Monday 29 April 2013

jika masa itu boleh dibeli dengan wang..






Pada suatu hari, seorang Ayah pulang dari bekerja jam 9.00 malam. Seperti hari-hari sebelumnya, hari itu sangat meletihkan baginya. Sesampainya di rumah ia mendapati anaknya yang berusia 8 tahun  sedang menunggunya di depan pintu rumah. Seperti anaknya sudah menunggu lama.

"Kenapa belum tidur lagi?" Sapa sang Ayah pada anaknya.

Biasanya si anak sudah lelap ketika ia pulang kerja, dan baru bangun ketika ia akan bersiap berangkat ke pejabat di pagi hari.

"Saya menunggu Papa pulang, kerana aku mau tanya berapa  gaji Papa?", Kata anak.

"Hai, kenapa  nak tanya gaji Papa ni? Kamu mahu wang ya? ", Jawab sang ayah.

"tak pa, sy cuma mahu tahu aja ..." jawab anaknya
.
"Baiklah, kamu boleh kira. Setiap hari Papa bekerja sekitar 10 jam dan dibayar Rm100 Setiap bulan rata-rata dikira 25 hari kerja. Jadi gaji Papa satu bulan berapa? ", Tanya sang ayah.

Si anak kemudian berlari mengambil kertas dari meja belajar sementara Ayahnya melepaskan kasut dan mengambil minuman.

Ketika sang Ayah ke bilik untuk berganti pakaian, sang anak mengikutinya.

"Jadi kalau satu hari Papa dibayar Rm100 utuk 10 jam, bermakna satu jam Papa digaji Rm10 kan!"

"Kamu pintar, sekarang boleh tidur .. sudah malam ni"

Tapi sang anak tidak mahu berganjak. "Papa, boleh saya pinjam wang 5 ringgit tak?"

"Dah malam ni, buat apa minta wang malam-malam ni. Sudah, besok papa bagi,ok? Sekarang kamu tidur "

"Tapi papa .."

"Sudah, sekarang tidur" suara sang Ayah mula meninggi.

Anak kecil itu berbalik menuju ke biliknya.

Sang Ayah tampak menyesali ucapannya. Tak lama kemudian ia menghampiri anaknya di bilik. Anak itu sedang teresak-esak sambil memegang wang RM10.

Sambil mengusap kepala sang anak, Papanya berkata "Maafkan Papa ya! Kenapa kamu minta wang malam-malam begini .. Besok kan ada boleh mintak, Jangankan 5 ringgit, lebih dari itu papa bagi. Kamu mahu pakai buat beli mainan kan? "

"Papa, saya tidak minta wang. Saya cuma pinjam ... nanti saya kembalikan kalau sudah menabung lagi dari wang jajanku. "

"Ya .. iya .. tapi buat apa?" Tanya sang Papa.

"Saya menunggu Papa pulang hari ini dari jam 8. Aku mahu ajak Papa main dam ular. Satu jam saja pa, saya mohon. Mama selalu cakap,waktu Papa itu sangat berharga. Jadi saya mahu beli waktu Papa. saya buka tabunganku,tapi cuma ada wang 5 ringgit je. Tadi Papa bagitahu, untuk satu jam Papa dibayar Rm10 .. Kerana wang tabunganku hanya 5ringgit sahaja, - dan itu tidak cukup, saya mahu pinjam 5 ringgit dari Papa "Si Papa cuma terdiam.

Dia kehilangan kata-kata lalu memeluk erat anak kecil itu sambil menangis. Mendengar perkataan anaknya, sang Papa langsung terdiam, ia seketika tersentuh, kehilangan kata-kata dan menangis ..

Ia lalu segera merangkul sang anak yang disayanginya itu sambil menangis dan minta maaf pada sang anak ..

"Maafkan Papa sayang ..." ujar sang Papa.

"Papa telah silap, selama ini Papa lupa untuk apa Papa bekerja keras. Maafkan Papa anakku",kata Papa dengan suara tangisnya.”

Si anak hanya diam membisu dalam dakapan sang Papa nya.

=================================================

Saya ingin bertanya kepada anda saat ini ..

apakah alasan anda untuk bekerja sangat keras dan mencari kejayaan kerjaya anda?Demi wang yang banyak? Atau sesungguhnya demi keluarga anda?Seringkali kita bekerja terlalu sibuk sehingga kita melupakan bahawa di akhir, keluargalah yang terpenting.

Tidak ada gunanya anda berjaya tapi pada akhirnya keluarga anda telah meninggalkan anda atau hubungan anda dengan keluarga telah rosak.Sesungguhnya, untung anak tersebut bicara dan berkomunikasi dengan orang tuanya untuk mencurahkan perasaannya.

Kebiasaanya, anak cenderung diam dan bahkan tidak berbicara sama sekali tentang dirinya kepada orang tua.

Ketika di tanya mereka hanya menjawab "Tidak ada apa-apa"

Bagaimana caranya anda boleh menyelesaikan masalah jikalau anda bahkan tidak tahu masalahnya dimana?


"Menurut anda, lebih baik anda mencintai anak anda atau Anak Anda merasa di cintai oleh Anda?"Cuba renungkan jawapan dari pertanyaan tersebut ..



No comments:

Post a Comment