Tuesday 30 April 2013

gadis yang di cintai oleh semua orang..tapi siapa yang dapat menikahi nya?






Dikisahkan bahawa ada seorang pemuda yang berkata kepada bapanya, 'Saya ingin menikahi seorang gadis yang pernah saya lihat. Dan sungguh kecantikan dan sihir matanya telah membuatku takjub. '

Maka sang ayahpun membalasnya dengan penuh kebahagiaan dan kegembiraan, seraya dia berkata, 'Dimanakah gadits tersebut, agar aku bisa melamarkannya untukmu wahai putraku?'

Maka tatkala keduanya pergi, dan sang ayah melihat kepada gadis tersebut, ternyata sang ayah pun terpesona dengannya, lalu berkata kepada putranya, 'Dengarkanlah wahai putraku, gadis ini tidak sesuai dengan level kamu, engkau tidak layak untuknya. Gadis ini baru layak bagi seorang laki-laki yang mempunyai pengalaman dalam kehidupan, dan boleh jadikan tumpuan, seperti diriku. '

Maka tercenganglah sang anak, kerana ucapan ayahnya, lantas dia berkata kepada ayahnya, 'Sekali-kali tidak, bahkan sayalah yang akan menikahinya wahai ayah, dan bukan anda.'

Kedua nya pun bertengkar, lalu perqi ke pejabat polis agar mereka boleh memberikan penyelesaian permasalahan mereka. Maka saat kedua menceritakan kejadiannya, kepada seorang pegawai polis, maka berkata si polis kepada mereka, 'Hadirkanlah gadis tersebut, agar kami boleh bertanya kepadanya, siapa yang dia inginkan. Sang anak atau bapa nya. '

Tatkala si polis milihat kepada gadis tersebut, diapun terpesona akan kecantikan dan keelokannya. Maka dia berkata kepada mereka, 'Gadis ini tidak layak untuk kalian berdua. Akan tetapi gadis tersebut baru layak untuk seorang yang terkemuka di sebuah negeri seperti aku. '

Maka ketiga orang itupun bertengkar, lalu mereka pergi ke seorang mentri. Dan saat sang menteri melihat kepada gadis tersebut, dia berkata, 'Tidak akan menikahi gadis ini melainkan para menteri seperti aku.'

Akhirnya, mereka juga bertengkar kerana gadis itu. Hingga sampailah perkara itu kepada Amir negeri itu. Dan saat mereka hadir, sang Amirpun berkata, 'Aku akan memberikan penyelesaian akan permasalahan kalian ini. Hadirkanlah gadis tersebut. '

Maka tatkalah sang Amir melihat gadis itu, diapun berkata, 'Gadis ini, tidak akan menikahinya melainkan seorang Amir seperti aku.'

Maka mereka semuapun berdebat. Kemudian sang gadis berkata, 'Aku punya penyelesaian.'
'Aku akan berlumba lari, dan kalian berlumba lari dibelakangku. Dan siapa yang pertama kali boleh memegangku, maka aku adalah bahagiannya, dan menikahiku. '

Dan gadis itupun terus berlari, lalu kelima orang itupun berlari mengejar dibelakang sang gadis; pemuda, sang ayah, polis, menteri, dan sang Amir.

Dan tiba-tiba, saat mereka saling berlari mengejar dibelakang sang gadis, kelima orang itupun terperosok ke dalam sebuah lobang yang dalam.

Kemudian sang gadis melihat kepada mereka dari atas seraya berkata, 'Tahukah kalian, siapakah aku? Aku adalah Dunia!!! Sayalah orang, yang seluruh manusia berlari dibelakangku, mereka berlumba-lumba untuk mendapatkanku, mereka melupakan agama mereka kerana aku, hingga mereka terperosok kedalam kubur, dan tidak akan boleh beruntung mendapatkanku untuk selamanya.


Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau, dan perhiasan dan bermegah-megah antara kamu, dan berbangga-bangga tentang harta dan anak-anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan petani, kemudian ia menjadi kering, maka kamu melihatnya kuning, kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras dan keampunan daripada Allah dan keredaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. [Surah Al-Hadid 57 : 20]

Monday 29 April 2013

jika masa itu boleh dibeli dengan wang..






