Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau, dan perhiasan dan bermegah-megah antara kamu, dan berbangga-bangga tentang harta dan anak-anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan petani, kemudian ia menjadi kering, maka kamu melihatnya kuning, kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras dan keampunan daripada Allah dan keredaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. [Surah Al-Hadid 57 : 20]
Friday, 14 December 2012
perangkap tikus??
Seekor tikus mengintip disebalik celah di tembok untuk mengamati sang petani dan isterinya membuka sebuah bungkusan. Ada makanan fikirnya?
Dia terkejut sekali, ternyata bungkusan itu berisi perangkap tikus.Lari kembali ke ladang pertanian itu, tikus itu menjerit memberi peringatan,
"Awas, ada perangkap tikus di dalam rumah, awaslah, ada perangkap tikus di dalam rumah!"
Sang ayam dengan tenang berkokok dan sambil tetap menggaruk
tanah, mengangkat kepalanya dan berkata, "Ya maafkan aku, Pak Tikus, aku
tahu ini memang masalah besar bagi kamu, tapi buat aku secara peribadi tak
ada masalahnya. Jadi jangan buat aku peninglah."
Tikus berbalik dan pergi menuju sang kambing, katanya, "Ada
perangkap tikus didalam rumah, sebuah perangkap tikus dirumah!" "Wah, aku menyesal dengar khabar ini,"
si kambing menghibur dengan penuh simpati, "tetapi tak ada sesuatupun yang boleh
kulakukan kecuali berdoa. Yakinlah, kamu sentiasa ada dalam doa doaku!"
Tikus kemudian berbelok menuju si lembu. " Oh? sebuah perangkap
tikus, jadi saya dalam bahaya besar ya?" kata lembu itu sambil ketawa.
Jadi tikus itu kembalilah kerumah,kepala tertunduk dan merasa
begitu patah hati, kesal dan sedih, terpaksa menghadapi perangkap tikus itu sendirian.
Malam itu juga terdengar suara bergema diseluruh rumah, seperti bunyi
perangkap tikus yang berjaya menangkap mangsanya. Isteri petani berlari
pergi melihat apa yang terperangkap. Didalam kegelapan itu dia tak bisa
melihat bahawa yang terjebak itu adalah seekor ular berbisa. Ular itu sempat
mematuk tangan isteri petani itu. Petani itu bergegas membawanya ke hospital. Dia kembali ke rumah dengan demam. Sudah menjadi
kebiasaan setiap orang akan memberikan pesakit demam panas minum sup ayam segar, jadi petani
itu pun mengambil goloknya dan pergilah dia ke belakang mencari bahan bahan untuk supnya itu.
Penyakit isterinya berlanjutan sehingga teman teman dan jiran tetangganya datang menjenguk, dari
jam ke jam selalu ada saja para tamu. Petani itupun menyembelih kambingnya untuk memberi makan
para pengunjung itu.
Isteri petani itu tak kunjung sembuh. Dia mati, jadi makin banyak lagi orang orang yang datang untuk pengkebumiannya sehingga petani itu
terpaksalah menyembelih lembunya agar dapat menjamu makan orang orang itu.
Moral kisah ini:
Apabila kamu dengar ada seseorang yang menghadapi masalah dan kamu fikir itu tiada kaitan dengan anda, ingatlah bahawa apabila ada 'perangkap tikus' didalam rumah, seluruh 'ladang pertanian' ikut menanggung risikonya .
Sikap mementingkan diri sendiri lebih banyak keburukan dari baiknya
lihatlah paku itu.
Beberapa ketika yang silam, ada seorang ikhwah yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Mat. Mat membesar menjadi seorang yang lalai menunaikan suruhan agama. Meskipun telah berbuih ajakan dan nasihat,suruhan dan perintah dari ayahnya agar Mat bersembahyang, puasa dan lain-lain amal kebajikan, dia tetap meninggalkannya.Sebaliknya amal kejahatan pula yang menjadi kebiasaannya.
