Wednesday 22 August 2012

tipuan zaman berzaman



 " Sihir telah difirmankan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al Quran di mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa a.s. Sihir juga ada diriwayatkan di zaman Nabi s.a.w. "


ADAKAH NABI PERNAH TERKENA SIHIR ?

Persoalan ini telah menjadi pertikaian para ulama Islam. Maka dalam hal ini kita merujuk kepada Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

Dari Aisyah: "Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka" (Bukhari dan Muslim)


Ulama-ulama yang menafikan hal ini memberi alasan bahawa ini merupakan sesuatuyang mengaibkan martabat Ar-Rasul s.a.w., akan tetapi menurut Qadhi Iyadh, katanya"(kejadian sihir) ini tidak mencacatkan kebenaran Baginda kerana telah jimak bahawaNabi dipelihara dari sudut itu. Cuma yang berlaku hanyalah di bidang yang harusberlaku di atasnya, di bidang duniawi semata-mata".Juga Qadhi "Iyadh menegaskan: "Dan sihir adalah merupakan satu daripada penyakitpenyakit".

Dengan ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat bahawa ia berlaku atas keizinan Allah s.w.t. Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan. Oleh itu bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan bekerjasamadengan syaitan bagi tujuan-tujuan tersebut


TANDA-TANDA TERKENA SIHIR 


Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-

1.Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.

2.Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup " meminum air yang mendidih.

3.Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.

4.Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.

5.Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doctor-doktor yang pakar.


CARA MENGHADAPI SIHIR 

Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah "Azza Wajalla. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, "Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.

Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.

Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah s.w.t. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin yang tidak beramal dengan petunjuk Allah s.w.t.

Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam perkara melawan sihir sahaja. Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak mengharuskannya sama sekali. Oleh yang demikian kita dapati di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini. Akan tetapi perlu diingatkan seperti yang dijelaskan dalam tajuk yang terdahulu (Masalah Berubat Dengan Perantaraan Jin), terdapat bahaya-bahaya yang banyak terutama bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu Taymiyah.


RASUKAN 

Satu lagi cirri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya:

"Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah".

Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin, ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah banyak, antaranya:-

1. Iblis - bapa segala jin
2. As Syaitan - syaitan
3. Al Muraddah - peragu (pewas-was)
4. Al Afariit - Ifrit (penipu-penipu)
5. Al A"wan - penolong-penolong (khadam)
6. Al-Ghawasuum- penyelam-penyelam
7. Atthiaruun - penerbang-penerbang
8. Attawabi" - pengikut-pengikut
9. Al Qarna" - pengawan-pengawan
10. Al "Ammar - pemaa"mur-pemaa"mur


PENGALAMAN MUJAHIDIN AFGHAN 

Diriwayatkan dalam kisah perjuangan Muhahidin Afghan bahawa pernah berlaku salah Seorang daripada Mujahidin telah dirasuki jin. Kemudian sahabat-sahabatnya telah Membacakan ayat-ayat suci Al-Quran kepada sahabat mereka yang sedang dirasuk itu. Akan tetapi bahawa jin yang merasuknya menjawab bahawa ia juga beragama Islam dan bahawa ayat-ayat Al Quran itu tidak akan memberi kesan apa-apa kepadanya. Maka apabila tiba Amir Muhahidin yang lebih arif, beliau lalu melaungkan azan dan seketika itu juga jin tadi telah gentar dan mengaku kesalahannya. Barulah jin itu menjawab ia sebenarnya beragama Nasrani dan bahawa ia adalah salah seorang daripda 5,000 jin yang dihantar oleh Pope untuk merosakkan bumi Mesir dan memporak-perandakan hubungan suami isteri. (Sejauh mana benar dakwaan jin ini wallahu"alam).


Diceritakan oleh al-‘Ufi dalam terjemahannya dengan keizinan dari Ibn ‘Abbas berhubung dengan Firman Allah azza wa jall :

وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلا تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُمْ بِضَارِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلاَّ بِإِذْنِ اللَّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ 
وَلا يَنفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُوا لَمَنْ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا بِهِ أَنفُسَهُمْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
البقرة : ١٠٢
{Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman(dan mereka mengatakan bahawa sesungguhnya Sulaiman itu mengamalkan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir(tidak mengamalkan sihir), hanya syaitan-syaitan itu yang kafir(mengamalkan sihir). Mereka mengajar sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil(Babylon) iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan : “Sesungguhnya kami hanya cubaan(bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir(dengan mempelajari sihir ini dari kami).”}

