Saturday 27 June 2015

Permohonan Dunia untuk kamu.



Suatu hari Khalifah Hisyam bin Abd Malik masuk ke dalam masjidilharam, tiba-tiba dia melihat Salim bin Abdullah bin Umar al-Khattab, seorang Ulama besar dan termasuk salah seorang fuqaha' yang tujuh. Beliau membawa kasutnya dengan kedua-dua tangannya. Ada yang mengatakan bahawa serban,kasut, dan bajunya hanya berharga lebih kurang 13dirham. Maka dilihat oleh khalifah Hisyam bersama para 'amir(gabenor), para menteri dan para pegawai, lalu dia bertanya kepadanya : "Wahai Salim, apakah kamu memerlukan sesuatu daripadaku?

Salim berkata: "Tidakkah berasa malu berkata seperti itu di dalam rumah Allah?"

Ketika Hisyam keluar, dia menunggu salim keluar di luar perkarangan masjid. Hisyam bertanya lagi: "Wahai salim tadi kita di dalam masjidilharam, sekarang kita berada di luar masjidilharam, apakah kamu memerlukan sesuatu daripadaku?"

Salim menjawab: "Daripada kepentingan dunia atau akhirat?", Hisyam menjawab: "Tentu sekali daripada kepentingan dunia."

Salim berkata: "Demi Allah,tiada Tuhan selain Dia. saya tidak memohon dunia yang dimiliki-Nya,bagaimana mungkin saya akan memintanya daripadamu yang sangat miskin ini! Sesungguhnya manusia itu miskin. Apakah manusia itu mengira bahawa kalau dia sudah memiliki wang berjuta-juta atau pelbagai istana, rumah serba mewah, teman-teman yang ramai, dia telah memiliki dunianya? Dia tidak mengetahui bahawa kecukupan dan kekayaan itu menetap di dalam hati, tatkala hati itu hidup bersama iman."

seorang penyair mengatakan :

Ambillah semua duniamu dan biarkanlah,
Hatiku merdeka, bebas dan terasing,
Sesungguhnya aku orang yang paling kaya antara kalian,
Walau kalian meninggalkan aku sendiri tanpa mempunyai apa-apa.

No comments:

Post a Comment