Kaki judi, kaki botol, dan seribu satu macam jenis kaki lagi menjadi kemegahannya. Suatu hari ikhwah tadi memanggil anaknya dan berkata, "Mat, kau ni terlalu sangat lalai dan berbuat kemungkaran. Mulai hari ini aku akan pacakkan satu paku tiang di tengah halaman rumah kita. Setiap kali kau berbuat satu kejahatan,maka aku akan benamkan satu paku ke tiang ini. Dan setiap kali kau berbuat satu kebajikan, sebatang paku akan kucabut keluar dari tiang ini."
Bapanya berbuat sepertimana yang dia janjikan, dan setiap hari dia akan memukul beberapa batang paku ke tiang tersebut. Kadang-kadang sampai berpuluh paku dalam satu hari. Jarang-jarang benar dia mencabut keluar paku dari tiang.
Hari bersilih ganti, beberapa purnama berlalu, dari musim ribut tengkujuh berganti kemarau panjang. Tahun demi tahun beredar.Tiang yang berdiri megah di halaman kini telah hampir dipenuhi dengan tusukan paku-paku dari bawah sampai ke atas. Hampir setiap permukaan tiang itu dipenuhi dengan paku-paku. Ada yang berkarat lepat dek kerana hujan dan panas. Setelah melihat keadaan tiang yang bersusukan dengan paku-paku yang menjijikkan pandangan mata, timbullah rasa malu. Maka dia pun berazamlah untuk memperbaiki dirinya. Mulai detik itu, Mat mula sembahyang. Hari itu saja lima butir paku dicabut ayahnya dari tiang. Besoknyas sembahyang lagi ditambah dengan sunat-sunatnya.Lebih banyak lagi paku tercabut. Hari berikutnya Mat tinggalkan sisa-sisa maksiat yang melekat. Maka semakin banyaklah tercabut paku-paku tadi. Hari demi hari, semakin banyak kebaikan yang Mat lakukan dan semakin banyak maksiat yang ditinggal, hingga akhirnya hanya tinggal sebatang paku yang tinggal melekat di tiang.
Maka ayahnyapun memanggil anaknya dan berkata: "Lihatlah anakku, ini paku terakhir, dan akan aku cabutkannya keluar sekarang. Tidakkah kamu gembira?" Mat merenung pada tiang tersebut, tapi disebalik melahirkan rasa gembira sebagai yang disangkakan oleh ayahnya, dia mula menangis teresak-esak. "Kenapa anakku?" tanya ayahnya, "aku menyangkakan tentunya kau gembira kerana semua paku-paku tadi telah tiada."Dalam nada yang sayu Mat mengeluh, "Wahai ayahku, sungguh benar katamu, paku-paku itu telah tiada,tapi aku bersedih parut - parut lubang dari paku itu tetap kekal ditiang, bersama dengan karatnya."
Dengan dosa-dosa dan kemungkaran yang seringkali diulangi hinggakan menjadi suatu kebiasaan ,kita mungkin boleh mengatasinya, atau secara beransur-ansur menghapuskannya,tapi ingatlah bahawa parut-parutnya akan kekal. Dari itu, bilamana kita menyedaridiri ini melakukan suatu kemungkaran,ataupun sedang diambang pintu habit yang buruk, maka berhentilah serta-merta. Kerana setiap kali kita bergelimang dalam kemungkaran, maka kita telah membenamkan sebilah paku lagi yang akan meninggalkan parut pada jiwa kita, meskipun paku itu kita cabut kemudiannya. Apatah lagi kalau kita biarkan ianya berkarat dalam diri ini sebelum dicabut. Lebih-lebih lagilah kalau dibiarkan berkarat dan tak dicabut.
harimau untuk si suami.
Telah diriwayatkan pada zaman dahulu tinggal dua orang adik beradik soleh yang tinggal berjauhan antara mereka. Oleh kerana mereka tinggal berjauhan, maka jarang mereka bertemu. Kadang-kadang mereka dapat berjumpa setahun sekali sahaja.
