Tuesday 15 November 2011

kepada yang tidak memahami

sudah setahun genap aku menongkah arus kehidupan di tempat sendiri,dan pelbagai ragam yg berlaku,pejam celik pejam celik dah bertambah usia,bertambah hari dan minggu bahkan mencecah tahun aku menetap di negara sendiri,terkadang teringat hujan emas di negara org,dan hujan batu dinegara sndiri,apekah benar pepatah ini?banyak benda yang diambil mudah mendatangkan kesan mudharat yg meninggalkan kesan garisan yang tidak terpadam,malah memberi kesan yg setimpal dengan apa yang sudah dilakukan.

kau dahulunya hebat berkata2,tapi sekarang mana kata2 hebatmu?dulu kau sahaja yang terbaik,mana kesan2 atas apa yg kau kerjakan?dulu gah kau dengan motif dan propaganda yang kini hanya ada asap dan angan2?mana janji2 manis yang tinggal kenangan kau hamburkan,tak nampak hasilnya?tunjukkan aku manusia yang sempurna semua nya mampu melakukan segala-galanya dengan jayanya?sekurang2 nya aku sudah mencuba,tetapi nilainya tidak sebaik yg disangka,tidak sesempurna yang di inginkan..

sunyi hati ini,terkadang tiada tempat untuk meluahkan isi hati,pedih hati ini bagai dirobek sang rakus dan aku diamkan diri,geram diperkotak katikkan dan aku tetap bersabar,bukanlah alasan untuk aku menunggu bantuan dan terus bersedih,mengharapkan ada yang membantu merawat luka2 yg xmampu sembuh dengan pantas,dan aku berjalan..tnpa menoleh melihat kebelakang,aku punya jalan dihadapanku,sibuk aku untuk teruskn perjalanan yg penuh dengan onak duri,ranjau dan segala jenis situasi..dan aku xperlu gentar,kerana ini lah jalanku,aku yang memilih untuk terus hidup walau ape pon terjadi,terus melangkah..indah atau getir itulah hakikat..

sabarku tidak akan tetap lama,bila2 masa akan jauh pergi,sungguh pun hati itu keras,marah terlalu sedikit,mengeluh tetap ada,bohong jika mengatakan tiada,kerana keluhan itu ada disetiap detik yang berlaku,kerana tidak mampu menghadapi had kekurangan pada diri sendiri,aku tahu had itu berbeza2 kadarnya,terkadang had akan terlalu rendah dalam situasi2 yang berbeza,dan terkadang mampu memberi had maksima untuk meneruskan tahap maksima lalu tidak terkawal tekanan dan emosi serentak berlaku,dan amarah itu tiba,dan semuanya terlepas,semuanya keluar mencari ruang tempat,dan sabar itu telah pergi,meninggalkan ku sendiri.

teramat rindu aku pada hayat yang lepas,walau di kota asing dan berlaku banyak suka duka,tetapi teramat indah aku lalui,tetapi hayat itu sudah berlalu dan tidak sama pada hayat ini, hayat dahulu itu mengajar aku erti hidup dan memberi aku seribu satu jalan untuk aku menongkah arus dihadapanku,semuanya bersifat sementara,terkadang aku diatas melonjak kegirangan,terkadang aku dibawah berduka cita,resam yang tidak pernah berubah,hakikatnya manusia merasa segalanya...kelainan itu membuat tidak semua memahami,maafkan lah aku yang kerdil dan tidak sempurna jika bersifat tidak memahami..


1 comment:

  1. da lame x dgr kabar org nih....hopefully sume oke.dgr crite da bertunang yer?...semoga sampai ke jinjang pelamin^^

    ReplyDelete