangat cantik. Ketika sedang melakukan sesuatu kebaikan,
tiba-tiba muncul di hadapan kita seketul emas dan intan. Lalu kita
mengambilnya. Kemudian kita melakukan
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhGpANmOsodPlvw3JUxRzS3dbV5bJYrREaYAlzwmT4K6eFtpDWiT4DDuzoAi8NUuEy1udNPY9glIfkZdlMM3lWObNJdpkPl7uibST8yLmHNg9m8UIWGptlqJFZRHlLfQJYvhhT5nSs4_n4/s200/YsWgTKxuub.jpg)
Oleh itu, kita ambillah iktibar
dan pengajaran dari ayat-ayat al-Quran yang banyak menceritakan tentang balasan
dosa dan pahala. Sebelum kita melakukan sesuatu pekerjaan, tanyalah hati dan
iman terlebih dahulu. Jika pekerjaan tersebut boleh mendatangkan pahala, ayuh,
kita pebanyakkan! Tetapi jika perbuatan itu boleh menjerumus ke lembah dosa,
ayuh, kita tinggalkannya. Terdapat dua perkara yang perlu kita ingat sebelum
ajal menjemput kita. Pertama ialah hanya pahala sahaja yang akan dapat
menyelamatkan kita dari seksaan api neraka. Kedua ialah dari kalangan pahala
yang kita perolehi itu, terdapat ketuanya iaitu pahala solat lima waktu. Ini
bermakna, jika pahala kita banyak sekalipun tetapi jika tidak solat maka
sia-sialah sahaja.
No comments:
Post a Comment