Pada suatu hari si adik ke rumah abangnya kerana ingin menziarahi abangnya. Kebetulan semasa itu didapatinya si abang tiada di rumah. Dia lantas bertanya kepada kakak iparnya ke mana gerangan si abang. Bukan main terperanjat si adik apabila kakak iparnya dengan marah-marah menjawab, “Dia pergi mencari kayu, semoga dia tidak lagi dikembalikan oleh Allah,” sambil itu mulutnya terus memaki-maki suaminya dengan kuatnya. Oleh kerana dia ingin sangat bertemu abangnya, dia bercadang untuk menunggu sehingga abangnya pulang.
Tidak berapa lama kemudian, pulanglah abangnya dari mencari kayu bersama seekor harimau yang membawakan kayu di atas belakangnya. Setelah abangnya menurunkan kayu dari atas belakang harimau, ia berkata kepada harimau tersebut, “Pergilah semoga Allah memberkati kamu.”
Setelah itu barulah dia mempersilakan adiknya masuk ke rumah. Sementara itu, isterinya masih tetap memaki-maki sambil marah-marah, namun dia tetap membisu. Tidak dijawab, walau sepatah perkataan pun. Dengan susah-payah dia melayan adiknya yang datang dari jauh itu, menghidangkan makanan dan makan bersama-sama adiknya. Setelah bertanya khabar dan berbual-bual, si adik pun ingin meminta izin untuk pulang. Dalam pada itu, adiknya tidak henti-henti memikirkan kesabaran abangnya menghadapi isterinya yang banyak kerenah itu.
Pada tahun yang berikutnya, sekali lagi si adik pergi ke rumah abangnya untuk menziarahi keluarga abangnya. Waktu itu juga abangnya tiada di rumah. Tetapi pada kali ini, kakak iparnya tidak lagi marah-marah dan memaki-hamun suaminya, sebaliknya dia disambut dan dipersilakan menunggu kepulangan suaminya. Sebentar kemudian, pulanglah abangnya sambil memikul kayu di atas bahunya sendiri. Kemudian ia pun mempersilakan adiknya masuk dan makan bersama-samanya. Tetapi kali ini abangnya tidak perlu bersusah-payah melayan adiknya sebaliknya makanan telah pun disediakan oleh isteri yang baik hati itu.
Melihatkan keadaan yang berbeza dari tahun sebelumnya, si adik pun lantas bertanya: “Wahai saudaraku, dahulu ada seekor harimau yang memikulkan kayu untukmu tetapi sekarang kayu, itu engkau pikul sendiri. Dan sewaktu aku sampai ke mari dahulu isterimu sudah berubah sekali. Apakah rahsia di sebalik kejadian ini semua?”
Tersenyum si abang mendengar pertanyaan adiknya itu. Lantas dia pun menjawab: “Wahai adikku, isteriku yang cerewet itu telah meninggal dunia, dan kerana aku bersabar atas kerenahnya itu maka Allah mendatangkan harimau untuk membantuku. Kemudian ketika aku telah diganti oleh Tuhan dengan isteri yang baik budi ini, sudah tidak ada lagi harimau itu dan aku terpaksa memikul kayu ini sendiri.”
Begitulah kisah dua orang adik beradik yang soleh, abangnya diuji dengan ragam isteri tetapi dengan berkat kesabarannya, binatang pun boleh tunduk padanya. Begitulah rahmat Allah yang Maha Pengasih ke atas hamba-Nya. Tetapi selepas kematian isterinya dan diganti dengan isteri yang taat, maka nikmat itu Allah tari semula. Nyatalah Maha Adilnya Allah, kepada setiap yang ditentukan-Nya. Sebenarnya setiap kejadian yang berlaku ke atas kita pasti ada hikmah yang besar di sebaliknya, cuma kita yang tidak sedar dan selalu lalai dengan nikmat yang dikurniakan Allah.
