Wednesday 8 May 2013

A’udzubillah,Aku Tidak Mahu Mengkhianati Umat Islam..


Pada suatu hari,Hakim Andalusia iaitu Muhammad bin Basyir, menerima tuntutan pakcik kepada Al-Hakam, iaitu Al-Hakam bin Hisyam bin Abdurrahman Ad-Dakhil  raja di  Andalusia, pakcik nya itu membuat tuntutan terhadap salah seorang rakyat jelata. Pihak plaintif beranggapan bahawa darjat yang tinggi dan mempunyai talian persaudaraan dengan penguasa tidak mungkin kalah di depan sang hakim tersebut. Ternyata hakim tidak menghiraukan nya malah berkata padanya, "Berdirilah di hadapan lawanmu dan jangan berbicara kecuali aku yang memintamu." Setelah tantutan disampaikan, sang hakim berkata pada orang yang didakwa , "Apa yang ingin engkau sampaikan?" Ia menjawab, "Tidak ada, semoga Allah memberi kebaikan kepada hakim. "
Selanjutnya, hakim berkata pada si plaintif, "Berikanlah buktimu." Pakciknya  berkata, "Tidakkah cukup apa yang telah aku katakan padamu?" Hakim berkata, "Kalau  cukup, aku tidak akan meminta bukti lagi. Berikan buktimu! "Plaintif itu berkata," Beri aku waktu! "

Selanjutnya, pakcik penguasa itu pergi menemui Al Hakam, raja Andalusia. Dia berkata, "Bukankah engkau tahu aku mengajukan tuntutan pada si Fulan?" Al Hakam menjawab, "Ya." Pakciknya berkata lagi, "Mahukah engkau menjadi saksi untukku?" Al-Hakam berkata, "Engkau sendiri tahu siapa hakim itu. Aku bimbang ia tidak menerima kesaksianku. "  Dia berkata lagi" tak mungkin, bukankah engkau yang mengangkatnya sebagai hakim? "Al-Hakam berkata," Ya". "pakciknya berkata lagi," Lalu, siapa yang bersaksi untukku? "Raja pun memanggil dua orang fakih, lalu menulis kesaksiannya di hadapan mereka berdua. Dan, ia meminta mereka menjadi saksi. Selanjutnya, Al-Hakam berkata, "Bawa kesaksian ini padanya! Aku bimbang ia tidak menerimanya. "

Di hari persidangan, hakim berkata, "Mana buktimu?" Plaintif mengeluarkan kesaksian Raja. Hakim berkata, "Aku tidak menerima kesaksian ini."

Pakcik penguasa itu sangat marah dan segera mendatangi anak saudaranya. Dia bilang, "Engkau raja di negeri ini, dan hakim itu menolak kesaksian yang kamu hantar. Jika begitu, mana kehormatan dan kekuasaanmu? "

Al-Hakam tertawa dan berkata, "Bukankah sudah kukatakan padamu wahai pakcik? Hakim itu orang soleh yang tidak takut dicela. Dia melakukan apa yang seharusnya dibuat olehnya, semoga Allah memberikan balasan terbaik untuknya. 

Pakciknya berkata," Pecat saja dia. 

AlHakam berkata," A'dzubillah. Haruskah aku mengkhianati umat Islam dengan memecat orang seperti dia? Aku telah melakukan apa yang seharusnya kulakukan, iaitu mengadakan saksi untukmu. Tetapi, hakim berhak menerima atau menolak kesaksian itu. "

seterusnya  hakim itu ditanya mengapa menolak saksi dari Raja, ia berkata kepada yang bertanya, "Demi Allah, aku menolaknya bukan kerana dia kurang adil. Tetapi, pihak defendan juga harus ditanya tentang apa yang dikatakan dalam persaksian itu. "[Rijal min At-Tarikh, Jilid 1 hal.219]