Monday 6 December 2010

hadirkan lah aku pena..utk aku menulis

waktu tidak lengah meninggalkn lagi dan tahun menerjah masuk ke alam baru,aku meneliti setiap yg terjadi,melihat kesan dan menghimpunkan segala persoalan yg belum terjawab,apakah azam yg aku tanamkan ditahun lepas jelas nyata aku kecapi sehingga akhir thn ini,apekah pendedahan hijrah dan langkah2 yg aku tanamkan dalam diri ini menjadi realiti?atau sekadar mencukupkan kadar azam,menjadikan diri lebih gah dengan ada nya azam,dan adakah aku meletakkan azam itu tepat pada tempat nya?atau tidak?atau aku berlaku zalim dan langsung x meletakkan pada tempatnya..?betapa aku rugi dengan diri aku,masa itu melangkah pergi dan aku lg dalam kerugian..

mereka yg bersama2 aku selama thn ini,mungkin ada kesan sampingan yg aku sendiri sembunyikan,aku langsung mengetepikan perasaan aku lg,dan setiap hari mengajar aku aturcara kehidupan,dan melihat diri sndiri yg xmampu menongkah arus kehidupan,jika bukan aku tertuduk,aku langsung xmampu mengangkat kepalaku ke langit..adakah kerana aku lemah?atau aku sombong langsung tidak bertanyakan tuhan ku?dimana sombongku itu..?sehingga kn aku melihat diri sndiri mampu berjalan,tetapi tidak tahu yg ada itu kurniaan yg diberikan oleh sang Raja,Raja segala Raja,dan pemilik semua alam dan khidupan..

sehingga waktu ini,melihat mereka itu gembira dan terus dengan ada nya pemilihan utk hidup,dan setiap pemilihan adalah kemahuan dan keperluan,aku juga mahukan itu,dan perlukan ini,menjadikan segala keperluan dan kemahuan itu bertindak dibatasan,dan bkn kerana ego dan sombong aku pada tuhan,jika smua diberikan pada aku dan aku langsung melupakan tuhanku,jauhkan lah keperluan dan kemahuan itu dari diri ini,ckuplah bagiku tuhan ku..dan aku tidak mahu yg lain..

terkadang aku ada merasakan hilang mencari rindu,langsung mencari makhluk..disetiap kala aku merasai rindu itu membuatkan aku bingung,apekah yg aku lakukan ini adalah benar,dan apekah perasaan ini..?aku memberhentikan diri aku,duduk dan diam..qiam kembali mencari apa erti rindu,malah sujud yg ada..melengkapkan lagi keadaan rindu itu menjadi sgt indah..jika bkn keranaMU tuhan,aku xperlukan makhluk utk memuaskn erti rindu itu..

dan bagiku,hidup dan matiku dan selamanya utk tahun baru dan disetiap helaian itu ada nya azam,yg aku hnya perlukan tuhanku lebih dari aku perlukan diriku sndiri...dan hijrah itu adalah hijrah disetiap detik nafasku !

No comments:

Post a Comment