Setiap hari kita seringkali diuji dengan kesabaran. Adakah kita boleh bersabar bila berdepan dengan ragam anak-anak tatkala badan kita terlalu letih, bolehkah kita bersabar bila dimarahi, atau tahankah hati kita bila pulangnya suami ke rumah dalam keadaan yang marah-marah tanpa kita ketahui punca yang sebenarnya. Dan kita akan menghadapi seribu satu macam masalah yang menggugat kesabaran kita dalam mengendalikan urusan seharian. Memanglah untuk menyebut perkataan sabar itu adalah mudah, tetapi untuk mempraktikkannya amatlah payah. Tetapi bagi orang yang ingin mencapai darjat yang tinggi di sisi Allah, walau terpaksa menderita, mereka sanggup melakukannya. Sebab, mereka tahu bala bencana yang menimpa mereka boleh menghapuskan dosa-dosa yang lalu di samping mereka yang mendapat pahala yang tinggi di sisi Allah. Rasulullah SAW juga pernah bersabda: “Barangsiapa yang dapat bersabar terhadap bala bencana yang menimpa, maka dicatat baginya tiga ratus darjat. Yang manajarak jauh antara dua darjat seperti jauh antara langit dan bumi.”
Setiap hari kita seringkali diuji dengan kesabaran. Adakah kita boleh bersabar bila berdepan dengan ragam anak-anak tatkala badan kita terlalu letih, bolehkah kita bersabar bila dimarahi, atau tahankah hati kita bila pulangnya suami ke rumah dalam keadaan yang marah-marah tanpa kita ketahui punca yang sebenarnya. Dan kita akan menghadapi seribu satu macam masalah yang menggugat kesabaran kita dalam mengendalikan urusan seharian. Memanglah untuk menyebut perkataan sabar itu adalah mudah, tetapi untuk mempraktikkannya amatlah payah. Tetapi bagi orang yang ingin mencapai darjat yang tinggi di sisi Allah, walau terpaksa menderita, mereka sanggup melakukannya. Sebab, mereka tahu bala bencana yang menimpa mereka boleh menghapuskan dosa-dosa yang lalu di samping mereka yang mendapat pahala yang tinggi di sisi Allah. Rasulullah SAW juga pernah bersabda: “Barangsiapa yang dapat bersabar terhadap bala bencana yang menimpa, maka dicatat baginya tiga ratus darjat. Yang manajarak jauh antara dua darjat seperti jauh antara langit dan bumi.”
Sunday, 9 December 2012
belajar ilmu nahwu (الأفعال)
Belajar Ilmu Nahwu 2 : fi’lun (kata kerja)
Fi’il (kata kerja) jika dilihat dari segi waktu dilakukannya pekerjaan tersebut (zaman) dibagi menjadi :
A. Madhi
المَاضِي
fi’il yang terjadi pada masa yang lampau.
Contoh :
جَاءَ الرَّجُلُ
Lelaki itu telah datang
نَامَتِ الْبِنْتُ
Anak perempuan itu telah tidur
جَرَى الْقِطُّ
Kucing itu telah berlari
B. Mudhori’
المُضَارِعُ
fi’il yang terjadi pada masa sekarang atau yang akan datang. Dan kata kerja tersebut haruslah didahului oleh salah satu Huruf Mudhori’ yaitu :
{ ء ن ي ت }
Contoh :
أَفْتَحُ الْبَابَ
Saya sedang membuka pintu
نَذْهَبُ إِلَى الْمَدْرَسَةِ
Kami sedang pergi ke sekolah
يَحْمِلُ مُحَمَّدٌ كِتَابَهُ
Muhammad sedang membawa bukunya
تَبْكِى الْمَرْأَةُ
Perempuan itu sedang menangis
C. Amr
الأَمْرُ
fi’il yang meminta untuk mengerjakan sesuatu di masa yang akan datang.
Contoh :
اَقْفِلِ الْبَابَ !
