Friday, 14 December 2012

lihatlah paku itu.





Beberapa ketika yang silam, ada seorang ikhwah yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Mat. Mat membesar menjadi seorang yang lalai menunaikan suruhan agama. Meskipun telah berbuih ajakan dan nasihat,suruhan dan perintah dari ayahnya agar Mat bersembahyang, puasa dan lain-lain amal kebajikan, dia tetap meninggalkannya.Sebaliknya amal kejahatan pula yang menjadi kebiasaannya.

Kaki judi, kaki botol, dan seribu satu macam jenis kaki lagi menjadi kemegahannya. Suatu hari ikhwah tadi memanggil anaknya dan berkata, "Mat, kau ni terlalu sangat lalai dan berbuat kemungkaran. Mulai hari ini aku akan pacakkan satu paku tiang di tengah halaman rumah kita. Setiap kali kau berbuat satu kejahatan,maka aku akan benamkan satu paku ke tiang ini. Dan setiap kali kau berbuat satu kebajikan, sebatang paku akan kucabut keluar dari tiang ini."

Bapanya berbuat sepertimana yang dia janjikan, dan setiap hari dia akan memukul beberapa batang paku ke tiang tersebut. Kadang-kadang sampai berpuluh paku dalam satu hari. Jarang-jarang benar dia mencabut keluar paku dari tiang.

Hari bersilih ganti, beberapa purnama berlalu, dari musim ribut tengkujuh berganti kemarau panjang. Tahun demi tahun beredar.Tiang yang berdiri megah di halaman kini telah hampir dipenuhi dengan tusukan paku-paku dari bawah sampai ke atas. Hampir setiap permukaan tiang itu dipenuhi dengan paku-paku. Ada yang berkarat lepat dek kerana hujan dan panas. Setelah melihat keadaan tiang yang bersusukan dengan paku-paku yang menjijikkan pandangan mata, timbullah rasa malu. Maka dia pun berazamlah untuk memperbaiki dirinya. Mulai detik itu, Mat mula sembahyang. Hari itu saja lima butir paku dicabut ayahnya dari tiang. Besoknyas sembahyang lagi ditambah dengan sunat-sunatnya.Lebih banyak lagi paku tercabut. Hari berikutnya Mat tinggalkan sisa-sisa maksiat yang melekat. Maka semakin banyaklah tercabut paku-paku tadi. Hari demi hari, semakin banyak kebaikan yang Mat lakukan dan semakin banyak maksiat yang ditinggal, hingga akhirnya hanya tinggal sebatang paku yang tinggal melekat di tiang.

Maka ayahnyapun memanggil anaknya dan berkata: "Lihatlah anakku, ini paku terakhir, dan akan aku cabutkannya keluar sekarang. Tidakkah kamu gembira?" Mat merenung pada tiang tersebut, tapi disebalik melahirkan rasa gembira sebagai yang disangkakan oleh ayahnya, dia mula menangis teresak-esak. "Kenapa anakku?" tanya ayahnya, "aku menyangkakan tentunya kau gembira kerana semua paku-paku tadi telah tiada."Dalam nada yang sayu Mat mengeluh, "Wahai ayahku, sungguh benar katamu, paku-paku itu telah tiada,tapi aku bersedih parut - parut lubang dari paku itu tetap kekal ditiang, bersama dengan karatnya."



Dengan dosa-dosa dan kemungkaran yang seringkali diulangi hinggakan menjadi suatu kebiasaan ,kita mungkin boleh mengatasinya, atau secara beransur-ansur menghapuskannya,tapi ingatlah bahawa parut-parutnya akan kekal. Dari itu, bilamana kita menyedaridiri ini melakukan suatu kemungkaran,ataupun sedang diambang pintu habit yang buruk, maka berhentilah serta-merta. Kerana setiap kali kita bergelimang dalam kemungkaran, maka kita telah membenamkan sebilah paku lagi yang akan meninggalkan parut pada jiwa kita, meskipun paku itu kita cabut kemudiannya. Apatah lagi kalau kita biarkan ianya berkarat dalam diri ini sebelum dicabut. Lebih-lebih lagilah kalau dibiarkan berkarat dan tak dicabut.

harimau untuk si suami.