Apabila Sulaiman kehilangan kerajaannya, sejumlah besar daripada manusia dan Jinn mengkhianat dan mengikut hawa nafsu mereka. Tetapi apabila Allah swt pulihkan semula kerajaanya, dan pengkhianat-pengkhianat tersebut kembali semula pada Jalan Yang Benar sekali lagi, Sulaiman menawan Kitab Suci mereka di mana dia menyimpan di bawah takhtanya. Tidak lama kemudian, Sulaiman alaihissalam meninggal. Dengan segera, manusia dan Jinn selongkar Kitab Suci di bawah takhta Sulaiman itu dan berkata : Ini adalah buku yang didedahkan Allah kepada Sulaiman yang telah merahsiakan dari kita. Mereka mengambilnya sebagai agama mereka dan Allah berfirman :

{ وَلَمَّا جَاءَهُمْ رَسُولٌ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مُصَدِّقٌ لِمَا مَعَهُمْ نَبَذَ فَرِيقٌ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ 

كِتَابَ اللَّهِ وَرَاءَ ظُهُورِهِمْ كَأَنَّهُمْ لا يَعْلَمُونَ }.

{“Dan setelah datang kepada mereka seorang rasul di sisi Allah yang membenarkan apa (kitab) yang ada pada mereka, sebahagian daripada orang yang diberi kitab (Taurat) melemparkan Kitab Allah ke belakang (punggung) nya seolah-olah mereka tidak mengetahui (bahawa itu adalah kitab Allah).”}[Al-Baqarah : 101]

…dan mereka mengikut apa yang syaitan berikan yakni : alatan musik, dimainkan dan semua yang menghalang daripada mengingati Allah.

Dikisahkan dari Ibn Jarir :
Saya diberitahu daripada Abu As-Sa’ib Salamah Ibn Junadah As-Sawa’I daripada Abu Mu’awiyyah daripada Al-A’mash daripada  Al-Minhal daripada Sa’id Ibn Jubair dengan kebenaran Ibn Abbas dengan berkata :

Apabila Sulaiman mahu menyahut seruan alam atau berkasih dengan isteri-isterinya, biasanya dia akan memberikan cincinnya kepada seorang perempuan bernama Al-Jaradah. Apabila Allah Maha Kuasa mahu timpakan sesuatu ke atas Sulaiman, dia memberikan cincin itu kepada wanita tersebut.

Seterusnya, syaitan datang kepada wanita itu dalam rupa Sulaiman dan mengambil cincin itu daripadanya. Apabila syaitan memakai cincin itu, semua manusia, Jinn dan syaitan patuh kepadanya. Kemudian, Sulaiman datang kepada Al-Jaradah untuk meminta cincinnya dan dia berkata  : “Kamu penipu! Kamu bukan Sulaiman!” Jadi, tahulah Sulaiman bahawa ini adalah sebuah dugaan daripada Allah. Dengan ini, syaitan mampu buat sesuka hati mereka. Mereka menulis Buku Sihir dan kata-kata kufur di mana mereka tanamnya di bawah takhta Sulaiman. Selepas kematian Sulaiman, mereka menggali semula mencari buku ini, dan berkata : “Sungguh! Sulaiman itu selalu meminta tolong dengan buku ini!” Seterusnya, masyarakat mula menuduh bahawa Sulaiman itu kafir hinggalah datangnya Muhamamd  membawa ayat Quran yang bermaksud : { Sulaiman tidak kafir(tidak mengamalkan sihir), hanya syaitan-syaitan itu yang kafir(mengamalkan sihir).}

As-Sadiy berkata :
Firman Allah swt :
{Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman(dan mereka mengatakan bahawa sesungguhnya Sulaiman itu mengamalkan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir(tidak mengamalkan sihir), hanya syaitan-syaitan itu yang kafir(mengamalkan sihir).
Yakni :  Syaitan selalu mendengar perbualan antara malaikat-malaikat dengan teliti sekali mengenai apa yang terjadi di muka bumi ; mati, perkara ghaib ataupun perkara berkenaan tuhan. Kemudian, mereka datang untuk menginspirasi ahli nujum/tukang tilik mengenainya dan mereka pula memberitahu kepada orang ramai. Masyarakat mula mempercayai mereka, dan akhirnya tukang tilik mula mempercayai Syaitan yang setelah itu mula menokok tambah mengenai hal-hal yang dibincangkan malaikat dengan penipuan Syaitan ini.

Orang ramai mula mencatit mengenai hal ini dan mereka percaya Jinn tahu perkara ghaib. Sulaiman segera merampas catitan-catitan ini semua dan meletakkan di dalam peti dan  menanamnya di bawah takhtanya. Sesiapa sahaja yang mahu menghampirinya akan terbakar hidup-hidup.

Sulaiman mengisytiharkan bahawa sesiapa yang menyatakan bahawa syaitan tahu perkara ghaib bakal dipancung. Setelah kematian Sulaiman, syaitan datang menyerupai manusia dan berkata kepada masyarakat : “Aku akan bawa kamu kepada harta yang tidak akan habis selamanya”. Dia mengarahkan mereka untuk menggali takhta Sulaiman dan dia ke tepi. Dia berkata : Andai kamu gali dan tidak temui apa-apa, kamu boleh bunuh aku. Mereka menggalinya dan menjumpai tulisan itu.

