Thursday 27 September 2012

bil untuk ibu.





Suatu petang, seorang anak menghampiri ibunya di dapur. Dia menyerahkan selembar kertas yang telah ditulisinya. Setelah sang ibu mengeringkan tangannya dengan apron. Dia membaca tulisan itu dan inilah kandungannya :

Untuk memotong rumput Rm10
Untuk membersihkan bilik tidur minggu ini Rm10
Untuk pergi ke kedai disuruh ibu Rm10
Untuk menjaga adik waktu ibu belanja Rm10
Untuk membuang sampah Rm10
Untuk nilai yang bagus Rm5
Untuk membersihkan dan menyapu halaman Rm5
Jadi jumlah hutang ibu adalah RM60.

Sang ibu memandang anaknya dengan tersenyum. Berbagai kenangan terlintas dalam benak sang ibu. Lalu dia mengambil pen, membalikkan kertasnya. Dan inilah yang ia tuliskan:

Untuk sembilan bulan ibu mengandung kamu, percuma
Untuk semua malam ibu menemani kamu, percuma
Untuk membawa ke doktor dan merawat apabila anda sakit, serta mendoakan kamu, percuma
Untuk semua saat susah dan air mata dalam mengurus kamu, percuma
Kalau dijumlahkan semua, harga cinta ibu adalah percuma
Untuk semua mainan, makanan, dan baju, percuma
Anakku ... dan kalau kamu menjumlahkan semuanya,
Akan kau dapati bahawa harga cinta ibu adalah PERCUMA

Seusai membaca apa yang ditulis ibunya, sang anak pun berlinang air mata dan menatap wajah ibunya, dan berkata: "Bu, saya sayang sangat sama ibu" dia kemudian mendakap ibunya. Sang ibu tersenyum sambil mencium rambut buah hatinya. "Ibu pun sayang kamu nak" kata sang ibu.

Kemudian sang anak mengambil pen dan menulis sebuah kata dengan huruf-huruf besar sambil diperhatikan sang ibu: "LUNAS"


seberapapun perkhidmatan yang tlah kita berikan kepada ibu, seberapapun wang yang kita dapatkan dan kita berikan kepada ibu, atau seberapapun banyak peluh kerja yang kita kumpulkan untuk ibu, tidak akan dapat menukar kasih sayang seorang ibu.Kasih ibu sepanjang masa. bolehkah kita menukar kasih sayang ibu itu dengan bahan-bahan? menukar dengan bilangan angka? atau menukar dengan rangkaian kata terima kasih? sama sekali tidak boleh. Oleh kerana itu, Berbuat baiklah kepadanya, sayangilah beliau, cintailah beliau, dan doakanlah beliau.

No comments:

Post a Comment