Pada suatu hari, seorang Ayah pulang dari bekerja jam 9.00 malam. Seperti hari-hari sebelumnya, hari itu sangat meletihkan baginya. Sesampainya di rumah ia mendapati anaknya yang berusia 8 tahun  sedang menunggunya di depan pintu rumah. Seperti anaknya sudah menunggu lama.

"Kenapa belum tidur lagi?" Sapa sang Ayah pada anaknya.

Biasanya si anak sudah lelap ketika ia pulang kerja, dan baru bangun ketika ia akan bersiap berangkat ke pejabat di pagi hari.

"Saya menunggu Papa pulang, kerana aku mau tanya berapa  gaji Papa?", Kata anak.

"Hai, kenapa  nak tanya gaji Papa ni? Kamu mahu wang ya? ", Jawab sang ayah.

"tak pa, sy cuma mahu tahu aja ..." jawab anaknya
.
"Baiklah, kamu boleh kira. Setiap hari Papa bekerja sekitar 10 jam dan dibayar Rm100 Setiap bulan rata-rata dikira 25 hari kerja. Jadi gaji Papa satu bulan berapa? ", Tanya sang ayah.

Si anak kemudian berlari mengambil kertas dari meja belajar sementara Ayahnya melepaskan kasut dan mengambil minuman.

Ketika sang Ayah ke bilik untuk berganti pakaian, sang anak mengikutinya.

"Jadi kalau satu hari Papa dibayar Rm100 utuk 10 jam, bermakna satu jam Papa digaji Rm10 kan!"

"Kamu pintar, sekarang boleh tidur .. sudah malam ni"

Tapi sang anak tidak mahu berganjak. "Papa, boleh saya pinjam wang 5 ringgit tak?"

"Dah malam ni, buat apa minta wang malam-malam ni. Sudah, besok papa bagi,ok? Sekarang kamu tidur "

"Tapi papa .."

"Sudah, sekarang tidur" suara sang Ayah mula meninggi.

Anak kecil itu berbalik menuju ke biliknya.

Sang Ayah tampak menyesali ucapannya. Tak lama kemudian ia menghampiri anaknya di bilik. Anak itu sedang teresak-esak sambil memegang wang RM10.

Sambil mengusap kepala sang anak, Papanya berkata "Maafkan Papa ya! Kenapa kamu minta wang malam-malam begini .. Besok kan ada boleh mintak, Jangankan 5 ringgit, lebih dari itu papa bagi. Kamu mahu pakai buat beli mainan kan? "

"Papa, saya tidak minta wang. Saya cuma pinjam ... nanti saya kembalikan kalau sudah menabung lagi dari wang jajanku. "

"Ya .. iya .. tapi buat apa?" Tanya sang Papa.

"Saya menunggu Papa pulang hari ini dari jam 8. Aku mahu ajak Papa main dam ular. Satu jam saja pa, saya mohon. Mama selalu cakap,waktu Papa itu sangat berharga. Jadi saya mahu beli waktu Papa. saya buka tabunganku,tapi cuma ada wang 5 ringgit je. Tadi Papa bagitahu, untuk satu jam Papa dibayar Rm10 .. Kerana wang tabunganku hanya 5ringgit sahaja, - dan itu tidak cukup, saya mahu pinjam 5 ringgit dari Papa "Si Papa cuma terdiam.

Dia kehilangan kata-kata lalu memeluk erat anak kecil itu sambil menangis. Mendengar perkataan anaknya, sang Papa langsung terdiam, ia seketika tersentuh, kehilangan kata-kata dan menangis ..

Ia lalu segera merangkul sang anak yang disayanginya itu sambil menangis dan minta maaf pada sang anak ..

"Maafkan Papa sayang ..." ujar sang Papa.

"Papa telah silap, selama ini Papa lupa untuk apa Papa bekerja keras. Maafkan Papa anakku",kata Papa dengan suara tangisnya.”

Si anak hanya diam membisu dalam dakapan sang Papa nya.

=================================================

Saya ingin bertanya kepada anda saat ini ..

apakah alasan anda untuk bekerja sangat keras dan mencari kejayaan kerjaya anda?Demi wang yang banyak? Atau sesungguhnya demi keluarga anda?Seringkali kita bekerja terlalu sibuk sehingga kita melupakan bahawa di akhir, keluargalah yang terpenting.