Tutuplah pintu itu !
اِرْجِعْ إِلَى بَيْتِكَ !
Kembalilah ke rumahmu !
خُذِ الْقَلاَمَ !
Ambilah pena itu !
هذا العلم ماخوذ من
كتاب النّحو الواضح
Betapa ramai Allah keluarkan Manusia dari Neraka.
Potongan hadis riwayat Al Hafiz Abu Ya'la Al Mushili yang dinukil oleh Ibn Katsir di dalam kitabnya Bidayah Wan Nihayah, dari Abu Hurairah RA :
Rasulullah SAW bersabda :
" Apabila semua penghuni nereka telah masuk, maka masuklah ke sana makhluk-makhluk Tuhanmu yang lain, yang celaka disebabkan perbuatan mereka.
Di antara mereka ada yang terbakar, api hanya sampai ke tapak kakinya sahaja, tidak lebih. Ada yang sampai ke perutnya. Ada pula yang sampai ke sekujur tubuhnya, kecuali wajahnya, kerana Allah SWT telah mengharamkan api membakar rupa orang itu. "Rasulullah bersabda : " Aku berkata Ya Tuhanku, terimalah syafaatku terhadap umatku yang masuk neraka. " Allah pun berfirman : " Keluarkan orang-orang yang kamu kenal. " Lalu keluarlah mereka sehingga tidak ada seorang pun yang tertinggal.
Kemudian Allah mengizinkan lagi kepadaku untuk mengajukan syafaat, sehingga tidak ada seorang Nabi atau seorang syahid pun melainkan dapat pula memberi syafaat ( untuk orang lain ). Allah SWT berfirman : " Keluarkan olehmu sesiapa sahaja yang kamu dapati iman dalam hatinya, walau hanya seberat satu dinar sekali pun." Maka mereka pun keluar, sampai tidak ada yang tertinggal.
Kemudian Allah SWT menerima pula syafaat dari yang lain seraya firmanNya :
" Keluarkan olehmu orang yang kamu dapati iman dalam hatinya seberat dua pertiga dinar." Kemudian berfirman : " Dan sepertiga dinar."
Kemudian berfirman " Satu qirat." Kemudia berfirman : " Sebutir biji sawi . " Setiap daripada mereka pun keluar, sehingga tidak ada yang tertinggal.
Akhirnya tidak tertinggal lagi dalam neraka orang yang pernah melakukan kebaikan apa pun kerana Allah SWT, dan tidak ada seorang pun yang patut memberi syafaat melainkan diterima syafaatnya. Bahkan sampai Iblis sempat menjulur-julurkan dirinya, ketika melihat betapa besar rahmat Allah SWT, dengan harapan akan dapat pula memperoleh syafaat.
Kemudian Allah SWT berfirman: " Kini tinggal Aku, sedang Aku adalah yang maha pengasih di antara mereka yang pengasih." Dimasukkan-Nya tangan-Nya ke dalam Jahannam lalu dikeluarkan dari neraka itu sekian ramai orang, yang tidak diketahui entah berapa jumlahnya selain Allah SWT sendiri. Mereka bagai biji-bijian.
Allah SWT kemudian menaburkan mereka ke sungai yang disebut " Nahr Al-Hayawan " ( sungai kehidupan ). Di sana mereka tumbuh bagaikan biji-biji yang tumbuh di antara sampah-sampah yang dibawa arus sungai. Yang terkena sinar matahari yang berwarna hijau. dan yang tertutup bayangan berwarna kuning.
Mereka terus tumbuh, sehingga menjadi seperti mutiara. Pada leher mereka tertulis : " Bekas Penghuni Jahannam Yang Dibebaskan oleh Allah Yang Maha Rahman."
Mereka dikenali oleh penghuni syurga yang lain dengan adanya tulisan itu.Mereka dahulunya sama sekali tidak pernah beramal kebaikan kerana Allah SWT namun demikian mereka tinggal dalam syurga.