Telah diriwayatkan pada zaman dahulu tinggal dua orang adik beradik soleh yang tinggal berjauhan antara mereka. Oleh kerana mereka tinggal ber­jauhan, maka jarang mereka bertemu. Kadang-kadang mereka dapat berjumpa setahun sekali sahaja.

Pada suatu hari si adik ke rumah abangnya kerana ingin menziarahi abangnya. Kebetulan semasa itu didapatinya si abang tiada di rumah. Dia lantas bertanya kepada kakak iparnya ke mana gerangan si abang. Bukan main terperanjat si adik apabila kakak iparnya dengan marah-marah menjawab, “Dia pergi mencari kayu, semoga dia tidak lagi dikembalikan oleh Allah,” sambil itu mulutnya terus memaki-maki suaminya dengan kuatnya. Oleh kerana dia ingin sangat bertemu abangnya, dia bercadang untuk menunggu sehingga abangnya pulang.
Tidak berapa lama kemudian, pulanglah abangnya dari mencari kayu bersama seekor harimau yang membawakan kayu di atas belakangnya. Setelah abangnya menurunkan kayu dari atas belakang harimau, ia berkata kepada harimau tersebut, “Pergilah semoga Allah memberkati kamu.”
Setelah itu barulah dia mempersilakan adiknya masuk ke rumah. Sementara itu, isterinya masih tetap memaki-maki sambil marah-marah, namun dia tetap membisu. Tidak dijawab, walau sepatah perkataan pun. Dengan susah-payah dia me­layan adiknya yang datang dari jauh itu, menghidangkan makanan dan makan bersama-sama adiknya. Se­telah bertanya khabar dan berbual-bual, si adik pun ingin meminta izin untuk pulang. Dalam pada itu, adik­nya tidak henti-henti memikirkan kesabaran abangnya menghadapi isterinya yang banyak kerenah itu.
Pada tahun yang berikutnya, se­kali lagi si adik pergi ke rumah abangnya untuk menziarahi keluarga abangnya. Waktu itu juga abangnya tiada di rumah. Tetapi pada kali ini, kakak iparnya tidak lagi marah-marah dan memaki-hamun suaminya, sebaliknya dia disambut dan dipersilakan menunggu kepulangan suaminya. Sebentar kemudian, pulanglah abangnya sambil memikul kayu di atas bahunya sendiri. Kemudian ia pun mempersilakan adiknya masuk dan makan bersama-samanya. Tetapi kali ini abangnya tidak perlu bersusah-payah melayan adiknya sebaliknya makanan telah pun disediakan oleh isteri yang baik hati itu.
Melihatkan keadaan yang berbeza dari tahun sebelumnya, si adik pun lantas bertanya: “Wahai saudaraku, dahulu ada seekor harimau yang memikulkan kayu untukmu tetapi sekarang kayu, itu engkau pikul sendiri. Dan sewaktu aku sampai ke mari dahulu isterimu sudah berubah sekali. Apakah rahsia di sebalik kejadian ini semua?”
Tersenyum si abang mendengar pertanyaan adiknya itu. Lantas dia pun menjawab: “Wahai adikku, isteriku yang cerewet itu telah meninggal dunia, dan kerana aku bersabar atas kerenahnya itu maka Allah mendatangkan harimau untuk membantuku. Kemudian ketika aku telah diganti oleh Tuhan dengan isteri yang baik budi ini, sudah tidak ada lagi harimau itu dan aku terpaksa memikul kayu ini sendiri.”
Begitulah kisah dua orang adik beradik yang soleh, abangnya diuji dengan ragam isteri tetapi dengan berkat kesabarannya, binatang pun boleh tunduk padanya. Begitulah rahmat Allah yang Maha Pengasih ke atas hamba-Nya. Tetapi selepas kematian isterinya dan diganti dengan isteri yang taat, maka nikmat itu Allah tari semula. Nyatalah Maha Adilnya Allah, kepada setiap yang ditentukan-Nya. Sebenarnya setiap kejadian yang berlaku ke atas kita pasti ada hikmah yang besar di sebaliknya, cuma kita yang tidak sedar dan selalu lalai dengan nikmat yang dikurniakan Allah.

