Monday 26 October 2015

Nikmat Allah yang dicapai dengan kelalaian.

Allah SWT ingin memberitahukan kepada orang-orang yang beriman, nikmat yang didapat oleh mereka, adalah datangnya daripada Allah SWT. (وَمَا بِكُم مِّن نِّعْمَةٍ فَمِنَ اللَّهِ). Apa saja nikmat yang kamu dapat itu datang nya daripada Allah SWT, kita memastikan nikmat itu datang dari Allah, sebab salah satu nama Allah SWT adalah almun3im(المنعم), yang maha memberi nikmat, kenyataan atau realiti dari nama Allah yang maha memberi nikmat, bila Nampak nikmatnya kepada makhluknya.

Bagaimanakah kita mahu mengetahui nama Allah SWT almun3im (المنعم)? melalui nikmat yang Allah beri kepada makhluk-makhluknya, termasuk kepada haiwan, makhluk-makhluk yang lain. Oleh kerana yang demikian, setiap nikmat yang didapat oleh seseorang, maka janganlah orang itu lupa, kalau datangnya nikmat itu, walaupun dia itu berusaha, dia yang bekerja, walaupun dia menggunakan semua kekuatanya untuk mendapatkan nikmat, maka kerna terpukau dengan banyaknya nikmat, jangan gah sudah berjaya, untuk mendapatkan nikmat, lupa kepada memberi nikmat.

Dan bahagian daripada ghaflah(غَفْلَة) kelalaian yang dicapai atau didapat, atau dilakukan oleh seseorang, bila mana melihat nikmat, lupa kepada yang memberi nikmat. Oleh kerana demikian, didalam surah alkahfi, Allah SWT menceritakan tentang dua orang yang bersaudara, yang satu kaya, yang satu miskin, kemudian yang kaya ini punya kebun anggur, kurma, dan cukup cantik, ketika masuk membawa temannya, masuk kekebun kurma dan juga anggur, dia mengatakan :

مَا أَظُنُّ أَن تَبِيدَ هَٰذِهِ أَبَدًا

Saya tidak menyangka kalau kekayaan yang saya punya ini, akan habis. (surah al-kahfi : 35)

وَمَا أَظُنُّ السَّاعَةَ قَائِمَةً
Mungkin saja kiamat juga tak terjadi. (Surah al-kahfi : 36)

Dia mengatakan mungkin juga kiamat tak akan terjadi, sebab apa? Sebab kalau dia yakin kiamat akan terjadi, habis kekayaannya, dia tak mahu habis, macam mana dia masih berkhayal nikmatnya tidak  habis, dipasang dalam otaknya itu kiamat tidak akan terjadi. Macam dia yang ‘control’ kiamat itu terjadi atau tidak.

Apa sebab dia boleh meng”khayal”kan dirinya dengan pemikiran yang begitu tidak masuk akal, sebab kerana, melihat kepada nikmat, lupa kepada pemberi nikmat. Oleh sebab itu ketika orang ini masuk kekebunnya, Allah SWT berfirman tentang orang ini, masuk ke kebun, dalam keadaan zholim kepada dirinya sendiri.

Kenapa dikatakan zholim kepada dirinya sendiri?  Sebab melihat nikmat diberikan oleh Allah SWT, tidak diingati, tidak di insafi, kalau datangnya nikmat, tumbuh-tumbuhan yang tumbuh itu, kurmanya, anggurnya, adalah dari Allah SWT yang menumbuhkan.
Lalu kata temannya,

 وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

Tidakkah kamu sepatutnya, wahai saudaraku, ketika kamu masuk ke dalam kebun kamu yang indah dan subur, ketika melihat itu, kamu mengatakan “Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? (surah al-kahfi : 39)

Tidakkah kamu melihat nikmat itu kamu cakap :  (مَا شَاءَ اللَّهُ)? Diingatkan oleh siapa? Oleh temannya, oleh saudaranya, supaya ketika melihat kepada nikmat, jangan lupa kepada pemberi nikmat, maka dalam hal ini, ketika ayat tadi itu, memberitahu kepada kita akan perisai, untuk mengekalkan nikmat yang diberikan oleh Allah ketika kita mendapatkan nikmat yang Allah berikan. Bila kita melihat apa saja nikmat kita mengatakan (مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ) .

