Thursday, 9 August 2012

Jama' Taksir dan penggunaannya.


Jama’ ialah bilangan yang melebihi 3. Didalam bahasa inggeris adjective tidak mempunyai jama’ atau plural. Contoh good men , perkataan good adalahadjective dan tidak mempunyai plural. Dalam bahasa arab adjective pun mempunyai jama’/plural.

Jama’ taksir


Jama’ taksir digunakan dengan agak meluas didalam bahasa arab dan dan mereka tidak mempunyai corak atau pattern tertentu untuk kita mencari perkataan jama’  daripada perkataan tunggal.
Kadang-kadang jama’ taksir terbentuk dengan perubahan huruf vowel ( ضمَّة  u ,فَتْحة  aكسرة i). Contoh:
Tunggal
Jama’
أَسَدٌأُسُدٌ
سَقْفٌسُقُفٌ
Kadang-kadang terbentuk melalui pembuangan huruf :
TunggalJama’
رَسولٌرُسُلٌ
Kadang-kadang melalui penambahan huruf:
TunggalJama’
قَلَمٌأقْلَامٌ
مَسْجِدٌمَسَاجِدُ
Kita perlu mempelajari nya apabila kita menjumpai isim yang mufrad. Dapatkan nya dari kamus.
Bagaimanakah i’rab apabila perkataan jama’ tersebut berada didalam keadaan marfu’, mansub atau majrur? Keadaan marfu’, mansub dan majrur ialah perubahan fungsi perkataan berkenaan apabila berada didalam situasi nahu yang berbeza.

I’rab jama’ taksir



Diptote ialah istilah dalam bahasa inggeris untuk menyatakan sesetengah isim berubah (declined) secara terhad. Isim tersebut dikelaskan sebagai fully declinedjika ianya bertukar baris dhammah jika marfu’, fathah jika mansub dan kasrah jika majrur. Setengah isim bertukar kepada fathah apabila menjadi mansub dan juga fathah apabila majrur. Kategori isim ini dikenali sebagai مَمْنُوع مِنَ الصَّرف (diptote) . Kategori ini menggunakan wazan مَفَاعِلُ.
Marfu’Mansub dan MajrurContoh
Jama’ taksirدَفَاتِرُ دَفَاتِرَعِنْدِي سَبْعَةُ  دَفَاتِرَ
دَفَاتِرَ : Majrur walaupun baris fathah kerana ia adalah mudhaf ilaihi.
i) Penggunaan ismu isyarah dalam jama’ taksir عَاقِلٌ dan غَيْرُ عَاقِلٍ .
Isim boleh juga di kelaskan sebagai berakal (عَاقِلٌ)atau bukan berakal (غَيْرُ عَاقِلٍ). Isim kategori berakal ialah manusia, malaikat, jin dan sebagainya. Isim kategori bukan berakal ialah terdiri dari benda-benda, binatang dan konsep. Pada keadaan tunggal, tiada perbezaan samaada berakal atau bukan dari segi penggunaan ismu isyarah. Perbezaan penggunaan ismu isyarah dalam perkataan jama’ adalah seperti jadual dibawah:

(i) Isim berakal  (عَاقِلٌ)

Ismu isyarah (dekat)
TunggalJama’
Muzakarهَذا تَاجِرٌهَئُلَاءِ تُحَّارٌ
Muannasهَذِهِ طَالِبَةٌ هَئُلَاءِ طالباتٌ

Ismu isyarah (jauh)
TunggalJama’
Muzakarذلك طالبأُولإِك طُلّابٌ
Muannasتلك طالِبَةٌأُولإِك طالبات

(ii) Isim bukan berakal  (غَيْرُ عَاقِلٍ)

Ismu isyarah(dekat)
TunggalJama’
Muzakarهذا بَيْتٌهذه بُيُوتٌ
Muannasهذه سيَّارةٌهذه سَيَّاراتٌ
Ismu isyarah(jauh)
TunggalJama’
Muzakarذلك بَيْتٌ   تلك بُيُوتٌ  
Muannasذلك سيَّارةٌ  تلك سَيَّاراتٌ  

Perhatikan isim jama’  bukan berakal samada ismu isyarah jauh atau dekat akan menggunakan ismu isyarah tunggal dan muannas walaupun jama’ nya muzakar.
Mubtada’ dan khabar
Kalau dalam keadaan bilangan tunggal mubtada’ dan khabar mesti sama dari segi jantina nya. Kalau mubtada’ muannas maka khabar juga muannas. Isim jama’ taksir bukan berakal, khabarnya adalah tunggal dan muannas apabila mubtada’ nya jama’ bukan berakal.
القُمْصَانُ جَدِيدةٌالقُمْصَانُ : Mubtada’, Jama’ taksir, isim bukan berakal, muzakar.