[ Potongan hadis yang panjang di dalam Bidayah Wan Nihayah oleh Ibn Katsir yang diambil di dalam Kitab Huru Hara Hari Kiamat ( sub bab dalam Bidayah ) , m/s 201-201, cetakan Al Hidayah ]
tuliskan senarai kekasih hati anda..
Di saat menunggu saat berhenti kelas, Guru mengatakan pada pelajarnya: "Mari kita buat satu permainan,sila bantu saya sebentar." Kemudian salah satu pelajar berjalan menuju papan tulis.
Guru : "Sila tulis 20 nama yang paling dekat dengan anda, pada papan tulis." Dalam sekejap sudah di tuliskan semuanya oleh pelajar tersebut. Ada nama jirannya, teman pejabatnya, orang yang paling anda kasihi dan lain-lain.
Guru : "Sekarang sila tulis satu nama diantaranya yang menurut anda paling tidak penting! "pelajar itu lalu mencoret satu nama, nama jirannya.
Guru : "Sila tulis satu lagi!" Kemudian pelajar itu mencoret satu nama teman pejabatnya lagi.
Guru : "Sila coret satu lagi!" Siswi itu mencoret lagi satu nama dari papan tulis dan seterusnya. Sampai pada akhirnya di atas papan tulis hanya ada tiga nama, iaitu nama orang tuanya, suaminya dan nama anaknya.
Dalam kelas tiba-tiba terasa begitu sunyi tanpa suara, semua pelajar tertumpu memandang ke arah guru, dalam fikiran mereka (para pelajar) menganggap sudah tidak ada lagi yang harus dipilih oleh pelajar itu. Tiba-tiba guru memecahkan keheningan dengan berkata, "Sila coret satu lagi!" Dengan pelahan-lahan pelajar itu melakukan suatu pilihan yang amat sangat sulit. Dia kemudian mengambil kapur tulis, mencoret nama orang tuanya.
Guru : "Sila coret satu lagi!" Hatinya menjadi bingung. Kemudian ia mengangkat kapur tulis tinggi-tinggi. lambat laun menetapkan dan mencoret nama anaknya. Dalam sekejap waktu, terdengar suara isak tangis, sepertinya sangat sedih.
Setelah suasana tenang, Guru lalu bertanya "Orang yang paling kamu kasihi bukannya Orang tuamu dan Anakmu? Orang tua yang membesarkan anda, anak adalah anda yang melahirkan, sedang suami itu boleh dicari lagi. Tapi mengapa anda berbalik lebih memilih suami sebagai orang yang paling sukar untuk dipisahkan? "
Semua rakan sekelas mengarah padanya, menunggu apa yang akan di jawabnya. Setelah agak tenang, kemudian pelahan-lahan ia berkata "Sesuai waktu yang berlalu, orang tua akan pergi dan meninggalkan saya, sedangkan anak jika sudah besar selepas itu berkahwin boleh meninggalkan saya juga, Yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah suami saya ".
Sebenarnya, kehidupan bagaikan bawang, jika dikupas se ulas demi se ulas, ada kalanya kita mungkin akan menangis. Berapa umur anda ketika ini? 20 tahun, 30tahun, 40tahun atau bahkan 5 tahun. Berapa lama anda telah melalui kehidupan anda? Berapa lama lagi sisa masa anda untuk menjalani kehidupan? Tidak ada seorang pun yang tahu bila kita mengakhiri hidup ini.
Sebagai manusia jelas kita memiliki perbezaan dalam menjalankan kehidupan. Kehidupan bukanlah sekadar rutin. Kehidupan adalah kesempatan untuk kita mencurahkan potensi diri kita untuk orang lain. Kehidupan adalah kesempatan untuk kita berkongsi suka dan duka dengan orang yang kita sayangi. Kehidupan adalah peluang untuk kita dapat mengenal orang lain. Kehidupan adalah kesempatan untuk kita membantu kepada sesama. Kehidupan adalah kesempatan untuk kita mencintai pasangan kita, orang tua kita, saudara, serta mengasihi sesama kita. Kehidupan adalah kesempatan untuk kita belajar dan terus belajar tentang erti kehidupan. Kehidupan adalah kesempatan untuk kita selalu mengucap syukur kepada Tuhan Yang Maha Kuasa.