Se­tiap hari kita seringkali diuji dengan kesabaran. Adakah kita boleh ber­sabar bila berdepan dengan ragam anak-anak tatkala badan kita terlalu letih, bolehkah kita bersabar bila dimarahi, atau tahankah hati kita bila pulangnya suami ke rumah dalam keadaan yang marah-marah tanpa kita ketahui punca yang sebe­narnya. Dan kita akan menghadapi seribu satu macam masalah yang menggugat kesabaran kita dalam mengendalikan urusan seharian. Memanglah untuk menyebut per­kataan sabar itu adalah mudah, tetapi untuk mempraktikkannya amatlah payah. Tetapi bagi orang yang ingin mencapai darjat yang tinggi di sisi Allah, walau terpaksa menderita, mereka sanggup melakukannya. Sebab, mereka tahu bala bencana yang menimpa mereka boleh menghapuskan dosa-dosa yang lalu di samping mereka yang mendapat pahala yang tinggi di sisi Allah. Rasulullah SAW juga pernah bersabda: “Barangsiapa yang dapat ber­sabar terhadap bala bencana yang menimpa, maka dicatat baginya tiga ratus darjat. Yang manajarak jauh antara dua darjat seperti jauh antara langit dan bumi.”

Sunday, 9 December 2012

belajar ilmu nahwu (الأفعال)


Belajar Ilmu Nahwu 2 : fi’lun (kata kerja)

Fi’il (kata kerja) jika dilihat dari segi waktu dilakukannya pekerjaan tersebut (zaman) dibagi menjadi :

A. Madhi

المَاضِي

 fi’il yang terjadi pada masa yang lampau.

Contoh :

جَاءَ الرَّجُلُ

Lelaki itu telah datang

نَامَتِ الْبِنْتُ

Anak perempuan itu telah tidur

جَرَى الْقِطُّ

Kucing itu telah berlari

B. Mudhori’

المُضَارِعُ

 fi’il yang terjadi pada masa sekarang atau yang akan datang. Dan kata kerja tersebut haruslah didahului oleh salah satu Huruf Mudhori’ yaitu :

{   ء  ن  ي  ت   }

Contoh :

أَفْتَحُ الْبَابَ

Saya sedang membuka pintu

نَذْهَبُ إِلَى الْمَدْرَسَةِ

Kami sedang pergi ke sekolah

يَحْمِلُ مُحَمَّدٌ كِتَابَهُ

Muhammad sedang membawa bukunya

تَبْكِى الْمَرْأَةُ

Perempuan itu sedang menangis

C. Amr

الأَمْرُ

 fi’il yang meminta untuk mengerjakan sesuatu di masa yang akan datang.

Contoh :

اَقْفِلِ الْبَابَ !

Tutuplah pintu itu !

اِرْجِعْ إِلَى بَيْتِكَ !

Kembalilah ke rumahmu !

خُذِ الْقَلاَمَ !

Ambilah pena itu !

هذا العلم ماخوذ من

كتاب النّحو الواضح

Betapa ramai Allah keluarkan Manusia dari Neraka.



