Thursday 2 September 2010

mungkin berjalan,dan langsung berlari..

bila langkah aku tiba di kaherah..harapan aku meninggi,agak menahan dengan tapak tgn kerana sinarnya terlalu menyilaukan..terlalu sesak,padat dan seperti manusia itu berkerumunan mencari arah masing2..tapi x pernah berkurangan..seminggu ini aku terasa berlainan situasi..melayu dimana2 kelihatan,sepertinya negara ini melayu itu penduduk asal..kerana sama banyak dengan penduduk tempatan..

mungkin ramadhan di kaherah sgt meriah,hidangan "al-maidah" bertaburan di seluruh pelosok tempat,dan xpernah aku lihat mknn yg banyak dihidangkan melainkan dibulan ramadhan ini..langsung xpernah kesah dengan mknn,kerana al-maidah itu ada dimana2,tunggu dan dihidangkan apabila azan mula berkumandang..mata wang yg digunakan nampak murah dan barang2 jauh berbeza dari tempat2 lain,mungkin mata wang pound egypt terlalu murah..dan barang2 tidak la terlalu mahal..

aku dijemput ke rumah kwn aku,dan terus sahaja dihidangkan dengan santapan sanad dan qiraat,pelbagai ilmu2 yg diterangkan dengan sungguh2 oleh salah sorang ahli rumah kwn aku,aku sedikit mengangguk dan mengukir senyuman,jauh dalam hati ingin juga merasakan ilmu yg diterangkan oleh hamba Allah itu..aku terus sedikit jatuh cinta dengan ilmu baru ini...aku cube membaca sedikit2,aku mmg mahukan ini..aku mmg mencari,utk diriku,dan kerana tuhanku,aku terlalu ingin ini..

esok mungkin aku berhijrah mencari sedikit mata pencarian utk teruskan kehidupan seharian,mungkin sedikit kecewa mak aku bila menolak wang2 yg dianugerahkan..aku bkn ego,tapi xmahu menyusahkan..lebih2 lagi raya sudah hampir..dan mereka lebih memerlukan..setakat ini aku masih mampu mengerahkan tulang 4 kerat aku,dan terus mendapatkan hasil titik peluh aku..aku hanya perlukan doa2 sehari-hari utk aku dilimpahi Allah hujanan rahmat dan rezki , maafkan aku wahai ke-2 org tua ku,aku terpaksa menaikkan ego dalam diri ini,hanya kerana tidak mahu menyusahkan kamu berdua..selagi aku dikandung hayat..Ya Allah,bila kau uji aku kali ini,kau letakkan la aku ditempat org yg soleh dan jauhkan aku dari kufur dengan nikmat diberikan,dijauhkan rasa ego langsung menyalahkan taqdir..tawakal aku hnya padaMU,lailatul Qadar aku harapkan sesuatu darinya..insyaAllah

No comments:

Post a Comment