Tidak ada gunanya anda berjaya tapi pada akhirnya keluarga anda telah meninggalkan anda atau hubungan anda dengan keluarga telah rosak.Sesungguhnya, untung anak tersebut bicara dan berkomunikasi dengan orang tuanya untuk mencurahkan perasaannya.

Kebiasaanya, anak cenderung diam dan bahkan tidak berbicara sama sekali tentang dirinya kepada orang tua.

Ketika di tanya mereka hanya menjawab "Tidak ada apa-apa"

Bagaimana caranya anda boleh menyelesaikan masalah jikalau anda bahkan tidak tahu masalahnya dimana?


"Menurut anda, lebih baik anda mencintai anak anda atau Anak Anda merasa di cintai oleh Anda?"Cuba renungkan jawapan dari pertanyaan tersebut ..



Wednesday 17 April 2013

surat bertanyakan pelangi dan bima sakti.




Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu' anhuma bahwa Heraclius pernah menghantar Surat kepada Mu'awiyah dan berkata, "Jika masih tersisa kenubuwwahan di kalangan mereka, nescaya mereka akan memberitahukanku mengenai apa saja yang aku tanyakan tentangnya."

Ibnu 'Abbas melanjutkan, "Heraclius pun bertanyakan tentang al-Majarrah (galaksi bima sakti), al-qaws (pelangi), dan sebidang tanah yang belum pernah terkena pancaran sinar matahari, kecuali satu saat saja."

Ibnu 'Abbas berkata, "Tatkala surat itu sampai ke tangan Mu'awiyah, ia berkata,' Ini adalah soalan yang tidak pernah aku duga akan aku tanyakan tentangnya hingga hariku ini, siapakah yang sanggup menjawabnya?" '

Dijawab, "Ibnu'Abbas."

Mu'awiyah lantas menghantar surat itu ke Ibnu 'Abbas, dan Ibnu' Abbas menjawabnya sebagai berikut, "Sesungguhnya al-qaws(pelangi) itu adalah tanda aman bagi penduduk bumi dari tenggelam, al-Majarrah(bima sakti) adalah pintu langit yang terbelah. Sedang sebidang tanah yang belum pernah terkena pancaran sinar matahari, kecuali satu saat saja di siang hari adalah laut yang menyelamatkan Bani Israil. "

Dan dari Ibnu 'Abbas-secara marfu-, "Apabila kalian mendengar kilat, maka sebutlah nama Allah, kerana kilat tidak akan mengenai orang yang berdzikir." [HR.Imam Malik]
Bersambung Insyaallah ..

Sumber: Mukhtasar Bidayah wan Nihayah - Ibnu Katsir, Diringkas oleh Syaikh Ahmad Khani, Penerbit Pustaka as Sunnah

sang raja yang soleh dan perkasa..Iskandar Zulkarnain.




Dialah Raja Muslim yang sangat berkuasa namun saleh. Daerah taklukannya membentang dari bumi bahagian barat sampai timur. Ia mendapat gelaran Iskandar "Zulkarnain". "Zul", artinya "mempunyai", Qarnain, artinya "Dua Tanduk". Maksudnya, Iskandar yang mempunyai kuasa antara timur dan barat.

Dia juga telah membina dinding besar berteknologi tinggi untuk saiz saat itu, diantara dua Gunung. Para ahli sejarah meyakini, dinding tersebut diperbuat daripada besi yang dicampur dengan tembaga itu terletak betul-betul di pengunungan Caucasus. Daerah itu kini disebut Georgia, negara pecahan Uni Soviet.

Secara topografis, deretan pergunungan Caucasus itu memang kelihatan memanjang dari laut Hitam sampai ke laut Kaspia sepanjang 1,200 kilometer tanpa celah. Kecuali pada bahagian kecil sempit yang disebut celah Darialsepanjang 100 Meter kurang lebih.