Potongan hadis riwayat Al Hafiz Abu Ya'la Al Mushili yang dinukil oleh Ibn Katsir di dalam kitabnya Bidayah Wan Nihayah, dari Abu Hurairah RA :
Rasulullah SAW bersabda :
" Apabila semua penghuni nereka telah masuk, maka masuklah ke sana makhluk-makhluk Tuhanmu yang lain, yang celaka disebabkan perbuatan mereka.

Di antara mereka ada yang terbakar, api hanya sampai ke tapak kakinya sahaja, tidak lebih. Ada yang sampai ke perutnya. Ada pula yang sampai ke sekujur tubuhnya, kecuali wajahnya, kerana Allah SWT telah mengharamkan api membakar rupa orang itu. "Rasulullah bersabda : " Aku berkata Ya Tuhanku, terimalah syafaatku terhadap umatku yang masuk neraka. " Allah pun berfirman : " Keluarkan orang-orang yang kamu kenal. " Lalu keluarlah mereka sehingga tidak ada seorang pun yang tertinggal.
Kemudian Allah mengizinkan lagi kepadaku untuk mengajukan syafaat, sehingga tidak ada seorang Nabi atau seorang syahid pun melainkan dapat pula memberi syafaat ( untuk orang lain ). Allah SWT berfirman : " Keluarkan olehmu sesiapa sahaja yang kamu dapati iman dalam hatinya, walau hanya seberat satu dinar sekali pun." Maka mereka pun keluar, sampai tidak ada yang tertinggal.
Kemudian Allah SWT menerima pula syafaat dari yang lain seraya firmanNya :

" Keluarkan olehmu orang yang kamu dapati iman dalam hatinya seberat dua pertiga dinar." Kemudian berfirman : " Dan sepertiga dinar."

Kemudian berfirman " Satu qirat." Kemudia berfirman : " Sebutir biji sawi . " Setiap daripada mereka pun keluar, sehingga tidak ada yang tertinggal.

Akhirnya tidak tertinggal lagi dalam neraka orang yang pernah melakukan kebaikan apa pun kerana Allah SWT, dan tidak ada seorang pun yang patut memberi syafaat melainkan diterima syafaatnya. Bahkan sampai Iblis sempat menjulur-julurkan dirinya, ketika melihat betapa besar rahmat Allah SWT, dengan harapan akan dapat pula memperoleh syafaat.

Kemudian Allah SWT berfirman: " Kini tinggal Aku, sedang Aku adalah yang maha pengasih di antara mereka yang pengasih." Dimasukkan-Nya tangan-Nya ke dalam Jahannam lalu dikeluarkan dari neraka itu sekian ramai orang, yang tidak diketahui entah berapa jumlahnya selain Allah SWT sendiri. Mereka bagai biji-bijian.
Allah SWT kemudian menaburkan mereka ke sungai yang disebut " Nahr Al-Hayawan " ( sungai kehidupan ). Di sana mereka tumbuh bagaikan biji-biji yang tumbuh di antara sampah-sampah yang dibawa arus sungai. Yang terkena sinar matahari yang berwarna hijau. dan yang tertutup bayangan berwarna kuning.
Mereka terus tumbuh, sehingga menjadi seperti mutiara. Pada leher mereka tertulis : " Bekas Penghuni Jahannam Yang Dibebaskan oleh Allah Yang Maha Rahman."
Mereka dikenali oleh penghuni syurga yang lain dengan adanya tulisan itu.Mereka dahulunya sama sekali tidak pernah beramal kebaikan kerana Allah SWT namun demikian mereka tinggal dalam syurga.
[ Potongan hadis yang panjang di dalam Bidayah Wan Nihayah oleh Ibn Katsir yang diambil di dalam Kitab Huru Hara Hari Kiamat ( sub bab dalam Bidayah ) , m/s 201-201, cetakan Al Hidayah ]

tuliskan senarai kekasih hati anda..



Di saat menunggu saat berhenti kelas, Guru mengatakan pada pelajarnya: "Mari kita buat satu permainan,sila bantu saya sebentar." Kemudian salah satu pelajar berjalan menuju papan tulis.