Ini umapama benteng, umpama perisai, yang membentengi nikmat yang diberikan oleh Allah SWT, untuk tidak hancur, sebab apa? Sebab itu tadi seseorang yang sombong dalam kisah diceritakan oleh Allah SWT yang lupa, yang tidak bersyukur, yang tidak ingat kepada Allah SWT, ketika melihat tanamannya, apa yang berlaku kepada kebunnya itu?

Dalam sekelip mata dimusnahkan oleh Allah SWT. Dalam sekelip mata semuanya sirna. Barulah dia menyesal, “andai aku tidak syirik kepada Allah, andai aku tidak kufur kepada Allah, andai aku bersyukur kepada Allah”, tapi sudah mengandaikan sesuatu yang sudah menjadi satu hukuman dari Allah SWT.

Izan, Allah dalam ayat ini berfirman,

 مَّا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللَّهِ

Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah (surah an-Nisa: 79)

Apa saja nikmat yang kamu dapat, berupa nikmat, berupa rezki, berupa sehat, apa saja berupa kenikmatan datangnya daripada Allah SWT.

  الله تعالى اعلم

Thursday 22 October 2015

kunci ilmu.

Didalam perjalanan menuju ibadah yang sempurna kepada Allah SWT, yang merupakan satu  rintangan atau tahap pertama mesti dilalui oleh sesiapa yang dilalui oleh sesiapa di atas muka bumi ini yang menuju kepada Allah SWT. Dan tak seorang pon diatas muka bumi ini melainkan dia berjalan menuju kepada Allah SWT.

Hanya saja, tak semua manusia yang ada diatas muka bumi ini, menyedari matlamat daripada hidupnya perjalanannya menuju kepada Allah dengan mengabaikan tuntutan untuk merealisasikan matlamat tersebut.

Didalam hidup ini, manusia berjalan menuju kepada Allah SWT, yakni untuk beribadah kepada Allah. Maka tiadalah mungkin seseorang boleh sampai dalam beribadah kepada Allah melainkan dengan ilmu.

Ini adalah rintangan pertama atau tahap pertama yang mesti di lalui oleh seseorang didalam berjalan menuju kepada Allah SWT.

Kata imam az-Zabidi dalam syair-nya :

خذ من كل فن احسنه

Ambillah dalam setiap bidang itu, yang cukup untuk kamu faham.

Perkara yang wajib kepada kita, solat, puasa, zakat, haji, nikah jika kita akan melangsungkan kepada pernikahan. Mesti tahu, jangan tahu “aku terima nikahnya” saja. Tahu apa itu rukun nikah, tahu syarat-syarat nikah. Tahu tuntutan dalam nikah.

Ini perkara penting didalam ibadah yang kita nak lakukan. Ada ilmu untuk melakukan ibadah tersebut. Ambillah ilmu dalam setiap bidang itu, yang terbaik untuk kamu. Lebih-lebih lagi ilmu fardhu ain, yang tidak terkecuali kepada semua orang. Tak kira dia ustaz atau bukan ustaz, engineering ke, pekerja kedai makan ke, masalah fardhu ain tak boleh dia tak tahu.
Sebab tak di bezakan oleh Allah SWT untuk pengetahuan ilmu tersebut mengikut latar belakangnya. Setiap muslim mesti tahu. Kepada perkara yang basic dan asas.

Kata Baginda Rasulullah SAW, memberikan perumpamaan orang berilmu ini ada tiga(1) :

مثل ما بعثني الله به من الهدى والعلم كمثل غيث أصاب أرضا فكانت منها طائفة طيبة قبلت الماء فأنبتت الكلأ والعشب الكثير

Perumpaan pertama orang yang berilmu umpama hujan turun, jatuh atas tanah, tanah ini subur lalu tanah ini menumbuhkan tumbuhan dan tumbuh-tumbuhan ini dimanfaatkan oleh orang lain.
Ini adalah ilmu yang bermanfaat. Umpama hujan yang turun, umpama ilmu yang diberikan oleh Allah SWT kepada seseorang.  Umpama orang yang dapat ilmu daripada Allah SWT, dihayati ilmu itu untuk dirinya. Umpama tanah tadi yang menerima air, tanah itu adalah subur, dan benih yang diletakkan itu akan menyatu dengan tanah melalui air tadi. Umpama ilmu yang diberikan pada hati seseorang itu bersemadi didalam hati orang yang mendapatkan ilmu, berkesan ilmu itu didalam hatinya, dan dia memanfaatkan kepada ilmu tersebut.