Begitu banyak Kehidupan yang boleh kita jalani. Berapa tahun anda telah melalui kehidupan anda? Berapa tahun anda telah menjalani kehidupan rutin anda? Pandanglah di sekeliling kita, ada segelintir orang yang memerlukan kita. Mereka menanti kehadiran kita. Mereka menanti sokongan kita. Orang tua, saudara, pasangan, anak, sahabat dan sesama.
Bersyukurlah setiap saat bahawa kita masih diamanahkan untuk menjalani kehidupan ini. Buatlah hidup ini menjadi hidup yang lebih berkualiti. Selamat Menjalani saat akhir tahun 2012 dan juga 2013 yang akan menjelang dengan lebih semangat untuk lebih berkualiti!
Tuesday, 4 December 2012
imam Syafie menziarahi imam Ahmad.
Pada suatu hari, Imam Syafi’e Rahimahullah menziarahi Imam Ahmad bin Hanbal. Apabila selesai makan malam bersama, Imam Syafi’e telah masuk ke bilik tidur yang disediakan untuknya dan segera berbaring sehingga fajar.
Anak perempuan Imam Ahmad yang sentiasa memerhatikan Imam Syafi’e sejak dari awal lagi bertanya kepada ayahnya dengan cara menegur, “Ayah selalu memuji dan mengatakan Imam Syafi’e itu seorang ulama’ yang sangat alim. Sebaliknya apa yang aku perhatikan banyak perkara yang tidak menggambarkan ianya seorang yang benar-benar alim.”
Imam Ahmad sangat terkejut mendengarnya lalu ia bertanya, “Ia seorang alim wahai anakku. Mengapa kamu berkata demikian?” Anak perempuannya menjawab, “Aku perhatikan ada tiga perkara menyebabkan kekurangannya wahai ayah. Pertama, waktu dihidangkan makanan, ia memakannya dengan lahap sekali. Kedua, sejak masuk ke bilik tidurnya, ia tidak solat malam, sebaliknya hanya keluar setelah masuk waktu Subuh. Ketiga, ia solat Subuh tanpa berwudhuk.”
Imam Ahmad bin Hanbal memikirkan semua perkataan anaknya itu dan akhirnya supaya jelas persoalan tadi, ia bertanya sendiri kepada Imam Syafi’e. Bila mendengar semua itu, Imam Syafi’e tersenyum lalu berkata, “Wahai Ahmad! Sebabnya aku makan dengan lahap dan banyaknya di rumah kamu kerana aku tahu bahawa makanan di rumah kamu jelas halal dan baik. Aku tidak sedikitpun ragu dengan makanan itu.
Lagipun aku amat memahami engkau seorang yang sangat pemurah. Makanan orang yang pemurah itu ubat dan makanan orang yang kedekut itu penyakit. Aku makan semalam bukan sekadar untuk kenyang tetapi semata-mata untuk berubat dengan makananmu itu.
Perkara kedua yang menyebabkan aku tidak solat malam kerana ketika aku meletakkan kepalaku di atas bantal, tiba-tiba seolah-olah aku melihat di hadapanku Kitabullah dan sunnah Rasulullah SAW dan dengan izin Allah malam itu, aku dapat menyusun 72 masalah feqah Islam sehingga aku tidak sempat untuk solat malam. Perkara ketiga yang menyebabkan aku tidak berwudhuk ketika solat Subuh ialah kerana aku…. Wallahi… kerana pada malam itu mataku tidak dapat tidur sekelip pun, sehinggalah aku bersolat Subuh dengan wudhuk solat Isyak.”
Subscribe to:
Posts (Atom)




