Monday 22 July 2013

kepala ayam yang enak !



Ketika pulang kerja seorang suami melihat isteri yang tertidur lena kerana kepenatan bekerja seharian di rumah. Sang suami mencium kening isterinya dan bertanya, 'mama, sudah solat Asar belom?' Isterinya terbangun dengan hati berbunga-bunga menjawab soalan suami, 'sudah pa.' Isterinya berganjak dari tempat tidur terus ke dapur dan membuka pinggan yang tertutup, petang itu isterinya memasak makanan kesukaan sang suami .

'Lihat nih, sy memasak lauk khusus kesukaan papa.' Piring itu dibukanya, ada sepotong kepala ayam yang terhidang untuk dirinya.

Sang suami memakannya dengan lahap dan menghabiskan. Isterinya bertanya, 'Pa, kenapa suka makan kepala ayam padahal saya dengan anak-anak paling tidak suka makan kepala ayam.' Suaminya menjawab, 'Itulah sebabnya kerana kamu tidak suka,jadi saya suka makan kepala ayam supaya isteriku dan anak-anakku mendapatkan bahagian yang terenak.'

Mendengar jawapan sang suami, terlihat butir-butir mutiara mulai menuruni pipinya. Jawapan itu menyentak kesedarannya yang paling dalam. Tidak pernah terfikirkan olehnya,ternyata sepotong kepala ayam begitu indahnya sebagai wujud kasih sayang yang tulus kecintaan suami terhadap dirinya dan anak-anak. 'Terima kasih ya papa atas cinta dan kasih sayangmu.' Ucap sang isteri. Suaminya menjawab dengan senyuman, pertanda kebahagiaan hadir didalam dirinya.

Kita seringkali mengabaikan sesuatu yang kecil yang dilakukan oleh seorang ayah namun mempunyai makna yang begitu besar, di dalamnya terdapat kasih sayang, cinta, pengorbanan dan tanggungjawab.

No comments:

Post a Comment