Friday 4 September 2015

insurans akhirat.



Nabi S.A.W bersabda : Anggota badan ini, setiap pagi dia akan mengatakan pada lisan, kepada lidah : Wahai lisan, kami ini semua ikut kamu. Kalau kamu lurus, kami lurus dibelakang kamu, jika kamu melakukan perkara yang tak betul, maka kami pun akan ikut bersama dengan kamu.(riwayat at-Tirmizi)
وقد قال عليه الصلاة والسلام : ((إذَا أصْبَحَ ابْنُ آدَم فإنَّ الأعْضَاءَ كُلَّها تُكَفِّرُ اللِّسَانَ فَتَقُولُ: اتقِ اللَّهَ فِينا فإنما نَحْنُ مِنْكَ، فإنِ اسْتَقَمْتَ اسْتَقَمْنا، وَإنِ اعْوَجَجْتَ اعْوَجَجْنا)) أخرجه الترمذي وحسنه الألباني.
Siapa menjadi imam? Lisan. Kata baginda S.A.W berkata kepada saidina muaz :
(يا نبي الله ، وإنا لمؤاخذون بما نتكلم به ؟) Adakah kami akan dikira, dihisab setiap kalimah yang keluar dari mulut ini? Kata baginda S.A.W  

ثَكِلَتْكَ أُمُّكَ يَا مُعَاذُ ! وَهَلْ يَكُبُّ النَّاسَ فِي النَّارِ عَلَى وُجُوهِهِمْ - أَوْ قَالَ : عَلَى مَنَاخِرِهِمْ - إِلَّا حَصَائِدُ أَلْسِنَتِهِمْ. رواه الترمذي ، وقال : حديث حسن صحيح

Semoga engkau selamat ! Orang nanti diakhirat nanti dicampakkan ke dalam api neraka, muka nya dicampakkan dahulu ke neraka. Dalam riwayat yang lain kepala nya dicampakkan dahulu.(riwayat at-Tirmizi : hadis hasan sohih)

Sebabnya adalah, mulut mereka, sehingga hukumannya di akhirat nanti, yang pertama dihukum, bahagian yang paling hampir dengan mulut, apa itu? Muka. Sebab mulut ada dikawasan muka, orang boleh dihukum kaki nya dahulu, boleh badannya dulu. Tapi mereka yang tak jaga ini mulut, muka nya dulu akan dicampakkan oleh Allah Ta’ala (wa iyyazu billah).

Dan Nabi S.A.W memberikan jaminan, insurans, dan ini adalah sebaik-baik insuransi daripada Nabi Muhammad S.A.W. Bagi siapa yang mahu meletakkan insurans, insuransi yang ada didunia ini, di akhirat nanti akan dipersoalkan insuransi itu juga.  Tapi insuransi Rasulullah S.A.W gerenti mempunyai jaminan, apa kata Nabi S.A.W?

مَنْ ضَمِنَ لي ما بينَ لَحْيَيْهِ ورجليهِ ضَمِنْتُ لهُ الجنَّة

Siapa yang menjaga dua bibirnya (lisan), dan dia jaga dua pahanya(kemaluan), aku jamin dia masuk syurga.(riwayat Bukhari)