جَدِيدةٌ : Khabar, bilangan tunggal, muannas.
التُّلَابُ جُدُدٌ
التُّلَابُ : Mubtada’, Jama’ taksir, isim berakal,muzakar.
جُدُدٌ : Khabar, bilangan jama’,muzakar.

ii) Wazan jama’ taksir
Lebih daripada 20 corak atau wazan bagi isim plural ini. Dibawah disenaraikan beberapa wazan yang sering ditemui. Wazan yang ditanda merah adalah penting untuk diingati:
Wazan/corakJama’Tunggal
فُعُولٌ    نُجُومٌنَجْمٌ
فُعُلٌكُتُبٌكِتَابٌ
فِعَالٌجِبَالٌجَبَلٌ
فُعَّالٌ تُجَّارٌتَاجِرٌ
أَفْعَالٌ
أقْلَامٌقَلَمٌ
فُعَلَاءُزُمَلَاءُزَمِيْلٌ
مَمْنُوع مِنَ الصَّرف
أَفْعِلَاءُأَصْدِقَاءُصَدِيْقٌ
مَمْنُوع مِنَ الصَّرف
فِعْلَةٌإِخْوةٌأَخٌ

مَفَاعِيلُ 
مَفَاتِيحُمِفْتَاحٌ
مَمْنُوع مِنَ الصَّرف

مَفَاعِلُ


دَفَاتِرُدَفْتَرٌ
مَمْنُوع مِنَ الصَّرف 
Wallahu’alam



The secrets of tricking so-called clever people


Here's the truth: it's easy to con clever people. The thing is, clever people are arrogant about their brains. They think they know better. They think they are smarter than you. So they either don't expect to be conned, don't believe they are trickable, or think that they are so observant that they could spot your con-tricks a mile away. More fool them!



How to con clever people
Clever people make it easy to con them. They can have top class college degrees coming out their ass, but clever people are sitting ducks when it comes to the con. Clever people may be cleverer than you, but they may not be smarter. So what if they know all about Quantum Physics, can recite the works of Shakespeare, or know how to do the cryptic crossword? Henry Ford, the founder of the Ford Motorcar company, had a panel of buttons on his desk. When he wanted answers or to figure out how to do something complicated, he could press one of those buttons and summon a clever person who could provide or figure out the answer for him. These clever people were Henry Ford's employees! Henry Ford may have been little more than a farmer's son turned mechanic but he was smart. He used his wits and natural intelligence. He built a huge successful company, made hundreds of millions, and he took advantage of lots of clever people to get where HE wanted to go.

The weaknesses of clever people
If you want to know how to con clever people, look for their weaknesses. We've already started discussing them, but here's a partial list:
  • Clever people think they are cleverer than they actually are. You can exploit their arrogance through flattery and disception.
  • Clever people are often overly specialized and focussed. They are clever in specific areas but not others. The engineer who can figure out the bearing loads of bridges may have no clue about art or music or dealing with young women. Exploit ignorance.
  • Clever people are judgemental. Let them under-estimate your ability and wits. Play down your intelligence. Let them think you the fool, until you deliver the killer blow to their ego and con them.
  • Clever people are easily deceived and misdirected. Having learnt how to focus intently they have good concentration and will remain focused where you skillfully direct them, meanwhile, out of sight... the con occurs!
  • Clever people have good imaginations. If you use conversational hypnosis, persuasion arts, or vivid engaging sales patters, you can get them swept up in your vision. For whatever devious purposes you devise. It could be a direct sale of an idea, concept or scheme... or it could just be to distract them while your real strategy is being acted out, unseen by them.
How to con clever peopleThe difference between clever people and geniuses
The world is full of clever people. Most of them are little more than clever worker drones. They are happy to feel smarter than average. They like their college education advantages that keeps them in relative middle-class comfort. Geniuses are so much smarter than clever people. They don't fit in. They don't follow the herd. They shepherd the herd and drive it where they want it to go, for their own ends or for altruistic purposes (depending on the genius). If you want to know how to con clever people, the real answer is to become cleverer than they are, to become a genius.

