Friday 7 September 2012

harga aiskrim cuma 6ringgit sahaja !







Pada suatu hari, seorang kanak-kanak masuk ke dalam restoran yang sangat terkenal dan mahal. Dia masuk seorang diri dan memakai pakaian biasa sahaja, tidak seperti anak-anak lain yang memakai pakaian yang cantik dan mahal. Anak kecil itu duduk di salah satu kerusi lalu mengangkat tangannya untuk memanggil salah satu pelayan.

Seorang pelayan perempuan menghampiri anak kecil itu lalu memberikan buku menu makanan. Pelayan tersebut agak hairan mengapa anak kecil itu berani masuk ke dalam rumah makan yang mahal, padahal dari penampilannya, pelayan itu tidak yakin bahawa anak kecil ini mampu membayar makanan yang ada.

"Berapa harga ais krim yang diberi sos strawberry dan coklat?" Tanya sang anak kecil.

Sang pelayan menjawab, "20 ringgit,"

Anak kecil itu memasukkan tangan ke dalam saku seluar lalu mengambil beberapa syiling dan menghitungnya. Lalu dia kembali bertanya, "Kalau ais krim yang tidak diberi sos strawberry dan coklat?"

Si pelayan mengerutkan kening, "10 ringgit,"

Sekali lagi anak kecil itu mengambil syiling dari dalam saku seluarnya lalu menghitung. "Kalau saya order  separuh ais krim tanpa sos strawberry dan coklat berapa?"

Kesal dengan kelakuan pembeli kecil itu, pelayan menjawab dengan ketus, "6 ringgit!"

Sang anak lalu tersenyum, "Baiklah saya order yang itu saja, terima kasih!"

Pelayan itu mencatat pesanan lalu menyerahkan pada bahagian dapur lalu kembali membawa ais krim pesanan. Anak itu tampak gembira dan menikmati ais krim yang hanya separuh dengan suka cita. Dia melahap ais krim sampai habis. Kemudian sang pelayan kembali datang memberikan nota bayaran.

"Semua 6 ringgit bukan?" Tanya anak itu lalu membayar ais krim pesanannya dengan sejumlah wang syiling. Wajah sang pelayan tampak masam kerana harus menghitung semula syiling-syiling itu. Lalu sang anak mengeluarkan sekeping wang dua puluh ringgit dari saku seluar belakangnya, "dan ini tips untuk anda!" kata sang anak sambil menyerahkan selembar wang tersebut untuk si pelayan.




Ada kalanya kita melihat apa yang ada pada tubuh seseorang saja sebagai penilaian. Bukan perlakuan yang baik jika meremehkan seseorang kerana melihat penilaian dari luar, Anda tidak akan pernah tahu pada waktu yang akan datang bahawa seseorang yang Anda remehkan merupakan penghantar rezeki yang tak terduga.

No comments:

Post a Comment