Ada pun tumbuh-tumbuhan yang tumbuh ini, ilmunya bila mana disampaikan. Baik diamalkan atau disampaikan kepada orang lain.
Maka didalam hal ini, seseorang yang mempunyai ilmu dan beramal, umpama tadi hujan turun atas tanah, dan tanah itu menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan di manfaatkan oleh makhluk lain.
Ini aalim aamil. Yang berilmu dan beramal. Yang ini nombor satu.
 وكان منها أجادب أمسكت الماء فنفع الله بها الناس فشربوا منها وسقوا وزرعوا وأصاب طائفة
Yang kedua tanah yang seperti tanah berlopak, atau berkawah, air hujan yang turun bertakung disitu, orang lain ambil air itu untuk ambik manfaat, tapi tanah itu tak boleh ambik manfaat. Kerana dia tak menumbuhkan tumbuh-tumbuhan.

Bertakung, orang lain boleh ambil manfaat. Tapi dirinya tak dapat ambil manfaat. Pasal apa? Kerana tak dapat menumbuhkan tumbuh-tumbuhan.

Ini umpama orang ada ilmu, menyampaikan pada orang lain. Tapi dia tak beramal. Dia boleh mengajar, tapi dirinya tak beramal. Umpama hujan turun di atas lopak, atau bentuk kawah, bertakung, orang lain boleh ambil, untuk siram tanaman mereka, untuk mandi, untuk wudhu’ untuk apa saja. Tapi tanah itu tak mendatangkan manfaat apa-apa melainakn takungan air tersebut.

Yang ketiga,

إنما هي قيعان لا تمسك ماء وتنبت كلأ

Jenis tanah ketiga adalah tanah yang tidak bisa menampung dan tidak bisa menyerap air.

Umpama tanah yang keras, yang kalau hujan turun, macam turun atas batu memercik, tiada manfaat. Orang ini dia dapat ilmu, tak di manfaatkan oleh orang lain, tak dimanfaatkan oleh dirinya.
Perumpamaan orang berilmu dan beramal dan orang memanfaatkan ilmunya, orang yang dapat ilmu tak beramal tapi dimanfaatkan oleh orang lain, dan orang yang dapat ilmu, tak beramal dan tak dimanfaatkan oleh orang lain.

Kunci semuanya ada pada ilmu.

الله تعالى أعلم بالصواب
______________________________________________________
Rujukan : الكتاب : شرح رياض الصالحين



Thursday 15 October 2015

Islam ibarat mengenggam bara api.


Di suatu zaman nanti, bahawasanya orang yang ingin mengajak kepada perkara yang baik dan mencegah kepada yang mungkar akan terancam, disebabkan perubahan zaman, disebabkan keadaan yang mengelirukan kepada orang ramai, sehingga berlaku kekeliruan, dan kecelaruan, didalam agama khususnya, sehingga orang tidak dapat membezakan yang mana yang haq dan mana yang bathil.

Firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَيْكُمْ أَنفُسَكُمْ ۖ لَا يَضُرُّكُم مَّن ضَلَّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْ

Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). (Surah al-Maidah : 105)

Rasulullah bersabda (1) :

بل ائتمروا بالمعروف ، وتناهوا عن المنكر

Teruskan kamu dalam mengajak orang lain kepada perkara baik, dan cegahlah orang lain daripada melakukan kemungkaran.

حتى إذا رأيت شحا مطاعا ،

Sehingga kalau kamu nampak seorang yang kedekut diikuti.

Orang kedekut yang diikuti maksudnya adalah, orang yang kedekut dengan hartanya, dan hatinya redha kalau dirinya kedekut. Disokong oleh orang lain sikap kedekutnya. Orang yang mempunyai kedudukan, yang kedudukannya boleh dimanfaatkan untuk membantu orang lain. Bila mana kedekut dengan kedudukannya untuk membantu orang lain, maka diikuti oleh pengikutnya, ini adalah bahagian orang yang disifatkan oleh Nabi SAW dirinya redha dengan sifat kedekutnya, selesa dengan sifat kedekutnya.

