Alkisah, ada seorang penebang kayu. Suatu hari dia kehilangan kapaknya, sehingga dia tidak boleh bekerja. Dia berasa curiga dengan jirannya, mungkin jirannya yang mencuri kapak miliknya.
Pagi itu ketika sang tetangga berangkat &
menutupi peralatan kerjanya dengan kain, dia merasa kapaknya pasti
disembunyikan disana, apatah lagi jirannya itu senyum seperti tidak
ikhlas. Pasti dia pencurinya.
Esoknya, jirannya tiba-tiba menjadi sangat ramah,
selalunya senyap dan jarang menyapa,berbeza pula kali ini, sempat lagi bergurau
senda. Malah dilihat hasil tebangan kayunya dua tiga hari ni banyak sekali,
pasti dia menebang menggunakan kapak curiannya.
Semakin dipikir semakin yakin.
Pada hari ketiga baru disedari ternyata kapaknya
tersimpan di dalam laci dapur. isterinya yg menyimpan sebelum keluar ke pekan.
Senang hatinya kerana bertemu dengan kapaknya kembali.
Dia amati lagi jirannya yang lalu dihadapannya, dan
dia merasa jirannya ini tidak berkelakuan seperti pencuri dan senyumannya
kelihatan baik saja. Bahkan percakapannya juga sangat baik dan
jujur. Dia hairan kenapa kelmarin dia melihat jirannya itu seperti pencuri?
Persepsi membentuk kenyataan, pikiran kita membentuk
sudut pandang kita.
Apa yang kita yakini akan semakin terlihat oleh kita
sebagai kenyataan.
Sebagai contoh, apapun yang dilakukan orang yang kita
cintai adalah baik dan benar. Anak nakal dianggap lucu, kekasih pelik dianggap
berhemat, orang cerewet dikatakan perlukan perhatian, keras kepala dianggap
berprinsip & makanan tidak enak dikatakan berzat.
Hidup tidak pernah dan tidak ada yang adil, tidak ada
benar salah, kita ciptakan sudut pandang kita sendiri. Kita menemukan apa yang
kita ingin temukan. Apa yang terlihat bukan kenyataan, kenyataan adalah
siapa kita dan bagaimana kita memandang semuanya itu. Pandangan kita berubah
mengikuti perubahan zaman & keadaan.
No comments:
Post a Comment