Syaitan kemudian berkata : “Hanya dengan magik ini, Sulaiman mampu menakluk semua manusia, Jinn dan burung”. Kemudian, dia terbang. Kemudian menjadi fitnah pula bahawa Sulaiman itu adalah ahli sihir. Bani Israel menyimpan tulisan-tulisan tersebut mempertikaikan kepada Nabi Muhammad mengenainya. Tetapi Allah Maha Berkuasa, Dia mendedahkan kepada Muhammad FirmanNya :

{Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman(dan mereka mengatakan bahawa sesungguhnya Sulaiman itu mengamalkan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir(tidak mengamalkan sihir), hanya syaitan-syaitan itu yang kafir(mengamalkan sihir).}



Dikisahkan oleh Ar-Rabi’ Ibn Anas :

Yahudi itu selalu bertanya kepada Nabi Muhammad  mengenai perihal Kitab Taurat, dan setiap kali mereka bertanya, Allah mendedahkannya kepada Muhammad  yang mengalahkan mereka. Maka, mereka berkata : “Muhammad tahu apa yang telah didedahkan lebih baik daripada kita!” Kemudian, mereka bertanya baginda  tentang sihir dan Allah mendedahkan kepada Muhammad FirmanNya:
{Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman(dan mereka mengatakan bahawa sesungguhnya Sulaiman itu mengamalkan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir(tidak mengamalkan sihir), hanya syaitan-syaitan itu yang kafir(mengamalkan sihir). Mereka mengajar sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil(Babylon) iaitu Harut dan Marut,}. Dan Dia memberitahu Baginda Muhammad  bahawa Syaitan yang telah menulis buku tentang sihir dan ilmu tilik dan menanamnya di bawah takhta Sulaiman . Apabila baginda meninggal dunia, syaitan-syaitan membawa keluar magik tersebut dan memperdayakan orang ramai dengan berkata : “Ini adalah Ilmunya Sulaiman yang dia telah rahsiakan daripada kalian.” Nabi Muhammad  memberitahu Yahudi tersebut mengenai kisah itu dan mereka tunduk malu kekalahan dan tersindir.

Allah Maha Kuasa berfirman :
{dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil(Babylon) iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan : “Sesungguhnya kami hanya cubaan(bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir(dengan mempelajari sihir ini dari kami).” Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dapat memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya}

Yakni : Yahudi salah cakap bahawa Allah mengajar Sihir kepada Jibriel dan Mikail kepada Sulaiman Bin Daud, tetapi Allah tunjukkan kepada mereka kesalahan mereka itu. Tambahan Allah memberitahu Muhmmad  bahawa bukan Jibriel mahupun Mikail yang turun dengan Sihir dan Sulaiman itu bebas dari tuduhan Ahli Sihir. Allah memberitahu semua orang bahawa sihir itu bukan apa-apa melainkan kerja Syaitan yang mengajarnya kepada penduduk Babil(Babylon). Dan, orang yang mengajar sihir kepada mereka adalah Harut dan Marut.

Allah Maha Kuasa berfirman :
{ Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dapat memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya } yakni : mereka belajar daripada Harut dan Marut mengenai sihir yang boleh memisahkan antara suami dan isteri walaupun mereka suami isteri saling mengasihi dan mempercayai.

Hal ini terjadi dengan kepintaran Syaitan sepertimana disebutkan dalam Sahih Imam Muslim, hadis diriwayatkan oleh Jabir Ibn ‘Abdullah bahawa Rasulullah  bersabda :

“Iblis meletakkan takhtanya di atas air; kemudian dia menghantar kumpulan kecil (untuk mencipta perselisihan);  semakin tinggi derajat mereka adalah mereka yang terkenal dengan membuat perselisihan. Salah seorang dari mereka datang dan berkata  : Aku telah melakukan demikian dan demikian. Dan dia berkata : Kamu tidak buat apa-apa pun. Kemudian, salah satu dari mereka datang dan berkata : Aku tidak tinggalkan sedemikan dan demikian hinggalah aku menanam benih perselisihan dalam suami dan isteri. Syaitan itu dekat kepadanya dan berkata : Kamu telah lakukan yang terbaik.”

Al-’Amash kemudian berkata : “Kemudian dia memeluk syaitan tersebut.” 

Perselisihan antara suami dan isteri boleh dihasilkan melalui sihir di mana syaitan membiarkan setiap suami isteri itu membayangkan perkara buruk – pandangan, sikap etc – mengenai pasangannya itu.


No comments:

Post a Comment