Pada bahagian celah itulah Zulkarnain membina tembok penghalang dari Ya'juj dan Ma'juj. Kisah ketokohan Iskandar Zulkarnain ini juga tertulis dalam catatan sejarah orang-orang barat. Dalam catatan tersebut diceritakan bagaimana ia berjaya meluaskan daerah taklukannya dalam masa yang sangat singkat. Oleh kerana kejayaannya ini, ia diberi gelar "Alexander The Great", Alexander Yang Agung ". Belakangan cerita ini diadaptasi ke filem layar lebar oleh Pengarah Amerika Syarikat, Oliver Stone, dengan tajuk Alexander The Great. Namun cerita dari orang-orang barat tersebut sangat bertentangan dengan yang disebutkan dalam Al-Qur'an.

Para Mufasir menyatakan, "Alexander The Great" adalah orang yang berbeza dengan tokoh yang di tulis dalam Al-Qur'an, Yakni, Iskandar Zulkarnain. Alexander Thr Great itu dalam sejarahnya tidak diberitakan pernah membina sebuah dinding besar berteknologi tinggi untuk saiz saat itu, yang diperbuat daripada besi dicampur tembaga. Bahkan, ia adalah seorang musyrik. Sejarah tidak mencatatnya sebagai seorang Raja Muslim yang taat kepada agama Tauhid.

Sejarawan Muslim yang juga ahli tafsir, Ibnu Kathir, dalam kitabnya Al-Bidayah Wan Nihayah menjelaskan, meski punya nama yang sama dan plot cerita yang sama, iaitu kekuasaannya membentang dari Barat sampai ke Timur, kedua-duanya adalah sosok yang berbeza. Antara mereka terbentang jarak dan waktu sampai 2000 tahun. "Hanya mereka yang tidak mengerti sejarah yang boleh terkecoh oleh identiti kedua orang itu," katanya.

Ibnu Katsir lebih jauh menjelaskan, Zulkarnain adalah nama gelaran atau jolokan seorang penglima penakluk sekaligus Raja soleh. Kerana kesalehannya ia selalu mengajak manusia untuk menyembah Allah. Namun mereka ingkar, malah memukul tanduknya - Qarnun, iaitu rambut kepala yang di ikat - sebelah kanan, hingga ia mati. Lalu Allah menghidupkannya kembali, dan ia pun kembali berdakwah. Tetapi sekali lagi tanduknya yang kiri dipukul, sehingga ia mati lagi. Allah SWT menghidupkannya kembali dan menjulukinya Zulkarnain, pemilik duaTanduk, serta memberinya kuasa. Cerita yang sama juga di jumpai dalam kitab Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur'an, karangan Syekh Al-Aiji Asy-Syafi'i.

Dalam kitab tersebut disebutkan, Zulkarnain adalah seorang hamba yang taat kepada Allah dan mengajak kaumnya menyembah Allah. Lalu mereka memukul tanduknya yang kanan hingga mati. Kemudian Allah menghidupkannya lagi, dan dia kembali mengajak kaumnya mengesakan Allah. Tetapi mereka malah memukul tanduknya yang kiri hingga mati lagi. Lalu Allah menghidupkannya lagi dan menganugrahinya kekuasaan yang tak tertandingi. Oleh kerana itu ia dijuluki Zulkarnain.

Di samping kedua kitab tersebut, Mufassir Muslim Ibnu Jarir Ath-Thabari juga mengisahkannya dalam kitab tafsir At-Tabari. Dikatakan, Iskandar Zulkarnain adalah seorang laki-laki yang berasal dari Rom, ia anak tunggal seorang yang paling miskin diantara penduduk bandar. Namun dalam pergaulan sehari-hari, ia hidup dalam lingkungan kerajaan, bergaul dengan para perwira dan berkawan dengan wanita-wanita yang baik dan berbudi serta berakhlak mulia.

Imam Al-Qurtubi dalam kitab tafsir Al-Qur'annya yang popular, Tafsir Al-Qurtubi, menceritakan, sejak masih kecil dan masa pertumbuhannya Iskandar berakhlak mulia. Melakukan hal-hal yang baik sehingga terangkat nama baiknya. Ia juga menjadi mulia di kalangan kaumnya, sehingga Allah berkenan memberinya kewibawaan.

Setelah mencapai usia akil baligh, Iskandar menjadi seorang hamba yang soleh, sehingga Allah Berfirman, "Wahai Zulkarnain, Sesungguhnya aku mengutusmu kepada umat-umat di bumi. Mereka adalah umat yang berbeza-beza bahasanya dan mereka adalah umat yang berada disegala penjuru bumi.