Guru : "Sila tulis 20 nama yang paling dekat dengan anda, pada papan tulis." Dalam sekejap sudah di tuliskan semuanya oleh pelajar tersebut. Ada nama jirannya, teman pejabatnya, orang yang paling anda kasihi dan lain-lain.

Guru : "Sekarang sila tulis satu nama diantaranya yang menurut anda paling tidak penting! "pelajar itu lalu mencoret satu nama, nama jirannya.

Guru : "Sila tulis satu lagi!" Kemudian pelajar itu mencoret satu nama teman pejabatnya lagi.

Guru : "Sila coret satu lagi!" Siswi itu mencoret lagi satu nama dari papan tulis dan seterusnya. Sampai pada akhirnya di atas papan tulis hanya ada tiga nama, iaitu nama orang tuanya, suaminya dan nama anaknya.

Dalam kelas tiba-tiba terasa begitu sunyi tanpa suara, semua pelajar tertumpu memandang ke arah guru, dalam fikiran mereka (para pelajar) menganggap sudah tidak ada lagi yang harus dipilih oleh pelajar itu. Tiba-tiba guru memecahkan keheningan dengan berkata, "Sila coret satu lagi!" Dengan pelahan-lahan pelajar itu melakukan suatu pilihan yang amat sangat sulit. Dia kemudian mengambil kapur tulis, mencoret nama orang tuanya.

Guru : "Sila coret satu lagi!" Hatinya menjadi bingung. Kemudian ia mengangkat kapur tulis tinggi-tinggi. lambat laun menetapkan dan mencoret nama anaknya. Dalam sekejap waktu, terdengar suara isak tangis, sepertinya sangat sedih.

Setelah suasana tenang, Guru lalu bertanya "Orang yang paling kamu kasihi bukannya Orang tuamu dan Anakmu? Orang tua yang membesarkan anda, anak adalah anda yang melahirkan, sedang suami itu boleh dicari lagi. Tapi mengapa anda berbalik lebih memilih suami sebagai orang yang paling sukar untuk dipisahkan? "

Semua rakan sekelas mengarah padanya, menunggu apa yang akan di jawabnya. Setelah agak tenang, kemudian pelahan-lahan ia berkata "Sesuai waktu yang berlalu, orang tua akan pergi dan meninggalkan saya, sedangkan anak jika sudah besar selepas itu berkahwin boleh meninggalkan saya juga, Yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah suami saya ".

Sebenarnya, kehidupan bagaikan bawang, jika dikupas se ulas demi se ulas, ada kalanya kita mungkin akan menangis. Berapa umur anda ketika ini? 20 tahun, 30tahun, 40tahun atau bahkan 5 tahun. Berapa lama anda telah melalui kehidupan anda? Berapa lama lagi sisa masa anda untuk menjalani kehidupan? Tidak ada seorang pun yang tahu bila kita mengakhiri hidup ini.

Sebagai manusia jelas kita memiliki perbezaan dalam menjalankan kehidupan. Kehidupan bukanlah sekadar rutin. Kehidupan adalah kesempatan untuk kita mencurahkan potensi diri kita untuk orang lain. Kehidupan adalah kesempatan untuk kita berkongsi suka dan duka dengan orang yang kita sayangi. Kehidupan adalah peluang untuk kita dapat mengenal orang lain. Kehidupan adalah kesempatan untuk kita membantu kepada sesama. Kehidupan adalah kesempatan untuk kita mencintai pasangan kita, orang tua kita, saudara, serta mengasihi sesama kita. Kehidupan adalah kesempatan untuk kita belajar dan terus belajar tentang erti kehidupan. Kehidupan adalah kesempatan untuk kita selalu mengucap syukur kepada Tuhan Yang Maha Kuasa.

