Thursday 30 August 2012

dia yang buta hati?




Pada suatu hari ada seorang gadis buta yg sangat membenci dirinya sendiri. Kerana kebutaannya itu. Tidak hanya terhadap dirinya sendiri, tetapi dia juga membenci semua orang kecuali kekasihnya.

Kekasihnya selalu ada disampingnya untuk menemani dan menghiburnya. Dia berkata akan berkahwin dengan gadisnya itu kalau gadisnya itu sudah boleh melihat dunia.

Suatu hari, ada seseorang yang mendermakan sepasang mata kepada gadisnya itu, yang akhirnya dia boleh melihat dunia, termasuk kekasihnya itu.

Kekasihnya bertanya kepada gadisnya itu, "Sayaaaang, sekarang anda sudah boleh melihat dunia. Apakah engkau mahu berkahwin dengan saya? "Gadis itu tergegar rasa hati saat melihat bahawa kekasihnya itu ternyata buta. Dan dia langsung menolak untuk menikahi kekasihnya itu yang sangat setia mendampingi hidupnya selama si gadis itu buta matanya.

Dan akhirnya kekasihnya itu pergi dengan menitiskan air mata, dan kemudian menulis sepucuk surat ringkas kepada gadisnya itu, "Sayangku, tolong engkau jaga baik-baik ke-2 mata yg telah aku berikan kepada kamu."

Gadis itu menangis dan menyedari kebodohannya, betapa besar pengorbanan kekasihnya selama ini tapi kekasihnya telah pergi dengan membawa luka dihati.

*Kisah di atas memperlihatkan bagaimana pikiran manusia boleh berubah apabila keadaan hidupnya berubah. Hanya sedikit orang yang ingat bagaimana keadaan hidup sebelumnya dan lebih sedikit lagi yang ingat terhadap mereka yang seharusnya diucapkan lafaz "terima kasih" kerana sentiasa ada disisi dan menumpang kasih sayang bahkan sentiasa ada disaat paling menyakitkan dalam hidup ini.


No comments:

Post a Comment