وهوى متبعا

Dan sehingga kamu melihat, kepada orang yang menjadikan hawa nafsunya imamnya, yang menjadikan hawa nafsunya ikutannya, yang menjadikan sifat rakusnya dipenuhi daripada apa keinginannya, dan kamu melihat yang kedua ini, adalah orang yang menjadikan hawa nafsu menjadi ikutan dalam segala hal, dalam jawatannya, dalam hartanya, dalam kedudukannya, dalam hal apa saja, yang mengikut kepada hawa nafsunya sendiri, dan menjadikan hawa nafsu adalah ikutan, dan ini adalah perkara yang amat merbahaya kepada orang yang menjadikan hawa nafsunya adalah ikutan kepadanya.

Bukankah dalam Al-Quranul Kareem Allah berfirman tentang orang yang berilmu, yang ada ilmu, akan tetapi boleh dikalahkan dengan hawa nafsunya kerna dahsyatnya hawa nafsu bila mana tidak diperhatikan oleh seseorang.

أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَىٰ عِلْمٍ

Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar) (surah Al- Jaathiyah: 23)

Tidakkah kamu melihat kepada golongan orang yang menjadikan hawa nafsunya, adalah sebagai tuhan. (وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَىٰ عِلْم) dan disesatkan dalam keadaan dirinya menyedari, dalam keadaan dirinya mengetahui dan berilmu. Akan tetapi mudah terkalah dengan hawa nafsu.

Kata penyair  :

توق نفسك لا تأمن غوائلها ... فالنفس أخبث من سبعين شيطانا

Hati-hatilah kamu dengan perangai hawa nafsu kamu … sesungguhnya perangai hawa nafsu ini adalah lebih jahat, lebih buruk daripada 70 gangguan syaitan.

Demikian didalam Al-Quranul kareem Allah berfirman :

وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي ۚ إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ

Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan (surah Yusuf: 53)

Hawa nafsu adalah sentiasa menyuruh orang melakukan perkara buruk  dan perbuatan jahat. Tuduhlah perbuatan hawa nafsu didalam tuntutannya apa sahaja, walaupun hawa nafsu ini zahir nya menyantuni kepada yang baik, terlebih dahulu letakkan “tanda Tanya” kerna hawa nafsu sentiasa menyuruh kepada orang melakukan perbuatan yang buruk.

Bila mana mengkehendaki yang baik, tengok dulu apa matlamat daripada kehendak yang baik itu. Mungkin disebalik kebaikan untuk dipakaikan pakaian yang baik tapi hakikatnya adalah bathil, kerana daripada tipu muslihat syaitan memakaikan pakaian bathil dengan pakaian yang indah. Sehingga Nampak bathil saperti haq, Nampak perkara mungkar seperti maaruf. Nampak salah dipakaikan dengan pakaian yang benar.

Ini adalah kecenderungan hawa nafsu, mungkin ingin mendapatkan matlamat yang baik, caranya menipu, caranya berdusta, caranya berkhianat, bagaimana cara yang baik dicapai dengan cara yang tak baik, mustahil Allah SWT akan menjadikan matlamat yang baik boleh dicapai dengan cara yang tidak baik.

Setelah kamu melihat orang kedekut yang diikuti, dan orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai imam, kemudian disabdakan Baginda SAW lagi :


ودنيا مؤثرة

Dan juga dunia, yang didahulukan berbanding agama. Kebendaan yang didahulukan daripada perkara-perkara yang baik dalam ajaran agama. Bila mana dunia didahulukan, bila mana kebendaan didahulukan. Bahkan dikorbankan agama untuk kebendaan. Inilah ciri-ciri yang disebutkan oleh Nabi SAW, supaya kita lebih fokus untuk menjaga diri kita sendiri.

