Tuesday 25 September 2012

Surat Malikul Rom.


Diriwayatkan bahawa Maharaja Rom menulis surat kepada Mu'awiyah bin Abi Sufyan yang dibawa oleh seorang utusan. Isi surat tersebut: "Maklumkan kepada saya tentang sesuatu yang tidak ada kiblatnya (pengimaman), tentang yang tidak punya ayah, tidak punya keluarga (ibu-bapa) dan orang yang dibawa oleh tempat kuburnya. Juga tentang tiga makhluk yang tidak dicipta dalam rahim, dan tentang sesuatu, setengahnya dan yang tidak terbilang. Kirimlah kepadaku dalam botol suatu sumber (sumber dari segala sesuatu) ".

Ma'awiyah r.a. kemudian menghantar surat dan botol tersebut kepada Abdullah Ibnu Abbas ra, pakar dan tokoh ulama fekah agar menjawab surat itu.

Ibnu Abbas r.a. menjawab sebagai berikut: "Yang tidak mempunyai kiblat adalah Kaabah. Yang tidak mempunyai Ayah adalah Isa as. Yang tidak mempunyai keluarga (ayah-ibu) ialah Adam as. Yang dibawa oleh tempat kuburnya ialah Yunus as yang ditelan oleh ikan nun.

Adapaun tiga makhluk yang tidak dicipta dalam rahim ialah domba Nabi Ibrahim as., Unta betina Nabi Saleh as., Dan ular Nabi Musa as ..

Adapun 'sesuatu' itu ialah orang berakal yang menggunakan akalnya.Setengah (separuh) dari sesuatu ialah orang yg tidak berakal tetapimengikuti pendapat orang-orang yang berakal. Adapun yang tidakterbilang (apa-apa) ialah orang yang tidak berakal dan tidak mahu mengikuti fikiran orang-orang yang berakal.
Kemudian, beliau mengisi botol sehingga penuh dengan air dan berkata, "Air adalah sumber dari segala sesuatu."

Jawapan surat Mu'awiyah dihantar kepada Maharaja yang membacanya dengan penuh kekaguman.

No comments:

Post a Comment