Mereka terbahagi dalam beberapa golongan. "Mendapat amanat tersebut, Zulkarnain lalu berkata," Wahai Tuhanku, Engkau telah menugasiku melakukan seuatu hal yang aku tidak kuasa melakukannya kecuali engkau sendiri, maka beritahukan kepadaku tentang umat-umat itu, dengan kekuatan apa aku bisa melawan mereka ? Dengan kesabaran apa aku boleh menahan mereka? Dan dengan bahasa apa aku harus bicara dengan mereka? Bagaimana pula aku bisa memahami bahasa mereka sedangkan aku tidak mempunyai kemampuan. "

Kemudian Allah SWT berfirman

"Aku membebanimu sesuatu yang kamu mampu melakukannya, aku akan melapangkan pendengaran dan dadamu hingga kamu boleh mendengar dan memperhatikan segala sesuatu. Memudahkan pemahamanmu sehingga kamu boleh memahami segala sesuatu, memudahkan lidahmu, hingga kamu boleh bercakap tentang sesuatu, membukakan penglihatanmu, sehingga kamu dapat melihat segala sesuatu, melipatgandakan kekuatanmu hingga tak terkalahkan oleh sesuatu apapun, menyingsingkan lenganmu, hingga tidak ada sesuatupun yang berani meyerangmu, menguatkan hatimu, hingga kamu tidak takut pada apapun, menguatkan kedua tanganmu hingga kamu boleh menguasai segala sesuatu, menguatkan pijakanmu hingga kamu boleh mengatasi segala sesuatu, memberimu kemuliaan hingga tidak ada apapun yang menakutimu, menundukkan untukmu cahaya dan kegelapan dan menjadikan salah satu tentaramu. Cahaya itu akan menjadi petunjuk di depanmu, dan kegelapan itu akan bersiar-siar di belakangmu "



Friday 5 April 2013

dua beg yang berbeza




Alkisah, ada seseorang yang sangat menikmati kebahagiaan & ketenangan di dalam hidupnya. Orang tersebut mempunyai dua poket. Pada beg yang satu terdapat lubang di bawahnya, tapi pada beg yang lain tidak terdapat lubang.

Segala sesuatu yang menyakitkan yang pernah didengarnya seperti makian & sindiran, ditulisnya di sebuah kertas, digulung kecil, kemudian dimasukkannya ke dalam beg yang berlubang. Tetapi semua yang indah, benar, dan bermanfaat, ditulisnya di sebuah kertas kemudian dimasukkannya ke dalam beg yang tidak ada lubangnya.
Pada malam hari, ia mengeluarkan semua yang ada di dalam saku yang tidak berlubang, membacanya, dan menikmati hal-hal indah yang sudah diperolehnya sepanjang hari itu. Kemudian ia menyeluk beg yang ada lubangnya, tetapi ia tidak menemukan apa pun. Maka ia pun tertawa dan tetap bersukacita karena tidak ada sesuatu yang boleh merosakkan hati dan jiwanya.

Teman2 .. Itulah yang seharusnya kita lakukan. Menyimpan semua yang baik di "beg yang tidak berlubang", sehingga tidak satupun yang baik yang hilang dari hidup kita. Sebaliknya, simpanlah semua yang buruk di "beg yang berlubang". Maka yang buruk itu akan jatuh dan tidak perlu kita ingat lagi.
Namun sayang sekali .. masih banyak orang yang melakukan dengan terbalik! Mereka menyimpan semua yang baik di "beg yang berlubang", dan apa yang tidak baik di "beg yang tidak berlubang ( memelihara fikiran-fikiran jahat dan segala sesuatu yang menyakitkan hati). Maka, jiwanya menjadi tertekan & tidak ada ghairah dalam menjalani hidup.

Oleh kerana itu, agar dapat menikmati kehidupan yang bahagia dan tenang: jangan menyimpan apa yang tidak baik di dalam hidup kita (tahukah anda: sakit hati, iri hati, dendam, dan kemarahan juga boleh menyebabkan penyakit serius bahkan kematian). Mari cuba, menyimpan hanya yang baik dan bermanfaat.