Genius doesn't depend on college education, degrees or fancy titles. It requires a unique way of thinking, an aliveness and sharpness of brain that is frequently suppressed by normal education systems. Many uneducated 'street smart' people have more potential to be geniuses than most clever people. The clever people are too arrogant to think they need to become any smarter or any sharper. Potential geniuses see the need to up their game, get super smart, razor sharp, quick-witted. The kind of mind that knows how to con clever people, the kind of mind that gobbles up clever people and spits out their bones!

Wednesday, 8 August 2012

Al-kisah jenaka Tofilah??


Jenaka Tofili ini adalah rekaan orang Jordan semata-mata. Ia bukan keadaan sebenar penduduk Tofilah. Dan ia tidak berkenaan dengan yang hidup atau yang da mati.

Sedikit info mengenai Tofilah :

Tofilah ialah nama sebuah daerah (ulu) yang agak terpencik di Jordan.Penduduknya dipanggil Tofili. Dimomok-momokkan bahawa penduduknya sangatlah tidak cerdik.Bermacam-macam cerita dikaitkan kepada mereka.
    Tofilah


Berikut ini ialah salah satu cerita yang ada :

Tersebutlah kisah ada sekumpulan syabab Amman(pemuda dari ibu kota negeri Jordan, Amman)telah berpakat mahu mencabar @ mengalahkan kebodohan Tofili.

Mereka pon berangkat ke Tofili dengan sebuah van. Apabila mereka sampai di padang pasir Tofilah. 

Mereka pon berhenti dan mengeluarkan perkakas memancing.

Lalu mereka pon mencampakkan batu kail ke tengah padang pasir (seolah-olah memancing di laut).
Dan sambil berbisik-bisik satu sama lain, “pada hari ini kita pasti akan kalahkan kebodohan Tofili.”

Sedang mereka asyik ‘memancing’,tiba-tiba ada seorang Tofili yang menunggang keldai lalu di kawasan  itu. Lalu bertanyalah Tofili tadi kepada pemuda-pemuda Amman yang sedang khusyuk memancing :






“banyak dah dapat ikan?”

Sambil bertanya pemuda Tofili tadi cepat-cepat membuka bajunya dan kemudian terus sahaja terjun dari keldainya.Lantas dia terus saja berenang di atas pasir ! Dia berenang dan terus berenang sambil sekali sekala menoleh kearah ‘pemancing-pemancing’ dari Amman itu.

Melihat perkara itu,pemuda Amman tersebut pulang dengan kecewa lagi berputus asa.Mereka mengaku kalah.

" Tuan akan kehilangan separuh dari hidup tuan ! "


“Kisah Professor Dengan Si Pengayuh Sampan.”
Satu hari seorang professor ingin menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang dikayuh oleh seorang pengayuh sampan. Di tengah-tengah sungai, professor bertanya: “Kau pandai menulis dan membaca?”
“Tidak. Saya  buta huruf.” Jawab si pengayuh sampan.
“Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup.”
Tidak lama selepas itu, professor bertanya lagi: “Kamu ada membuat simpanan wang di bank?”
“Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan saja. Macammana nak simpan duit.”
“Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti.”
Sampan terus bergerak. Sampai di tengah sungai. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir mahu tenggelam.
Si pengayuh sampan bertanya kepada professor: “Tuan, apakah tuan pandai berenang?”
“Err…errr, saya tidak tahu laaa.” Jawab professor dalam keadaan panik.
“Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!”



Tuhan tidak mencipta manusia itu bodoh. Sebaliknya, Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza. Setiap kita mesti mengenal di mana kebijaksaan itu dan meningkatkannya ke tahap maksimum. Jangan rasa hina diri sebaliknya binalah keyakinan diri. Allah ciptakan setiap manusia untuk berjaya.

pandai tapi tidak bijak?

SIAPA LEBIH BIJAK?







Seorang leleki telah menjadi seorang jurutera dan mempunyai 2 orang anak. Telah berjumpa dengan bekas gurunya yang telah mengajar semasa dia sekolah rendah dan telah menjadi seorang wakil rakyat.

Kebetulan parti yang dimasuki oleh jurutera itu adalah berlainan dengan parti bekas gurunya maka dengan lantang dia sering membangkang apa yang dikatakan oleh bekas gurunya semunanya tak betul belaka.

Seorang alim telah menegur lelaki itu.