Begitu banyak Kehidupan yang boleh kita jalani. Berapa tahun anda telah melalui kehidupan anda? Berapa tahun anda telah menjalani kehidupan rutin anda? Pandanglah di sekeliling kita, ada segelintir orang yang memerlukan kita. Mereka menanti kehadiran kita. Mereka menanti sokongan kita. Orang tua, saudara, pasangan, anak, sahabat dan sesama.

Bersyukurlah setiap saat bahawa kita masih diamanahkan untuk menjalani kehidupan ini. Buatlah hidup ini menjadi hidup yang lebih berkualiti. Selamat Menjalani saat akhir tahun 2012 dan juga 2013 yang akan menjelang dengan lebih semangat untuk lebih berkualiti!

Tuesday, 4 December 2012

imam Syafie menziarahi imam Ahmad.


Pada suatu hari, Imam Syafi’e Rahimahullah menziarahi Imam Ahmad bin Hanbal. Apabila selesai makan malam bersama, Imam Syafi’e telah masuk ke bilik tidur yang disediakan untuknya dan segera berbaring sehingga fajar.
Anak perempuan Imam Ahmad yang sentiasa memerhatikan Imam Syafi’e sejak dari awal lagi bertanya kepada ayahnya dengan cara menegur, “Ayah selalu memuji dan mengatakan Imam Syafi’e itu seorang ulama’ yang sangat alim. Sebaliknya apa yang aku perhatikan banyak perkara yang tidak menggambarkan ianya seorang yang benar-benar alim.”
Imam Ahmad sangat terkejut mendengarnya lalu ia bertanya, “Ia seorang alim wahai anakku. Mengapa kamu berkata demikian?” Anak perempuannya menjawab, “Aku perhatikan ada tiga perkara menyebabkan kekurangannya wahai ayah. Pertama, waktu dihidangkan makanan, ia memakannya dengan lahap sekali. Kedua, sejak masuk ke bilik tidurnya, ia tidak solat malam, sebaliknya hanya keluar setelah masuk waktu Subuh. Ketiga, ia solat Subuh tanpa berwudhuk.”
Imam Ahmad bin Hanbal memikirkan semua perkataan anaknya itu dan akhirnya supaya jelas persoalan tadi, ia bertanya sendiri kepada Imam Syafi’e. Bila mendengar semua itu, Imam Syafi’e tersenyum lalu berkata, “Wahai Ahmad! Sebabnya aku makan dengan lahap dan banyaknya di rumah kamu kerana aku tahu bahawa makanan di rumah kamu jelas halal dan baik. Aku tidak sedikitpun ragu dengan makanan itu.
Lagipun aku amat memahami engkau seorang yang sangat pemurah. Makanan orang yang pemurah itu ubat dan makanan orang yang kedekut itu penyakit. Aku makan semalam bukan sekadar untuk kenyang tetapi semata-mata untuk berubat dengan makananmu itu.
Perkara kedua yang menyebabkan aku tidak solat malam kerana ketika aku meletakkan kepalaku di atas bantal, tiba-tiba seolah-olah aku melihat di hadapanku Kitabullah dan sunnah Rasulullah SAW dan dengan izin Allah malam itu, aku dapat menyusun 72 masalah feqah Islam sehingga aku tidak sempat untuk solat malam. Perkara ketiga yang menyebabkan aku tidak berwudhuk ketika solat Subuh ialah kerana aku…. Wallahi… kerana pada malam itu mataku tidak dapat tidur sekelip pun, sehinggalah aku bersolat Subuh dengan wudhuk solat Isyak.”


Saturday, 24 November 2012

rahsia 3 guni beras.


Ini adalah makanan yang tidak boleh dibeli dengan wang. Kisah ini adalah kisah nyata sebuah keluarga yang sangat miskin, yang mempunyai seorang anaklaki. Ayahnya sudah meninggal dunia, tinggallah ibu dan anak laki nya untuk saling menyokong.Ibunya bersusah payah seorang membesarkan anaknya, ketika itu kampung
tersebut belum memiliki elektrik. Saat membaca buku, sang anak tersebut diterangi sinar lampu minyak, sedangkan ibunya dengan penuh kasih menjahitkan baju untuk sang anak.

