Wednesday 8 August 2012

Al-kisah jenaka Tofilah??


Jenaka Tofili ini adalah rekaan orang Jordan semata-mata. Ia bukan keadaan sebenar penduduk Tofilah. Dan ia tidak berkenaan dengan yang hidup atau yang da mati.

Sedikit info mengenai Tofilah :

Tofilah ialah nama sebuah daerah (ulu) yang agak terpencik di Jordan.Penduduknya dipanggil Tofili. Dimomok-momokkan bahawa penduduknya sangatlah tidak cerdik.Bermacam-macam cerita dikaitkan kepada mereka.
    Tofilah


Berikut ini ialah salah satu cerita yang ada :

Tersebutlah kisah ada sekumpulan syabab Amman(pemuda dari ibu kota negeri Jordan, Amman)telah berpakat mahu mencabar @ mengalahkan kebodohan Tofili.

Mereka pon berangkat ke Tofili dengan sebuah van. Apabila mereka sampai di padang pasir Tofilah. 

Mereka pon berhenti dan mengeluarkan perkakas memancing.

Lalu mereka pon mencampakkan batu kail ke tengah padang pasir (seolah-olah memancing di laut).
Dan sambil berbisik-bisik satu sama lain, “pada hari ini kita pasti akan kalahkan kebodohan Tofili.”

Sedang mereka asyik ‘memancing’,tiba-tiba ada seorang Tofili yang menunggang keldai lalu di kawasan  itu. Lalu bertanyalah Tofili tadi kepada pemuda-pemuda Amman yang sedang khusyuk memancing :






“banyak dah dapat ikan?”

Sambil bertanya pemuda Tofili tadi cepat-cepat membuka bajunya dan kemudian terus sahaja terjun dari keldainya.Lantas dia terus saja berenang di atas pasir ! Dia berenang dan terus berenang sambil sekali sekala menoleh kearah ‘pemancing-pemancing’ dari Amman itu.

Melihat perkara itu,pemuda Amman tersebut pulang dengan kecewa lagi berputus asa.Mereka mengaku kalah.

No comments:

Post a Comment