Thursday 30 August 2012

Bukankah kehidupan kita juga begitu?





Alkisah, ada seorang ibu muda yang sudah berhari-hari tidak makan, hingga tubuhnya semakin kurus. Seorang doktor pakar memeriksa denyut nadinya, lalu berkata: "Anda memendam banyak masalah dalam hati anda, sehingga badan menjadi lemah. Sebenarnya anda tidak mempunyai penyakit yang parah. "

Setelah mendengar keputusan Doktor pakar itu , ibu muda itu merasa sangat lega seperti terlepas dari beban berat. Kemudian, ibu muda itu pun menceritakan semua masalahnya pada Doktor tersebut. Doktor pun bertanya, "Bagaimana perasaan suami anda terhadap anda?"

Si ibu muda itu menjawab dengan tersenyum, "Sangat menyayangi saya." Doktor bertanya lagi, "Apakah sudah ada anak?" Dengan penuh ceria si ibu muda menjawab, "Ada, seorang puteri, sangat disayangi ...."

Selagi tadi bertanya,si doktor pun menulis sesuatu. Selepas itu, ia memperlihatkan tulisannya di dua kertas pada si ibu muda itu. Lembar yang satu bertulis masalah si ibu muda, dan lembaran yang lain mengandungi sukacita si ibu muda.

Kemudian, doktor berkata pada si ibu muda, "Kedua-dua kertas ini adalah ubat untuk penyakit anda, anda mencatat semua masalah yang anda hadapi, dan melupakan sukacita di sekitar anda."

Sambil berkata begitu, si doktor menyuruh  membawakan semangkuk air dan dakwat. Setelah itu, si doktor menitiskan dakwat hitam ke dalam air yang jernih. Kelihatan warna hijau muda dari titisan dakwat yang mula tersebar ke seluruh permukaan air.

Dan dalam sekejap, dakwat itu tak kelihatan lagi. Si doktor berkata lagi, "Ketika dakwat hitam masuk ke dalam air, warnanya akan memudar. Bukankah kehidupan kita juga begitu?

No comments:

Post a Comment