Saat memasuki musim hujan, sang anak memasuki sekolah menengah atas.
Tetapi justeru saat itulah ibunya menderita penyakit radang sendi yang parah
sehingga tidak boleh lagi bekerja di sawah.

Saat itu setiap bulan murid-murid dikehendaki membawa tiga puluh kilo beras untuk dibawa ke kantin sekolah. Sang anak faham bahawa ibuya tidak mungkin boleh memberikan tiga puluh kg beras tersebut.
Dan kemudian berkata kepada ibunya: "Mama, saya mahu berhenti sekolah dan membantu mama bekerja di sawah ". Ibunya mengusap kepala anaknya dan berkata:

"Kamu mempunyai niat seperti itu mama sudah senang sekali tetapi kamu harus tetap sekolah. Jangan risau,kalau mama sudah melahirkan kamu,pasti boleh merawat dan menjaga kamu. Cepatlah pergi daftarkan kesekolah nanti berasnya mama yang akan bawa ke sana ".

Kerana sang anak tetap berkeras tidak mahu mendaftar ke sekolah,mama nya menampar sang anak tersebut. Dan ini adalah pertama kalinya sang anak ini dipukul oleh mamanya.

Sang anak akhirnya pergi juga ke sekolah. Sang ibunya terus berfikir dan merenung dalam hati sambil melihat bayangan anaknya yang pergi menjauh.

Tak berapa lama, dengan terpincang-pincang dan nafas tergesa-gesa Ibunya datang kekantin sekolah dan menurunkan sekantong beras dari bahunya.pengawas yang bertanggung jawab menimbang beras dan membuka guni nya dan mengambil segenggam beras lalu menimbangnya dan berkata: "Kamu para
penjaga murid selalu suka mengambil keuntungan kecil, kamu lihat, disini kandungannya campuran beras dan gabah (bulir podi). Jadi kalian fikir kantin saya ini tempat pengumpulan beras campuran ". Sang ibu ini pun malu dan berkali-kali meminta maaf kepada  pengawas tersebut.

Awal Bulan berikutnya ibu memikul seguni beras dan masuk kedalam
kantin.Pengawas seperti biasanya mengambil seguni beras dari guni tersebut dan melihat. Masih dengan alis yang mengecut dan berkata: "Masih dengan beras yang sama". Pengawas itu pun berfikir, apakah kelmarin itu dia tidak berpesan dengan sang ibu tersebut, dan kemudian berkata: "Tak perduli beras apa-apa yang Ibu berikan kami akan terima tapi jenisnya harus dipisah jangan dicampur bersama, kalau tidak maka beras yang dimasak tidak bolehmatang sempurna.Selanjutnya kalau begini lagi, maka saya tidak boleh menerimanya "
.
Sang ibu sedikit takut dan berkata: "Encik, beras dirumah kami semuanya seperti ini jadi bagaimana? Pengawas itu pun tidak mahu tahu dan berkata: "Ibu mempunya berapa hektar tanah sehingga boleh menanam bermacam-macam jenis beras ". Menerima soalan seperti itu sang ibu tersebut
akhirnya tidak berani berkata apa-apa lagi.

Awal bulan ketiga, sang ibu datang kembali ke sekolah. Sang pengawas kembali marah besar dengan kata-kata kasar dan berkata: "Kamu sebagai penjaga kenapa begitu keras kepala, kenapa masih tetap membawa beras yang sama.Bawa pulang saja berasmu itu! ".Dengan berlinang air mata sang ibu pun berlutut di depan pengawas tersebut dan berkata: "Maafkan saya encik, sebenarnya beras ini saya dapat dari mengemis ". Setelah mendengar kata sang ibu, pengawas itu terkejut dan tidak boleh berkata apa-apa lagi. Sang ibu tersebut akhirnya duduk di atas lantai,menggulung seluarnya dan memperlihatkan kakinya yang sudah mengeras dan membengkak.

