Sunday 9 September 2012

tembok yang memberi harapan.


Dua orang lelaki, kedua-duanya menderita sakit, sedang dirawat di sebuah bilik hospital. Seorang di antaranya menderita suatu penyakit yang mengharuskannya duduk di tempat tidur selama satu jam di setiap petang untuk mengosongkan cecair dari paru-parunya. Kebetulan, tempat tidurnya berada tepat di sisi jendela satu-satunya yang ada di bilik itu.

Sedangkan lelaki yang lain harus berbaring lurus.

Setiap hari mereka saling bercakap-cakap selama berjam-jam. Mereka membicarakan isteri dan keluarga, rumah, pekerjaan, penglibatan mereka di ketenteraan, dan tempat-tempat yang pernah mereka kunjungi selama bercuti.

Setiap petang, ketika lelaki yang tempat tidurnya berada dekat tingkap di bolehkan untuk duduk, ia menceritakan tentang apa yang dilihat di luar jendela kepada rakan sebiliknya. Selama satu jam itulah, lelaki ke dua merasa begitu senang dan ghairah membayangkan betapa luas dan indahnya semua kegiatan dan warna-warna indah yang ada di luar sana.

"Di luar jendela, kelihatan sebuah rakan dengan kolam yang indah, itik dan angsa berenang-renang cantik, sedangkan anak-anak bermain dengan perahu-perahu mainan. Beberapa pasangan berjalan bergandingan di tengah taman yang dipenuhi dengan pelbagai macam bunga berwarnakan pelangi. Sebuah pohon tua besar menghiasi taman itu. Jauh di atas sana terlihat bandar yang mempesonakan. Suatu senja yang indah. "

Lelaki pertama itu menceritakan keadaan di luar tingkap dengan terperinci, sedangkan lelaki yang lain berbaring memejamkan mata membayangkan semua keindahan pemandangan itu. Perasaannya menjadi lebih tenang, dalam menjalani hariannya di hospital itu. Semangat hidupnya menjadi lebih kuat, percaya dirinya bertambah.

Pada suatu petang yang lain, lelaki yang duduk dekat jendela menceritakan tentang perarakan karnival yang sedang melintas.Meski lelaki yang ke dua tidak dapat mendengar suara perarakan itu, namun ia dapat melihatnya melalui pandangan mata lelaki yang pertama yang menggambarkan semua itu dengan kata-kata yang indah.

Begitulah seterusnya, dari hari ke hari, satu minggu pun berlalu.

Suatu pagi, jururawat datang membawa sebaldi air hangat untuk mandi. Ia mendapati ternyata lelaki yang berbaring dekat jendela itu telah meninggal dunia dengan tenang dalam tidurnya. Jururawat itu menjadi sedih lalu memanggil jururawat lain untuk memindahkannya ke ruang jenazah. Kemudian lelaki yang kedua ini meminta pada jururawat agar ia boleh dipindahkan ke tempat tidur di dekat jendela itu. Jururawat itu menuruti semua kemahuannya dengan senang hati dan mempersiapkan segala-galanya. Ketika semuanya selesai, ia meninggalkan lelaki tadi seorang diri di dalam bilik.

Dengan perlahan dan kesakitan, lelaki ini memaksa dirinya untuk bangun. Ia ingin sekali melihat keindahan di dunia luar melalui tingkap itu. betapa senangnya, akhirnya ia dapat melihat sendiri dan menikmati semua keindahan itu. Hatinya tegang, perlahan ia menjengukkan kepalanya ke tingkap di samping tempat tidurnya. Apa yang dilihatnya? Ternyata, tingkap itu menghadap ke sebuah TEMBOK KOSONG!!!

Ia lalu memanggil jururawat dan bertanya apa yang membuat teman lelaki yang sudah meninggal tadi bercerita seolah-olah melihat semua pemandangan yang luar biasa indah di balik jendela itu. Jururawat itu menjawab bahawa sesungguhnya lelaki tadi adalah seorang yang buta bahkan tidak boleh melihat tembok sekalipun.

"Barangkali dia mahu memberi semangat hidup" Kata jururawat itu.

Renungan:

Kita percaya, setiap kata selalu bermakna bagi setiap orang yang mendengarnya. Setiap kata, adalah layaknya pencetus yang mampu meneliti sisi terdalam hati manusia, dan membuat kita melakukan sesuatu. Kata-kata akan sentiasa memacu dan mencetuskan kita untuk berfikir, dan bertindak.

Kita percaya, dalam kata-kata, tersimpan kekuatan yang sangat kuat. dan kita telah sama-sama melihatnya dalam cerita tadi. Kekuatan kata-kata, akan selalu hadir pada kita yang percaya.

Kita percaya, kata-kata yang santun, sopan, penuh dengan motivasi, bernilai sokongan, memberikan sumbangan positif dalam seetiap langkah manusia. Ucapan-ucapan yang bersemangat, tutur kata kata yang membina, selalu menghadirkan sisi terbaik dalam hidup kita. Ada hal-hal yang mempesona saat kita mampu memberikan kebahagiaan kepada orang lain. menyampaikan keburukan setanding dengan setengah kemuraman, namun. Menyampaikan kebahagiaan akan melipatgandakan kebahagiaan itu sendiri

No comments:

Post a Comment