Thursday 9 August 2012

Jama' Taksir dan penggunaannya.


Jama’ ialah bilangan yang melebihi 3. Didalam bahasa inggeris adjective tidak mempunyai jama’ atau plural. Contoh good men , perkataan good adalahadjective dan tidak mempunyai plural. Dalam bahasa arab adjective pun mempunyai jama’/plural.

Jama’ taksir


Jama’ taksir digunakan dengan agak meluas didalam bahasa arab dan dan mereka tidak mempunyai corak atau pattern tertentu untuk kita mencari perkataan jama’  daripada perkataan tunggal.
Kadang-kadang jama’ taksir terbentuk dengan perubahan huruf vowel ( ضمَّة  u ,فَتْحة  aكسرة i). Contoh:
Tunggal
Jama’
أَسَدٌأُسُدٌ
سَقْفٌسُقُفٌ
Kadang-kadang terbentuk melalui pembuangan huruf :
TunggalJama’
رَسولٌرُسُلٌ
Kadang-kadang melalui penambahan huruf:
TunggalJama’
قَلَمٌأقْلَامٌ
مَسْجِدٌمَسَاجِدُ
Kita perlu mempelajari nya apabila kita menjumpai isim yang mufrad. Dapatkan nya dari kamus.
Bagaimanakah i’rab apabila perkataan jama’ tersebut berada didalam keadaan marfu’, mansub atau majrur? Keadaan marfu’, mansub dan majrur ialah perubahan fungsi perkataan berkenaan apabila berada didalam situasi nahu yang berbeza.

I’rab jama’ taksir



Diptote ialah istilah dalam bahasa inggeris untuk menyatakan sesetengah isim berubah (declined) secara terhad. Isim tersebut dikelaskan sebagai fully declinedjika ianya bertukar baris dhammah jika marfu’, fathah jika mansub dan kasrah jika majrur. Setengah isim bertukar kepada fathah apabila menjadi mansub dan juga fathah apabila majrur. Kategori isim ini dikenali sebagai مَمْنُوع مِنَ الصَّرف (diptote) . Kategori ini menggunakan wazan مَفَاعِلُ.
Marfu’Mansub dan MajrurContoh
Jama’ taksirدَفَاتِرُ دَفَاتِرَعِنْدِي سَبْعَةُ  دَفَاتِرَ
دَفَاتِرَ : Majrur walaupun baris fathah kerana ia adalah mudhaf ilaihi.
i) Penggunaan ismu isyarah dalam jama’ taksir عَاقِلٌ dan غَيْرُ عَاقِلٍ .
Isim boleh juga di kelaskan sebagai berakal (عَاقِلٌ)atau bukan berakal (غَيْرُ عَاقِلٍ). Isim kategori berakal ialah manusia, malaikat, jin dan sebagainya. Isim kategori bukan berakal ialah terdiri dari benda-benda, binatang dan konsep. Pada keadaan tunggal, tiada perbezaan samaada berakal atau bukan dari segi penggunaan ismu isyarah. Perbezaan penggunaan ismu isyarah dalam perkataan jama’ adalah seperti jadual dibawah:

(i) Isim berakal  (عَاقِلٌ)

Ismu isyarah (dekat)
TunggalJama’
Muzakarهَذا تَاجِرٌهَئُلَاءِ تُحَّارٌ
Muannasهَذِهِ طَالِبَةٌ هَئُلَاءِ طالباتٌ

Ismu isyarah (jauh)
TunggalJama’
Muzakarذلك طالبأُولإِك طُلّابٌ
Muannasتلك طالِبَةٌأُولإِك طالبات

(ii) Isim bukan berakal  (غَيْرُ عَاقِلٍ)

Ismu isyarah(dekat)
TunggalJama’
Muzakarهذا بَيْتٌهذه بُيُوتٌ
Muannasهذه سيَّارةٌهذه سَيَّاراتٌ
Ismu isyarah(jauh)
TunggalJama’
Muzakarذلك بَيْتٌ   تلك بُيُوتٌ  
Muannasذلك سيَّارةٌ  تلك سَيَّاراتٌ  

Perhatikan isim jama’  bukan berakal samada ismu isyarah jauh atau dekat akan menggunakan ismu isyarah tunggal dan muannas walaupun jama’ nya muzakar.
Mubtada’ dan khabar
Kalau dalam keadaan bilangan tunggal mubtada’ dan khabar mesti sama dari segi jantina nya. Kalau mubtada’ muannas maka khabar juga muannas. Isim jama’ taksir bukan berakal, khabarnya adalah tunggal dan muannas apabila mubtada’ nya jama’ bukan berakal.
القُمْصَانُ جَدِيدةٌالقُمْصَانُ : Mubtada’, Jama’ taksir, isim bukan berakal, muzakar.

جَدِيدةٌ : Khabar, bilangan tunggal, muannas.
التُّلَابُ جُدُدٌ
التُّلَابُ : Mubtada’, Jama’ taksir, isim berakal,muzakar.
جُدُدٌ : Khabar, bilangan jama’,muzakar.

ii) Wazan jama’ taksir
Lebih daripada 20 corak atau wazan bagi isim plural ini. Dibawah disenaraikan beberapa wazan yang sering ditemui. Wazan yang ditanda merah adalah penting untuk diingati:
Wazan/corakJama’Tunggal
فُعُولٌ    نُجُومٌنَجْمٌ
فُعُلٌكُتُبٌكِتَابٌ
فِعَالٌجِبَالٌجَبَلٌ
فُعَّالٌ تُجَّارٌتَاجِرٌ
أَفْعَالٌ
أقْلَامٌقَلَمٌ
فُعَلَاءُزُمَلَاءُزَمِيْلٌ
مَمْنُوع مِنَ الصَّرف
أَفْعِلَاءُأَصْدِقَاءُصَدِيْقٌ
مَمْنُوع مِنَ الصَّرف
فِعْلَةٌإِخْوةٌأَخٌ

مَفَاعِيلُ 
مَفَاتِيحُمِفْتَاحٌ
مَمْنُوع مِنَ الصَّرف

مَفَاعِلُ


دَفَاتِرُدَفْتَرٌ
مَمْنُوع مِنَ الصَّرف 
Wallahu’alam



7 comments:

  1. sekiranya isim(jamak taksir) bertemu sifat dalam jumlah fe'liah

    contoh:يحتوي على افكار كثيرة

    كثيرة أو كثير؟؟؟

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Ada video blh explain bnyk lagi dakk

    ReplyDelete
  4. mintazi izin copy ye contoh diatas :)

    ReplyDelete
  5. sangat berguna tq <3

    ReplyDelete
  6. جزاك الله خير كثيرا

    ReplyDelete