"Mungkin dari segi ilmu kejuruteraan, sains dan teknologi..... kamu lebih baik daripada bekas guru kamu tapi dari segi bijaksana.... dia lebih bijaksana daripada kamu. Ilmu yang paling berharga ialah kebijaksanaan dalam segala hal hingga tidak menyalahkan orang lain dan merasa diri lebih pandai "


Tuesday, 7 August 2012

Setengah Juta di bawa pergi ??


Si Jutawan & Si Penulis

Pada suatu hari, hidup dua rakan berjiran. Satu ialah seorang jutawan dan satu lagi ialah seorang penulis. Si jutawan berkerja keras untuk mengumpul duit sehingga dia berjaya mendapat gelaran jutawan. Si penulis mempunyai duit tidaklah banyak sangat. Dia juga berkerja keras, tetapi untuk mendapat gelaran penulis.

Suatu hari kedua -dua mereka rumahnya dirompak. Separuh dari harta Si jutawan dirampas perompak. Si penulis pula, hampir semua hartanya diambil. Hanya cukup untuk hidup sahaja.

Beberapa hari selepas kejadia tersebut mereka berjumpa. Si penulis melihat Si jutawan lebih sedih dari dirinya.
Si Penulis:

Wahai kawan, kenapa kamu teramat bersedih dari aku?

Si Jutawan:
Kenapa tak sedih, separuh harta aku diambil.

Si Penulis:
"Kenapa perlu sedih, separuh sejuta pun masih banyak lagi. Aku pula, hampir semua harta aku diambil."

Si Jutawan:
Aku bekerja keras untuk harta itu. Sekelip mata hilang begitu sahaja. Ada suatu benda yang teramat berharga diambil dari aku, yang tidak diambil dari kau.

Si Penulis:
Apakah itu?

Si Jutawan:
Gelaran. Engkau masih lagi ada gelaran penulis. Aku... aku hanya bergelar bekas jutawan.

Si Penulis memahami kenapa dia tidak sesedih Si (bekas) Jutawan. Hanya dirinya sendiri berhak menentukan samada dia penulis. Pangkat, jawatan dan darjat boleh ditarik balik bila-bila masa. Harta boleh hilang dalam sekelip mata. Cerita seorang penulis dapat kekal lamanya. Wang dan harta tidak boleh dibawa ke kubur, tetapi perbuatan, jasa, dan amalan kita akan sentiasa disisi kita di mana jua.



Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderong kepada dunia dan menurut hawa nafsunya maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.

(Surah Al-A'raaf : 176)

Sunday, 5 August 2012

hadiah lidah dan hati untuk ibu.

Hujan turun mencurah-curah,pagi ini dan sedikit sejuk, agak kerap hujan untuk seminggu ramadhan ini,Pergerakan hari di bulan ramadhan juga mencecah kepada angka yang lebih besar,banyak hadiah-hadiah yang telah diberikan oleh Allah kepada hambanya sepanjang berlalunya hari-hari dibulan ramadhan.adakah mereka meneliti setiap pergerakan dan faham akan hadiah-hadiah yang diberikan.semoga hadiah di bulan ramadhan ini dimanfaatkan dengan sebaiknya..adakah lidah dan hati itu hadiah yang terbaik?

Hadiah Terbaik dan Terburuk

Seorang ibu yang dermawan telah menghadiahkan seekor kambing kepada Luqman al-Hakim. 

Ibu itu berpesan, “Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan.” 

Setelah disembelih, Luqman mengirim hati  dan  lidah kambing kepada ibu itu. 

Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing. Kali ini dia berpesan agar dikirimkan bahagian yang terbaik daripada kambing itu. 

Firman Allah yang bermaksud ; “ tiada suatu ucapan yang diucapkannya melainkan ada didekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir” (Qaaf, ayat 18)


Setelah kambing disembelih, Luqman mengirim hati dan lidah juga kepada ibu yang dermawan itu. 

“Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati   ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan dikirimkan bahagian yang sama ketika saya memesankan bahagian yang terbaik?” tanya ibu tersebut kepada Luqman. 

Luqman menjawab, “Hati dan lidah amatlah baik ketika ia baik dan menjadi buruk apabila keduanya buruk.” 

Mendengar jawapan tersebut, mengertilah ibu itu akan maksud Luqman. Hati  dan lidah itu adalah tunjang segala kebaikan dan juga ibu kejahatan serta keburukan.


Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam Bersabda :

Amal yang paling utama itu adalah kegembiraan yang anda tanamkan kedalam hati seorang Muslim (HR.Ibnu Adi)