Baginda SAW bersabda :

الدُّنيا ملعونَةٌ ملعونٌ ما فيها إلاّ ذكرَ الله وما والاَه، وعالمٍ أو مُتعلّمٍ

Dunia ini hakikatnya jauh daripada rahmat Allah, kecuali orang yang memanfaatkan didunia nya untuk berzikir kepada Allah SWT, atau orang yang berilmu, atau orang yang belajar mendapatkan ilmu. ( Riwayat At-Tirmizi )

Maka demikian itu sabda Rasulullah SAW dalam menyingkapi keduniaan tempat kita menanam dan bukan untuk kita berada di dunia untuk kekal selama-lamanya. Sifat yang ketiga disebut oleh Nabi SAW, untuk kita menjaga diri kita sendiri.

Lalu yang keempat adalah :

وإعجاب كل ذي رأي برأيه

Dan bila kamu Nampak orang yang bangga dengan pandangannya, bangga dengan ideologi-nya, bangga dengan kajiannya, bangga daripada buah pikirannya, tanpa ditimbang dengan Al-Quran dan AS-sunnah yang datang dengannya Baginda Rasulullah SAW. Yang susah berinteraksi dengan pandangan orang lain walaupun berselisih, yang menganggap dirinya benar berbandingkan kepada orang lain.

Bila mana melihat golongan seperti ini juga bangga dengan pandangannya sendiri. Adalah kriteria yang keempat disebutkan oleh Nabi SAW.

Bilamana perkara ini terjadi, orang kedekut diikuti, hawa nafsu yang diikuti, kemudian dunia yang didahulukan berbandingkan agama, orang yang bangga dengan pandangannya sendiri. Apa kata 

Baginda SAW :

  فَعَلَيْكَ نَفْسَكَ ، وَدَعْ عَنْكَ أَمْرَ الْعَوَامِّ

Hendaklah kamu jaga diri kamu sendiri, tinggalkan apa yang berlaku diluar sana.
Yang berlaku dengan orang yang kedekut dengan hartanya dan juga kedudukannya, yang mengikut kepada hawa nafsunya, yang mendahulukan kepada dunia berbanding kepada agama, yang bangga dengan pandangannya, biarkan mereka sibuk dengan urusan mereka sendiri.

Dan jagalah diri kamu sendiri dan juga orang yang rapat dengan kamu, keluarga kamu, anak-anak kamu, dan orang-orang yang ada hubungkait langsung dengan kamu. Jaga mereka.

فإن من ورائكم أيام الصبر الصبر فيه مثل قبض على الجمر للعامل فيهم مثل أجر خمسين رجلا يعملون مثل عمله وزادني غيره قال يا رسول الله أجر خمسين منهم قال أجر خمسين منكم
Sesungguhnya di belakangmu nanti akan ada hari-hari penuh kesabaran. Sabar pada hari itu seperti halnya memegang bara api. Orang yang beramal pada waktu itu akan diberi pahala seperti pahala lima puluh orang lain yang beramal seperti amalnya. Para sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, pahala lima puluh orang dari kalangan mereka ?”. Baginda sallallaahu ‘alaihi wa sallam menjawab : “Bahkan limapuluh orang di antara kalian”

Rasulullah SAW memberitahukan zaman demi zaman, bukan semakin akan tetapi akan semakin buruk dan semakin buruk, buruknya adalah mengancam kepada agama. Buruknya akan menggegarkan  tiang-tiang agama. Yang sehingga kata baginda SAW (مثل قبض على الجمر) orang yang berpegang kepada agama di akhir zaman umpama orang yang menahan dang memegang bara api di tangannya.
الله تعالى اعلم
________________________________________________________

(1)  Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam Khalqu Af’alil-‘Ibaad no. 155, Abu Dawud no. 4341, At-Tirmidzi no. 3058, Ibnu Majah no. 4014, Ath-Thabariy dalam Tafsir-nya 7/97, Ath-Thahawiy dalam Syarhul-Musykil no. 1171-1172, Ibnu Hibbaan no. 358, dan yang lainnya. Hadits ini dla’if, kecuali lafadh : “Sesungguhnya di belakangmu nanti akan ada hari-hari penuh kesabaran….” ; sahih. Lihat Dla’iif Ibni Majah hal. 326 no. 801, Silsilah Ash-Shahiihah 1/892-893 no. 494, dan Dla’if At-Tirmidzi hal. 320 no. 3058.


(2) rujukan : tafsir ibn kathir , syuruh hadis tuhfat al ahwazi.