Sang ibu tersebut menghapuskan air mata dan berkata: "Saya menderita rematik(radang sendi) peringkat yang terakhir, bahkan untuk berjalan pun susah, apatah lagi untuk bercucuk tanam. Anakku sangat memahami keadaan saya dan mahu berhenti sekolah untuk membantuku bekerja disawah. Tapi saya melarang dan menyuruhnya bersekolah lagi. "Selama ini dia tidak memberi tahu sanak saudara yang ada di kampung sebelah. Lebih-lebih takut mencederakan harga diri anaknya.

Setiap hari pagi-pagi buta dengan poket kosong dan bantuan tongkat pergi kekampung sebelah untuk mengemis. Sampai hari sudah gelap pelan-pelan kembali kekampung sendiri. Sampai pada awal bulan semua beras yang terkumpul diserahkan ke sekolah.

Pada saat sang ibu bercerita, secara tidak sedar air mata Pengawas itupun mulai mengalir, kemudian mengangkat ibu tersebut dari lantai dan berkata:

"Makcik sekarang saya akan melapor kepada pihak sekolah, supaya bolehdiberikan sumbangan untuk keluarga ibu. "Sang ibu buru-buru menolak danberkata: "Jangan, kalau anakku tahu ibunya pergi mengemis untuk sekolah anaknya, maka itu akan menghancurkan harga dirinya. Dan itu akan mengganggu sekolahnya. Saya sangat terharu dengan kebaikan hati encik, tetapi tolong encik menjaga rahsia ini. "

Akhirnya masalah ini diketahui juga oleh pihak sekolah. Secara diam-diam pihak sekolah mengecualikan bayaran sekolah dan bayaran hidup kanak-kanak tersebut selama tiga tahun. Setelah Tiga tahun kemudian, sang anak itu lulus masuk ke Universiti qing hua dengan nilai 627 point.

Dihari perpisahan sekolah, pihak sekolah sengaja mengundang ibu dari anak ini duduk di atas tempat duduk utama. Ibu ini merasa aneh, begitu banyak murid yang mendapat nilai tinggi, tetapi mengapa hanya dia yang
diundang. Yang lebih aneh lagi di sana masih terdapat tiga beg beras.

Pengawas kantin tersebut akhirnya maju ke depan dan menceritakan kisah sang ibu ini yang mengemis beras demi anaknya bersekolah.Pihak sekolah pun menunjukkan tiga beg beras itu dengan penuh haru
dan berkata: "Inilah sang ibu dalam cerita tadi."Dan mempersilakan sang ibu tersebut yang sangat luar biasa untuk naik keatas mimbar.

Anak dari sang ibu tersebut dengan ragu-ragu melihat kebelakang dan melihat gurunya menuntun mamanya berjalan keatas mimbar. Sang ibu dan sang anak pun saling bertatapan. Pandangan mama yang hangat dan lembut kepada anaknya. Akhirnya sang anak pun memeluk dan merangkul erat mamanya dan
berkata: "Oh Mamaku ..................

Pepatah mengatakan: "Kasih ibu sepanjang masa, sepanjang zaman dan sepanjang kenangan "Inilah kasih seorang mama yang terus dan terus memberi kepada anaknya tak mengharapkan kembali dari sang anak. Hati mulia seorang mama demi menyara sang anak berkerja tak kenal lelah dengan satu harapan sang anak mendapatkan kebahagian serta berjaya dimasa depannya.

Mulai sekarang, katakanlah kepada mama di mana-mana mama kita berada dengan satu kalimat: "Terimakasih Mama .. Aku Mencintaimu, Aku Mengasihimu. ..selamanya ".